WANITA KLSCAH gesa kerajaan mengambil serius tentang masalah gangguan seksual di sekolah setelah isu pemeriksaan haid di sekolah yang menimbul kemarahan dalam kalangan rakyat.

Tidak beberapa lama dulu, kita juga didedahkan dengan insiden yang melibatkan pelajar sekolah menengah yang mendakwa seorang guru membuat gurauan mengenai rogol di dalam kelas.

Lebih-lebih lagi, pelajar terbabit turut menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya, disebabkan dakwaan tersebut menggugat reputasi sekolah dan mengaibkan guru yang terlibat.

WANITA KLSCAH mengecam sekeras-kerasnya tindakan guru yang berkenaan. Guru seharusnya membantu meningkatkan kesedaran mengenai gangguan seksual dan tidak sepatut menggunakan isu rogol sebagai bahan jenaka.

Tindakan guru yang berkenaan bukan sahaja merupakan satu gangguan seksual, malah seolah-olahnya menggalakkan jenayah rogol.

Kedua-dua insiden yang berlaku menunjukkan masalah gangguan seksual masih dipandang ringan di Malaysia.

Sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran memainkan peranan penting dalam prosses pembangunan insan yang seimbang.

Namun, tindakan yang disebutkan di atas bukan sahaja bercanggah, tetapi juga mengancam hak asasi dan maruah pelajar.

WANITA KLSCAH gesa Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan sebarang bentuk gangguan seksual tidak berbangkit dalam kalangan pelajar, dan perlu mengambil tindakan tegas terhadap guru atau kakitangan yang terbabit dalam gangguan seksual.

 

Gambar: The AsianParent Malaysia

Tinggalkan Balasan