Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) berasa kesal dengan tindakan pihak polis yang menyoal petugas baris depan hospital Maeps sehingga awal pagi. Tindakan polis menghendaki petugas kesihatan untuk memberi keterangan pada tengah malam telah mengabaikan usaha mereka dalam tempoh penularan Covid-19, menambah beban dan menangguhkan kerja mereka dalam menyelamatkan pesakit Covid-19.
Pihak polis telah merakam keterangan seramai 17 petugas kesihatan yang terdiri daripada doktor dan jururawat yang bertugas semasa kejadian tersebut berlaku dan tidak membenarkan peguam memasuki kawasan MAEPS dalam proses siastan tersebut.
Oleh sebab pihak pengurusan hospital mengancam bahawa penyertaan perhimpunan Hartal Doktor Kontrak oleh doktor kontrak akan ditahan oleh polis, doktor kontrak hanya menunjukkan solidariti dengan pegang plakad pada hari Isnin yang lalu.
Tindakan polis menyoal pekerja kesihatan yang bertugas di MAEPS pada awal pagi telah menarik perhatian daripada pelbagai pihak. Walaupun Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed menerangkan bahawa tindakan polis tersebut adalah bertujuaan untuk menjalankan siasatan ke atas enam wartawan yang didakwa masuk ke kawasan rawatan penyakit berjangkit COVID-19 tanpa kebenaran pihak hospital dan bukan mengenai mogok kerja Hartal Doktor Kontrak , namun tindakan tersebut telah dianggap sebagai satu intimidasi terhadap doktor-doktor tersebut.
KLSCAH berpendapat bahawa pihak polis harus berunding dengan pihak hospital terlebih dahulu sebelum menjalankan segala siasatan dan harus menyusun sesi soal siasat yang bersesuaian untuk merakam kenyataan para doktor tanpa menangguhkan kerja-kerja mereka di pusat kuarantin COVID-19. Selain itu, pihak kami juga menganggap keputusan pihak polis tidak membenarkan peguam masuk ke MAEPS adalah tidak wajar kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepentingan memelihara hak asasi warganegara.
Walaupun Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba telah memberi jaminan tidak akan mengambil apa-apa tindakan tatatertib terhadap para petugas hospital yang menyertai mogok berkenaan, namun KLSCAH berpendapat bahawa insiden yang disebut di atas telah menonjolkan kegagalan Kementerian Kesihatan Malaysia mempertahankan hak dan kepentingan asas kakitangan perubatan. Sebaliknya, petugas-petugas perubatan telah menjadi sasaran pihak polis dalam insiden ini dan usaha mereka dalam menangani penularan wabak COVID-19 telah diabaikan dengan sewenag-wenangnya.
KLSCAH menyeru supaya kerajaan memelihara hak para petugas perubatan, terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini. Kejayaan sesebuah negara dalam menangani krisis global seperti pandemik COVID-19 adalah berkait rapat dengan soal sama ada kerajaan meletakkan keutamaan kepada usaha-usaha melindungi hak para petugas kesihatan. Oleh itu, KLSCAH menegaskan bahawa kerajaan harus memandang serius akan isu ini.
KENYATAAN DEWAN PERHIMPUNAN CHINA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (KLSCAH)
29 JULAI 2021
