Operasi Lalang adalah salah satu daripada pelanggaran hak asasi manusia paling teruk dalam sejarah Malaysia, di mana ia mengalami pemimpinan kerajaan Mahathir yang menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap 107 ahli politik, aktivis sosial, ahli akademik dan pendidikan sejak 27 Oktober 1987. Kerajaan masa itu juga terus mengharamkan tiga penerbitan termasuk Sin Chew Jit Poh, Watan dan The Star.
Operasi Lalang mempunyai kesan mendalam terhadap sistem demokrasi kita. Ia mencipta kesan yang menyeramkan di kalangan masyarakat sivil dan menekan kebebasan bersuara di bawah keadaan “keganasan putih”.
Selepas tiga puluh tahun, ia adalah penting untuk mendidik generasi muda mengenai sejarah Operasi Lalang, pemerintahan autoritarian dan kepentingan pemansuhan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan di Malaysia, seperti SOSMA, POTA, POCA dan NSCA. Operasi Lalang adalah pendidikan hak asasi manusia yang sangat penting bagi belia kita.
Sempena ulang tahun ke-30 Operasi Lalang, Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Badan Amanah TBH Demi Demokrasi dan Bahagian Pemuda KLSCAH Youth bersama-sama menganjurkan Aktiviti Peringatan Ulang Tahun Ke-30 Operasi Lalang. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah pameran, forum awam, sesi perkongsian mangsa dan keluarga pada 28-29 Oktober 2017 di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor.
Butiran program ini adalah seperti berikut:
(a) Pameran Operasi Lalang
Tarikh: 28-29 Oktober 2017 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00am – 7.00pm
Tempat: Dewan Pameran, Tingkat 1, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
(b) Pelancaran Aktiviti-aktiviti Peringatan Operasi Lalang
Tarikh: 28 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa: 1.00pm
Tempat: Dewan Pameran, Tingkat 1, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
(c) Sesi Perkongsian Mangsa dan Ahli Keluarga Operasi Lalang
Tarikh: 28 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa: 2.30pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
(d) Forum Awam: “Operasi Lalang 1987 : My Side of History”
Tarikh: 29 Oktober 2017 (Ahad)
Masa: 8.30pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor