Ketika India menghadapi tahap krisis terbesar menghadapi wabak Covid-19, seluruh dunia sedar akan kepentingan ketelusan dalam pengendalian masalah ini.
Ketelusan mengenai betapa seriusnya masalah yang dihadapi akhirnya memastikan kerajaan India memandang serius masalah ini, dan seterusnya mendapatkan sejumlah bantuan yang amat diperlukan. Ini adalah bagaimana India cuba untuk pulih dan seterusnya mengelakkan keruntuhan total sistem kesihatannya.
Langkah pertama untuk menyelesaikan masalah adalah dengan mengakui bahawa masalah itu wujud.
Di Malaysia, pihak berkuasa seolah masih tidak mengakui masalah yang dihadapi.
Budaya yang wujud selama puluhan tahun yang menyekat kebenaran, kini membahayakan jutaan nyawa rakyat Malaysia.
Kerajaan secara konsisten membungkam suara penjawat awam, termasuk petugas barisan hadapan kesihatan, dan menghalang mereka daripada mendedahkan betapa parahnya situasi sebenar yang kita hadapi.
Di mana sebelum ini, petugas barisan hadapan kesihatan enggan bersuara kerana mungkin dikhuatiri akan diambil tindakan. Namun, sekarang ramai sudah sanggup mengambil risiko demi bersuara sebelum lebih banyak nyawa yang hilang akibat keruntuhan penuh sistem penjagaan kesihatan kita.
Semakin banyak laporan kini muncul mengenai bagaimana hospital kerajaan Covid-19 semakin terbeban, dan tidak mampu memberi pesakit Covid-19 rawatan yang diperlukan.
Sumber tidak mencukupi, dan kepenatan kakitangan perubatan telah berada di tahap yang amat membimbangkan. Terdapat laporan mengenai kekurangan oksigen dan tempat tidur yang tidak mencukupi, kakitangan senior yang tertekan, CPR yang dilakukan di lantai, dan pesakit yang sesak nafas terpaksa menunggu di luar Jabatan Kecemasan.
Sementara itu, kerajaan terus “menyembunyikan kepalanya di pasir”, dan seolah tidak endah untuk bertindak dengan lebih serius. .
Laporan di lapangan menunjukkan bahawa surat kebenaran MITI dikeluarkan semakin banyak kepada syarikat dan membolehkan mereka dibuka semula. Sementara itu, masih tiada ketelusan perihal kilang mana yang dibenarkan untuk terus beroperasi dan mengapa mereka patut beroperasi.
Langkah “Lockdown” seakan-akan tidak disasarkan dengan betul, membiarkan kepentingan perniagaan bukan ‘essential’ terus beroperasi untuk melindungi keuntungan pihak berkaitan.
Maka, kelihatannya tidak ada keprihatinan yang sepatutnya sepanjang krisis ini berlaku, terutamanya ada hari-hari di mana jumlah ujian harian turun, tetapi jumlah kes tetap meningkat.
Kerajaan juga dilihat telah mengambil sikap tidak acuh walaupun petugas barisan hadapan kesihatan sekarang menggunakan istilah seperti “keruntuhan total” atau “total collapse” untuk menggambarkan tenatnya keadaan sistem kesihatan kita.
Kita perlu bunyikan “alarm bell” di seluruh negara. Kita perlu berada dalam keadaan “red alert”. Kita mesti berhenti berpolitik, dan harus bersatu dalam memerangi wabak Covid-19.
Malaysia kini menghadapi krisis yang paling parah kita hadapi setakat ini. Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini, dan wajib mula mengiktiraf dengan lebih jelas dan terperinci tentang betapa parahnya situasi yang kita sedang hadapi.
Sekiranya benar bahawa pemerintah mengisytiharkan darurat untuk memerangi Covid-19 dan bukannya untuk melindungi kepentingan politik, maka pemerintah harus mula bertindak dengan gambaran bahawa situasi negara kini benar-benar dalam keadaan darurat.
Kerajaan mesti dengan segera:
1. Berterus terang secara telus mengenai keadaan di lapangan. Perhatian dasar harus diberikan kepada penyelesaian masalah, bukan menghukum pemberi maklumat.
2. Libaturus dengan sektor penjagaan kesihatan swasta untuk meringankan beban hospital kerajaan. Terlibat secara konstruktif dan menggunakan peraturan kecemasan jika perlu.
3. Meningkatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan awam dalam jangka pendek dan jangka panjang, sehingga kapasiti penjagaan kesihatan jangka panjang dapat ditingkatkan, dan masalah seperti doktor kontrak dapat diselesaikan segera. Peningkatan dana mesti disertai dengan pembaharuan yang sesuai dalam struktur organisasi Kementerian Kesihatan.
Pernyataan bersama ini dimulakan oleh
Projek #BangsaMalaysia
[inisiatif bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Projek Wawasan Rakyat (POWR)]
4 Julai 2021
Disokong oleh:
Organisasi
1. ALIRAN
2. ANAK
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Centre for Independent Journalism
5. Childline Foundation
6. Citizens Against Enforced Disappearances, CAGED
7. Coalition for Business Integrity Berhad
8. Darul Naim Institute
9. ENGAGE
10. G25 Malaysia
11. Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia
12. IKRAM Muda
13. Lawyer Kamek for Change
14. Liga Rakyat Demokratik
15. LLG Cultural Development Centre
16. Mimosa Learning For All
17. North South Initiative
18. Our Journey
19. Parti Sosialis Malaysia
20. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
21. Persatuan Alumni New Era Kajang
22. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI)
23. Persatuan Kebajikan Biji Sawi (Mustard Seed Soup Kitchen)
24. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
25. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur
26. Persatuan Patriot Kebangsaan
27. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
28. Pertubuhan Demokrat Sosial (Demuda)
29. Pertubuhan IKRAM Malaysia
30. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
31. REFORM
32. Sabah Reform Initiative (SARI)
33. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)
34. Sisters in Islam
35. Tamil Foundation Malaysia
36. TENAGANITA
37. The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
38. Treat Every Environment Special Sdn Bhd (TrEES)
39. Yayasan Chow Kit
40. Youth Nation Club (YNC)
Individu
1. Ain Husniza #MakeSchoolASaferPlace
2. Akmal Hisham Abdul Rahim
3. Alawiyah binti Yussof
4. Altaf Deviyati
5. Aravind Selva
6. Arief Subhan
7. Beatrice Chan
8. BK Soon
9. Devaruban Samalam Ruban
10. Dr. Savinder Kaur Gill
11. Eric Chia
12. Ezrina Alias
13. Hamid Jusoh
14. Hardial Singh
15. Hartini Zainudin
16. Lt Col (R) Joginder Singh
17. Ltkol B Basir bin H Ab Rahman
18. Masbah Omar
19. Mohd Yazid bin Abdullah
20. Muhammad Adli Musa
21. Muhammad Aiman bin Ali
22. Noor Zuliana Ahmad
23. Norbik Idris
24. Norman Goh
25. Nurma Abd Karim
26. Ooi Kok Hin
27. Pan Jen Lin
28. Prudence Lingham
29. Pusparajah SK Selvadurai
30. Richard Wee
31. Rohizan Sam
32. Saiful Nizam #MakeSchoolASaferPlace
33. Shalini Muniapan
34. Shaq Koyok
35. Sharifah Shahidah
36. Shawn Sharif
37. Sivakumar Nadaraj
38. Vinod Naidu Munikrishnayya
39. Yap Sook Yee
40. Zaharom Nain