Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) menyumbangkan 1,500 helai baju scrub Covid-19 khas untuk kakitangan Hospital Sungai Buloh

Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) telah mengambil inisiatif melancarkan kutipan derma yang bertema “Sehati Sejiwa Untuk Membantu Barisan Hadapan” sejak 23hb Mac 2020 bagi meringankan beban petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak Covid-19.

Hospital Sungai Buloh dianggap sebagai pusat perubatan  utama yang memerangi wabak Covid-19 dan hospital kini mengalami kekurangan sebanyak 12,000 helai baju scrub. Oleh hal yang demikian, KLSCAH telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM42,750 untuk melancarkan pembelian 1,500 helai baju scrub Covid-19 khas untuk kakitangan Hospital Sungai Buloh.

Presiden KLSCAH, Datuk Ong Seng Khek turut memimpin ahli pengurusan dan kakitangan menyerah 1,500 helai baju scrub kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur A/P Prem Singh pada 11hb Mei 2020. Beliau berharap sumbangan tersebut dapat menambah semangat dan sokongan kepada anggota-anggota petugas barisan hadapan pencegahan penyakit Covid-19.

Sebelum ini, KLSCAH  telah mengedarkan 28,000 helai topeng muka dan 2,400 botol cecair pembasmi kuman ke 10 buah hospital di kawasan Lembah Klang pada 17hb dan 18hb April 2020, iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Kajang, Hospital Shah Alam, Hospital Banting, Hospital tengku Ampuan Rahmiah Klang dan Hospital Putrajaya.  Selain itu, kelengkapan perubatan lain seperti penutup kasut sedang dalam proses pengedaran ke hospital yang disebut di atas. 

KLSCAH ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan bukan sahaja untuk disalurkan kepada petugas barisan hadapan, malah juga golongan terpinggir yang terjejas dalam penularan wabak penyakit Covid-19.

Sekian.

Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply