Kami, organisasi/individu yang menandatangani kenyataan ini, menyatakan kebimbangan serius terhadap rampasan buku-buku dari kedai buku FIXI oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri, yang dilakukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tanpa sebarang notis, penjelasan mahupun bayaran.Insiden ini merupakan sebahagian daripada pola yang membimbangkan, di mana undang-undang sedia ada digunakan sebagai instrumen untuk menekan penulis, menakut-nakutkan penerbit, dan menyekat wacana awam. Penapisan dan tindakan melampau seperti ini telah berulang kali menyasarkan naratif LGBTQ+, penceritaan masyarakat Orang Asli, ekspresi seni, dan media bebas.

Ini bukan kali pertama buku-buku dirampas dan tidak akan menjadi yang terakhir sekiranya undang-undang lapuk dengan cakupan terlampau luas terus- menerus memberikan kuasa tanpa sempadan kepada pihak berkuasa dan membenarkan mereka bertindak tanpa ketelusan, pemantauan atau kebertanggungjawaban.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan memberikan kuasa yang amat besar kepada Menteri Dalam Negeri, termasuk budi bicara penuh untuk meluluskan atau membatalkan lesen penerbitan, serta mengharamkan bahan yang dianggap mengancam “ketenteraman awam” atau “moraliti”, istilah-istilah yang terlalu longgar sehingga sering disalahgunakan. Kuasa ini turut meliputi kandungan bercetak dan dalam talian, memberi laluan kepada campur tangan melampau kerajaan ke dalam kehidupan masyarakat dan dunia kreatif.

Malaysia tidak memerlukan lebih banyak instrumen penindasan. Kita sudah pun terikat dalam jaringan undang-undang yang ketat dan menyekat: Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA), Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (terutamanya Seksyen 211 dan 233), Akta Rahsia Rasmi 1972, dan lain-lain. Banyak daripada undang-undang ini merupakan tinggalan penjajah yang kini digunakan semula untuk menyekat perbezaan pandangan dan mengehadkan kebebasan berkarya dalam sebuah sistem yang sepatutnya demokratik.

Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk:

  1. Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, bukan meluaskannya
  2. Mansuhkan Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972; serta menggubal Akta Hak untuk Mendapatkan Maklumat
  3. Pinda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memansuhkan Seksyen 211 dan 233
  4. Mansuhkan Akta Penapisan Filem dan garis panduan yang berkaitan, dan gantikan dengan sistem klasifikasi serta kawal selia kendiri selari dengan amalan terbaik antarabangsa
  5. Menegaskan hak perlembagaan untuk kebebasan bersuara, amalan seni, dan akses kepada maklumat

Kesusasteraan dan industri kreatif merupakan tunjang kepada identiti budaya, ekonomi dan evolusi demokratik Malaysia. Meluaskan kuasa hukuman hanya akan menghakis kepercayaan awam, menindas bakat dan menguatkan rasa ketakutan. Kami menggesa pihak kerajaan untuk menolak dasar-dasar yang memacu penapisan dan sebaliknya mendukung pendekatan berani berlandaskan hak yang melindungi kebebasan berekspresi dan mengukuhkan demokrasi negara.

Dipersetujui oleh:
Persatuan:

1. Persatuan Penulis Berbilang Bahasa Malaysia (PEN Malaysia)
2. Aliran
3. ALTSEAN-Burma, Thailand
4. Amnesty International Malaysia
5. ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR)
6. Asia Justice and Rights (AJAR), Jakarta
7. Association of Women Lawyers Selangor & FT (AWL)
8. Bees Media
9. Beyond Borders Malaysia
10. Biblio Press
11. BilèkBuku
12. BoboKL
13. Buku Fixi
14. Centre for Independent Journalism (CIJ)
15. Cloud Projects Enterprise
16. Distopia Zine
17. Dramalab Sdn Bhd
18. Eksentrika
19. Five Arts Centre
20. Freedom Film Network
21. GB Gerakbudaya Enterprise
22. Gerakan Media Merdeka (Geramm)
23. Geutanyoe Aceh
24. Kasi Terbit
25. Kedai Hitam Putih
26. Kinta Zine Club
27. KLSCAH Civil Rights Committee
28. Kolektif Rumah Kosong
29. KRYSS Network
30. Kuliah Buku
31. Legal Dignity
32. LINC Foundation
33. Lit Books
34. Maingayong
35. Malaysian Writers Society (MWS)
36. Matahari Books
37. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
38. Mythologie Resources
39. Noisy Headspace
40. North South Initiative (NSI)
41. Omorousou, Okinawa
42. Panas Panas Theatre
43. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
44. Pertubuhan Jaringan Kebajikan Komuniti (JEJAKA)
45. Pertubuhan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED)
46. Pertubuhan Kebangsaan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM)
47. Pertubuhan Solidaritas
48. PLUHO, People Like Us Hang Out!
49. Project Future Malaysia
50. Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA)’
51. Pusat KOMAS
52. ReformARTsi
53. Refuge for Refugees
54. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
55. Republik Buku
56. RogueArt
57. SEASHORTS (Southeast Asia Short Film Society)
58. Shuren Press
59. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
60. Sunda Shelves
61. The Cross Cultural Foundation (CrCF), Thailand
62. The Instant Cafe Theatre Company
63. The Refugee Festival
64. Toko Buku Rakyat
65. Tokosue
66. Underground Press
67. Vallinam
68. Women’s March Malaysia Committee 2025
69. Working Desk Publishing
70. Youth Empowerment Support (YES)

Individu:
1. AdiFitri Ahmad
2. Adriana Nordin Manan
3. Ahmad Azrai
4. Alexdrina Chong
5. Amier Suhaimi
6. Ann Lee
7. Anne James
8. Arief Hamizan
9. AGqah Ghazali-alKashif
10. Azhar Ahmad
11. Azmi Anuar
12. Azrin Fauzi
13. Beatrice Leong
14. Benz Ali
15. Bernice Chauly
16. Bryan Boo
17. Chacko Vadaketh
18. Charis Loke
19. Charlene Rajendran
20. Chong See Ming
21. CHONG YEE SHAN
22. Chua Sieh Mann
23. Clarissa Lim
24. Cyril Pereira
25. Daniel Chong
26. Daphne Lee Mei Lin
27. Dato’ Zahim Albakri
28. Deborah Augustin
29. Dennis Chan
30. Derek Ong
31. Dina Zaman
32. Dixon Tan
33. Dr Aslan Jalil
34. Dr Bahma Sivasubramaniam
35. Dr Hartini Zainuddin
36. Dr Lyana Khairuddin
37. Elaine Tan
38. ElLuqman Hayazi
39. Elroi Yee
40. Eryn Tay
41. Ezra Gideon
42. Farah Liyana
43. Gavin Chow
44. Gayathri Santhirasegaran (Setiausaha, PEN Malaysia)
45. Goh Lee Kwang
46. Jack Malik
47. Jafar Suryomenggolo
48. Jason S Ganesan
49. Jaymee Goh
50. Jenny Hor
51. Jentayu
52. Jerome Kugan
53. Jo Kukathas
54. Joanne Ch’ng Yu Rou
55. Jules Ong
56. Kalash Nanda Kumar
57. Kevin Bathman
58. Khoo Hock Aun
59. KrysGe Ng
60. Lee Hao Jie
61. Liang Ka En
62. Lim Sheau Yun
63. Malachi Edwin Vethamani
64. Manjula Aryaduray
65. Marina Mahathir
66. Masumi Parmar
67. Maureen Tai
68. Maya Tan Abdullah
69. Muhammad Adib Faiz
70. Mujahidin Zulkiffli
71. Muziru Idham
72. Ngo Tjer Hong
73. Nicky Yeap
74. Nini Lukis (Nini Mohamad)
75. Nizam Shadan
76. Nor Huda binti Mohd Izam
77. Nursyuhaidah A Razak
78. Pangrok Sulap
79. Por Heong Hong
80. Preeta Samarasan
81. Rabiatul Adawiyah Md Ali Shifudin
82. Rachel Chong Rui Xin
83. Raymond Lim
84. Rizo Leong
85. Rohaniah Noor
86. S. Pratheebhan
87. Sandeep Ray
88. Sarah Ng
89. Saras Manickam
90. Savita Saravanan
91. Sean Ghazi
92. Shaharina Ahmad
93. Sharon Bakar
94. Sheena Gurbakhash
95. Sheril A. Bustaman

Layari Kenyataan Bersama: Buku Fixi_PPPA_300625

Tinggalkan Balasan