Tarikh: 12 hb April 2021 (Isnin)
Masa: 8 Malam
Siaran Langsung Facebook: KLSCAH (https://www.facebook.com/klscah/)

Barisan Panelis:
Tian Chua ( Naib Presiden PKR / Mantan Ahli Parlimen Batu)
Qyira Yusri ( Pengasas bersama Undi18)
Nurul Rifayah ( Jawatankuasa eksekutif pusat MUDA, duta bagi projek57 dan juga merupakan salah satu pelajar yang terlibat dengan lawsuit undi18 terhadap kerajaan Malaysia)

Moderator:
Lau Yi Leong (Ahli jawatankuasa Pemuda KLSCAH)

Anjuran: Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (KLSCAH)

Pengenalan:
Kebelakangan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah memaklumkan penangguhan melaksanakan pendaftaran automatik serta kelayakan mengundi bagi individu berumur 18 tahun dan ia hanya dapat dilaksanakan selepas September 2022 berbanding dengan perancangan asal Julai 2021.

Realitinya, pindaan perlembagaan mengenai umur undi 18 telah dibentangkan pada era pentadbiran Pakatan Harapan dan sekali gus meraih sokongan majoriti lebih dua pertiga Ahli Parlimen bagi meluluskan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung pelaksanaan UNDI18 dan pendaftaran pengundian secara automatik sebelum Julai 2021.

Isu kelayakan undi bagi individu berumur 18 tahun telah menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat awam dan ahli-ahli politk.

Pada 27hb Mac 2020, terdapat seramai 100 orang penyokong Undi 18 telah berhimpun secara aman di depan Parlimen bagi menggesa kerajaan supaya dapat melaksanakan Undi 18 dengan secepat mungkin dan memelihara hak belia untuk mengundi pada pilihanraya yang akan datang. Beberapa orang peserta perhimpunan termasuklah panelis webinar KLSCAH ini, Naib Presiden PKR Tian Chua turut disoal siasat oleh pihak polis seterusnya.

Maka pada 02hb April 2021, terdapat seramai 18 orang remaja yang berumur antara 18 hingga 20 tahun telah membuat keputusan untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, kerajaan dan SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur demi memohon deklarasi mahkamah bahawa tindakan SPR menangguhkan pelaksanaan Undi 18 adalah tidak rasional dan telah mencabulkan had mengundi golongan remaja.

Pihak SPR telah memberi alasan bahawa mereka memerlukan masa dalam proses pelaksanaan sistem pendaftaran pengundian secara automatik yang membabitkan sesetengah pindaan peruntukan yang wajib dijalankan demi memenuhi pindaan pada peringkat Persekutuan. Pihak SPR juga menjalaskan bahawa kebetulan pelaksanaan PKP oleh kerajaan juga telah menganggu proses pindaan peruntukan berkenaan dijalankan.

Justeru, adakah wajarnya pihak SPR menagguhkan pelaksanaan Undi 18 dengan alasan-alasan berikut? Adakah golongan remaja bersedia sepenuhnya untuk menjadi sebahagian pengundi jika Undi 18 dilaksanakan?

Memerhatikan perkembangan isu penangguhan pelaksanaan Undi 18, KLSCAH akan mengadakan webinar pada 12hb April untuk membicarakan topik berkaitan.

Para penonton digalakkan memberi sokongan kepada KLSCAH dengan memberi sumbangan kepada The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (No Akaun: 3077340127; Public Bank) dan menghantar resit transaksi kepada Sekretariat KLSCAH melalui Whatsapp ke talian 012-2933410 (Saudara Loh) bagi urusan dokumentasi.

Ikuti perkembangan terkini KLSCAH di portal:
https://klscah.org.my/mobile

KLIK SINI MENONTON WEBINAR

Tinggalkan Balasan