Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba, namun kehidupan sesetengah keluarga terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Oleh itu, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) telah menyumbang sebanyak RM10,000 untuk melancarkan Program Prihatin kepada  keluarga Muslim yang kurang mampu di sekitar Komuniti Hang Tuah dan Brickfields.

Presiden KLSCAH, Datuk’ Ong Seng Khek turut mengetuai ahli-ahli pengurusan  menjalankan program tersebut di Dewan KLSCAH pada pagi 20hb Mei 2020. Sejumlah 100 keluarga  telah menerima sumbangan barang keperluan dari KLSCAH.

Datuk’ Ong Seng Khek merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun kerana membantu dalam usaha pengagihan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.

Sebelum ini, KLSCAH telah mengambil inisiatif melancarkan kutipan derma yang bertema “Sehati Sejiwa Untuk Membantu Barisan Hadapan” sejak 23hb Mac 2020 bagi meringankan beban petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak Covid-19.

KLSCAH telah hantar barangan keperluan ke 10 buah Hospital di Sekitar Lembah Klang yang bernilai lebih kurang RM 276,500. Pihak kami juga menyumbang makanan dan dana kepada golongan diprehatin pada tempoh masa PKP yang lalu, seperti  penyerahan kutipan derma sejumlah RM30,000 kepada keluarga arwah Nadia Rahmat, jururawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

Kebetulan bulan Ramadhan dan menghampiri Hari Raya Aidilfitri, KLSCAH harap dapat menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Muslimin dan Muslimat yang memerlukan di bandar ibu kota ini. Sama-sama kita merai festival yang bersejahtera dan beramadhan ini. Kita semua warganegara Malaysia.

Sekian

Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

 

Tinggalkan Balasan