Kuantan, sekali lagi menjadi tumpuan negara. Aktiviti perlombongan bauksit yang semakin berleluasa dan menjejaskan kehidupan penduduk-penduduk Kuantan. Walaupun aktiviti perlombongan bauksit berlaku sejak 2 tahun yang lalu, akan tetapi baru-baru ini rakyat Malaysia memberi perhatian tentang isu bauksit. Kemarahan penduduk-penduduk Kuantan semakin bangkit, walaupun suara bantahan perlombongan bauksit ternyatalah lebih lemah daripada bantahan Lynas. Tetapi kenapa kesedaran rakyat Malaysia, malahan penduduk Kuantan tentang isu bauksit begitu lembap berbanding isu Lynas?
Bauksit merupakan toksik berbahaya dan aktiviti perlombongan bauksit boleh menjejaskan kesihatan manusia. Aktiviti perlombangan bauksit telah menyebabkan penduduk-penduduk Kuantan terdedah kepada keadaan yang berisiko tinggi. Selain pencemaran udara, aktiviti perlombongan bauksit juga menyebabkan pencemaran air sungai. Air sungai yang dicemari bertukar menjadi merah, ini bukan sahaja mempengaruhi ecosistem lautan, malah kehidupan harian penduduk-penduduk Kuantan, mahupun negeri berdekatan.
Aktiviti perlombongan bauksit yang makin melampau, adakah ia tanggungjawab kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan? Wujudkah sistem penyeliaan terhadap kegiatan perlombongan sumber asli dan alam sekitar? Adakah penguatkuasaan yang longgar menyebabkan kegiatan perlombongan yang semakin melampau?
Oleh sedemikian, Pemuda Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (Pemuda DPCKLS) akan menganjurkan forum bertajuk: Di sebalik “Laut Merah”: Krisis Bauksit Kuantan, pada 13 Januari 2016 (Rabu), jam 8 malam di Auditorium Dewan Perhimpunan China KL & Selangor. Masuk percuma, harap orang ramai yang prihatin terhadap krisis bauksit Kuantan datang bersama-sama.
Maklumat forum:
Tajuk : Di sebalik “Laut Merah”: Krisis Bauksit Kuantan
Tarikh: 13 Januari 2016 (Rabu)
Masa : 8 malam
Tempat: Auditorium Dewan Perhimpunan China KL & Selangor(1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur)
Panelis:
Lee Chean Chung (ADUN Semambu, Pahang)
Ali Akbar Othman (Pengerusi Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit)
Chung Yi Fan(Sarjana Penyelidikan Alam sekitar dan Sains Mampan, Lund University,