(Gambar: timeout.com)

Pada 16 November, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baru mengenai lesen minuman keras yang mula berkuat kuasa sejak 15 November. Garis panduan tersebut telah dikemaskini dan ditujukan kepada pemohon dan pemegang lesen di kawasan Kuala Lumpur.

Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) berpendapat bahawa beberapa peruntukan dalam garis panduan tersebut tidak menyeluruh dan akan menimbulkan keraguan. Penguatkuasaan garis panduan tersebut akan membawa implikasi yang luas dan menumbulkan ketidakadilan kepada pemohon dan pemegang lesen minuman keras.

KLSCAH menekankan bahawa Kuala Lumpur merupakan sebuah metropolis antarabangsa dan DBKL sebaik-baiknya melaksanakan dasar perdagangan yang menyahut status sebuah metropolis antarabangsa supaya menonjolkan kepelbagaian budaya dan kemakmuran Kuala Lumpur sebagai wilayah metropolitan.

Garis panduan baru ini telah mencabul hak rakyat bukan Muslim dan berselisih dengan semangat metropolitanisme.

Selain itu, aktiviti ekonomi terjejas sejak dilanda wabak COVID-19. Walaupun garis panduan tersebut dilaksanakan hanya di negeri Kuala Lumpur, namun tindakan penguatkuasaan garis panduan yang bersifat regresit turut membahayakan pembangunan ekonomi nasional dan tempatan.

Oleh itu, KLSCAH mencadangkan agar DBKL mengadakan perundingan dan pembincangan dalam pelbagai aspek dengan wakil peniaga minuman keras, peniaga ubat tradisioal dan pihak yang berkaitan. Garis panduan baru ini harus dikemaskini sebelum dikuatkuasakan untuk memastikan ketidakwujudan prejudis terhadap peniaga minuman keras.

Berikut adalah analisis KLSCAH terhadap garis panduan tersebut:

1. Antara lain, garis panduan tersebut menetapkan bahawa kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat cina tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan. Mengapa industri runcit disekat dengan peraturan baru seumpama sedangkan penjualan minuman keras masih dibenarkan di pasar raya dan pusat membeli-belah?

2. Walaupun pengecualian dibuat untuk produk minuman keras bagi “tujuan ubatan tradisional” di kedai ubat tradisional Cina, namun peruntukan tersebut mudah menimbulkan kekeliruan kerana tidak memberi penjelasan terhadap jenis produk minuman keras yang dilarang.

3. Garis panduan baru yang menetapkan had waktu minuman beralkohol boleh dijual mengikut jenis premis akan mempengaruhi dan merugikan perniagaan. Sebagai contoh, mereka yang masih dibenarkan menjual bir setelah larangan berkuat kuasa, tetapi hanya dari jam 7 pagi hingga 9 malam. DBKL harus memberi penjelasan, sama ada garis panduan ini dilaksanakan berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau akan diteruskan selepas PKP.

 

THE KUALA LUMPUR AND SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL (KLSCAH)

Tinggalkan Balasan