Merujuk kepada perkara di atas, kami, peniaga-peniaga dan penghuni-penghuni di kawasan Jalan Kampung Attap ingin menyatakan bahawa pihak kami tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menutup Jalan Belfield. 2. Sebelum ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memaklumkan pihak kami bahawa pihak DBKL telah merancang dengan pihak PNB untuk menutupkan Jalan Belfield sepanjang masa kejuruteraan terowong dijalankan, demi menyenangkan kerja-kerja pembinaan tersebut yang kini sedang dijalankan di sekitar kawasan Kampung Attap dan Jalan Belfield. 3. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk, Jalan Belfield merupakan jalan utama ke Kawasan Kg. Attap dan Kawasan ini merupakan kawasan perniagaan yang telah berkembang pesat sejak dahulu. Dalam kawasan ini juga terdapat sebuah sekolah rendah kebangsaan dan lebih kurang 3 buah pangsapuri dan kondominium. Penutupan jalan tersebut akan mejejaskan kehidupan harian penduduk-penduduk dan peniaga-peniaga sekitar. 4. Pihak kami ingin menyuarakan bantahan kami terhadap rancangan penutupan Jalan Belfield sepanjang masa pembinaan terowong PNB, atas alasan-alasan berikut: (a) Jalan Belfield merupakan Jalan Utama Memasuki Kawasan Kampung Attap Pada masa ini, Jalan Belfield merupakan jalan utama untuk masuk ke dalam kawasan Kg. Attap, ia juga mempunyai akses yang lebih senang dari Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Sultan Hishamuddin dan kawasan-kawasan persekitaraan, seperti Jalan Petaling, Jalan Travers dan Brickfields; (b) Gangguan kepada Penduduk Sekitar dan Pengguna Awam Sekiranya Jalan Belfield ditutup, pengguna-pengguna Jalan Belfield akan terpaksa membuat satu litaran besar dari Jalan Istana ke Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jalan Maharajalela. Untuk makluman pihak tuan, keadaan lalu-lintas tersebut amat sesak setiap hari, terutamanya segmen Jalan Istana menuju ke Jalan Sungai Besi. Penutupan Jalan Belfield akan mengakibatkan sekurang-kurangnya penambahan jangka masa 30 minit untuk membolehkan pengguna-pengguna Jalan Belfield sampai ke kawasan Kg. Attap; (c) Pendapatan Perniagaan akan terjejas Penambahan jangka masa untuk memasuki Kawasan Kg. Attap juga akan turut menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga yang berniaga di sini dan situasi paling diingini adalah peniaga-peniaga ini dipaksa untuk memindah ke tempat lain untuk berniaga; dan (d) Operasi Harian KLSCAH Terjejas Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor adalah bangunan warisan negara yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Kebudayaan. KLSCAH sering mengadakan aktiviti-aktiviti Seni dan Insiatif Dasar Negara. Jika Jalan Belfield ditutup, operasi harian KLSCAH akan terjejas akibat penambahan perjalanan dan kekurangan tempat letak kereta dan ini akan turut menyebabkan KLSCAH kekurangan dana untuk menyelenggar bangunan warisan negara. 5. Justeru, kami ingin meminta jasa baik Y.Bhg. Dato untuk menarik balik keputusan penutupan Jalan Belfield. Sekian terima kasih. Petisyen online: https://www.change.org/p/pnb-petisyen-bantahan-penutupan-jalan-belfield

Tinggalkan Balasan