Kami, ahli-ahli yang sebahagian CSO Platform for Reform, berasa gusar dan bimbang oleh khabar berita pada 23 Oktober 2020 bahawa kemungkinan darurat akan diisytiharkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Masa dan konteks politik pengumuman tersebut hadir adalah pada ketika yang sangat tidak sesuai. Pada minggu ini, Malaysia telah merekodkan bilangan kes COVID-19 yang dilaporkan paling tinggi dalam sehari, bilangan yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 yang terbanyak dan angka kematian yang paling tinggi yang dilaporkan dalam sehari. Pada masa yang sama, penduduk di Sabah dan Selangor masih bergelut dengan ketakutan terhadap pandemik ini dan seringkali berubah keperluan untuk aktiviti ekonomi dan pekerjaan mereka.

Rakyat Malaysia tidak akan tertipu dengan cadangan bahawa proklamasi darurat adalah diperlukan untuk menangani pandemik COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh negara sebelum ini, walaupun sangat sukar dan mencabar kepada negara, telah membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia mampu melawan COVID-19 melalui kerangka perundangan dan mekanisme penguatkuasaan yang sedia ada.

Malangnya, kegagalan Malaysia melawan COVID-19 hanyalah wujudnya imuniti undang-undang yang dinikmati oleh sesetengah ahli politik apabila mereka melanggar arahan sekatan yang dikenakan untuk mencegah penularan COVID-19.

Dengan bukti yang jelas bahawa proklamasi darurat adalah tidak diperlukan untuk melawan COVID19, maka hanya ada satu penjelasan yang masuk akal di dalam minda rakyat Malaysia. Langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini akan ditafsirkan dan dilihat sebagai gerakan politik untuk memastikan kawalan terhadap negara demi kelangsungan kepimpinan dan pentadbiran mereka.

Keadaan darurat akan memberi jalan kepada Perdana Menteri dan pentadbirannya untuk menghalang cabaran terhadap kepimpinannya di Parlimen serta mengelakkan Parlimen meneliti dan membahaskan belanjawan nasional yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

Apabila Perdana Menteri berjaya dalam undi untuk menggantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan 111 kepada 109, sekurang-kurangnya ia telah memberikan keabsahan kepada pentadbiran mereka. Sekiranya pentadbiran Muhyiddin ingin mengisytiharkan darurat untuk mengelak daripada undi tidak percaya di Parlimen, cakap-cakap bahawa Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang tidak sah akan mendalam dan menyebabkan sebarang usaha untuk kompromi politik antara semua parti akan gagal.

Selain itu, belanjawan yang diluluskan oleh pentadbiran sekarang tanpa sebarang penelitian dan pandangan daripada ahli parlimen, serta secara tidak langsung oleh orang ramai, adalah belanjawan yang tidak mungkin akan memberi manfaat ekonomi kepada negara. Perbahasan yang kukuh dan prolifik berdasarkan kepentingan negara di Parlimen adalah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa belanjawan yang diusulkan adalah belanjawan yang akan menangani keperluan ekonomi negara serta memastikan Malaysia akan keluar daripada pandemik ini dengan lebih gagah.

Pengisytiharan darurat akan menjadi satu lagi tindakan khianat oleh Muhyiddin Yassin dan sekutunya terhadap Malaysia. Cuma kali ini ianya tidak hanya mengkhianati kepercayaan rakyat pada PRU14 yang lepas, kali ini ianya juga adalah pengkhianatan kepada pengorbanan petugas barisan hadapan yang merisiko keselamatan sendiri untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan negara.

Rakyat Malaysia di seluruh peringkat telah berkorban untuk memastikan kedudukan Malaysia, dalam menangani isu COVID-19, berada di tahap yang masih terkawal. Petugas barisan hadapan telah berkorban untuk memastikan COVID-19 dapat dicegah. Perikatan Nasional tidak boleh dibiarkan untuk merendah-rendahkan apa yang telah kita korbankan. Malaysia yang demokratik yang dikelola oleh kedaulatan undang-undang adalah apa yang kita perjuangkan, dan harus tetap teguh walaupun ada perselisihan politik yang mungkin wujud antara kita.

Dikeluarkan dan disokong oleh:
AHLI CSO PLATFORM FOR REFORM CSO Platform for Reform
1. SUARAM Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
2. Pusat KOMAS Pusat KOMAS
3. Beyond Borders Malaysia
4. Childline Foundation
5. SAVE Rivers
6. Sabah Human Rights Centre
7. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
8. Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)
9. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
10. Persatuan Kebajikan Biji Sawi (Mustard Seed Soup Kitchen)
11. Community Action Network (CAN)
12. Cahaya Society
13. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
14. KRYSS Network
15. Centre for Independent Journalism (CIJ)
16. Yayasan Chow Kit
17. Bersih 2.0
18. Aliran
19. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
20. Society for Equality, Respect And Trust for All (SERATA)
21. All Women’s Action Society (AWAM)
22. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
23. Freedom Film Network (FFN)
24. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
25. KLSCAH Youth
26. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor & KL
27. Society of Indigenous Peoples of Sarawak (SCRIPS)
28. MTUC Sarawak & Sarawak Bank Employee’s Union
29. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM)
30. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
31. Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (ANAK)
32. Pertubuhan IKRAM Malaysia
33. MyPJ
34. G25
35. PACOS Trust
36. Women’s Aid Organisation (WAO)
37. Association of Women Lawyers
38. Sisters in Islam
39. Sarawak Women for Women Society (SWWS)
40. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)
41. Kuen Cheng Alumni Association
42. The Selangor & Federal Territory Hainan Association
43. Sabah Reform Initiative (SARI)
44. Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
45. Gerakan Pembebasan Akademik-IPT
46. Muslim Professionals Forum (MPF)
47. LLG Cultural Center
48. Dong Zong
49. Tindak Malaysia
50. Five Arts Center
51. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
52. Malaysia Muda
53. Save Malaysia Stop Lynas
54. Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan
55. Persatuan Penduduk Galing Kuantan
56. Ideal
57. ENGAGE
58. Justice for Sisters
59. Baramkini
60. University of Malaya Association of New Youth
61. Voice of Youtharian
62. Five Arts Centre
63. ReformARTsi
64. YOUTAR
65. TARANY
66. Malaysia Youths and Students Evolution (Johor Branch)
67. Malaysia Youths and Students Evolution (Melaka HQ)
68. Student Progressive Front UUM
69. Student Unity Front UKM
70. UTM MJIIT-VOICES
71. New Student Movement Alliance
72. Our Journey
73. Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia-KAMY)
74. Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial Kuching
75. The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)
76. Jaffna Junction (Malaysia)

Tinggalkan Balasan