Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) telah menerima kunjungan para pelatih Daie Muda YADIM (DMY)  pada 30hb Jun 2020 . Dimakumkan bahawa kunjagan rombongan Yadim adalah bertujuan untuk mempelajari aspek budaya antara berbilang kaum dan mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi yang mempunyai latar belakang berlaianan.

Naib Presiden KLSCAH, Cheng Su Chean dan Setiausaha Agung KLSCAH, Tan Soon Lim telah menyambut kedatangan rombongan Yadim.

Dalam sesi pertemuan, Setiausaha Agung KLSCAH, Tan Soon Lim telah mengalu-alukan kedatangan  para pelatih Daie Muda YADIM (DMY) dan berharap kunjungan tersbut dapat memanfaatkan pihak KLSCAH dan Yadim dalam pelbagai aspek. Beliau juga berharap kedua-dua organisasi dapat saling bertukar pandagan dan pengalaman serta  belajar gerak kerja yang dilaksanakan.

Naib Presiden KLSCAH, Cheng Su Chean turut memimpin para pelatih Daie Muda YADIM (DMY) melawat Pameran Sejarah KLSCAH. Beliau telah memperkenalkan sejarah KLSCAH yang seiring dengan perkembangan ibu kota Kuala Lumpur dan seluruh negara.

Rombongan Yadim telah meluangkan masa selama dua jam dalam lawatan tersebut. KLSCAH berharap kedua-dua organisasi dapat saling mempelajari kerja dan budaya masing-masing degan mendalam lagi dan memupuk kesefahaman antara berbilang kaum yang mempunyai perbezaan dalam pelbagai aspek.

Tinggalkan Balasan