26 May 2025
Kami, kumpulan yang bertandatangan di bawah, menyeru Peguam Negara (AG) Dato’ Mohd Dusuki Mokhtar untuk memaklumkan orang ramai tentang kemajuan dalam dan garis masa untuk memfailkan tuduhan baharu terhadap mantan Perdana Menteri Najib Razak dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC) yang melibatkan dana kerajaan berjumlah RM 6.6 bilion.
Kami juga menggesa Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sokongan penuh kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), termasuk menyahkelaskan dokumen terperingkat Kementerian Kewangan (MOF) untuk memudahkan kes pendakwaan.
Enam bulan lepas, pada 27 November 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa bebas (DNAA) Najib Razik untuk enam tuduhan pecah amanah yang membabitkan dana IPIC. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-ipic-najib-mohd-irwan-lepas-tanpa-bebas-pertuduhan-pecah-amanah-rm66-bilion-498139
Rakyat Malaysia tidak mahu melihat Najib mendapat pembebasan penuh atau dilepaskan dan dibebaskan (DAA) kerana kegagalan AGC untuk mengemukakan pertuduhan baru dalam masa yang sepatutnya.
Dalam kes IPIC Najib, peguam bela Najib meminta DNAA kerana kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan dokumen penting yang diperlukan bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah – dokumen yang dilaporkan dikelaskan sebagai rahsia rasmi oleh MOF. Ini menimbulkan persoalan serius mengenai ketercapaian dokumen kritikal yang penting untuk pendakwaan rasuah yang berperingkat tinggi.
Jika Najib akhirnya mendapat DAA kerana kegagalan AGC untuk mengemukakan semula tuduhan atau kerana keengganan MOF untuk menyahkelaskan dokumen penting, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menggalas tanggungjawab politik sepenuhnya. Sebagai Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri yang mempunyai kuasa ke atas tempoh perkhidmatan Peguam Negara, peranan beliau penting untuk memastikan mereka yang bersalah dalam kes ini dipertanggungjawabkan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hormatnya diingatkan bahawa tuntutan rakyat Malaysia untuk kedaulatan undang-undang, bahawa tiada pembebasan terpilih dari hukuman ke atas jenayah menyalahgunakan dana awam, salah satu janji rakyat mengundi gabungan Pakatan Harapan (PH) beliau, adalah absah dan tidak boleh dipermainkan sebagai obsesi. https://www.malaysiakini.com/news/743382
Dato’ Mohd Dusuki Mokhtar dengan lembutnya diingatkan supaya tidak mengulangi rekod dashyat pendahulunya, Tan Sri Idrus Harun (AG ke-9, 2020-2023), yang membiarkan kegagalan besar AGC berlaku di bawah pimpinan beliau, yang membolehkan bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Ab Hamid untuk mendapatkan DAA dalam kes jenayah pecah amanah berjumlah US$12.1 juta (RM 50.4 juta). https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/hasanah-dilepas-tanpa-dibebaskan-daripadatuduhan-pecah-amanah-wang-rm50-4-juta/ AGC terdahulunya memohon DNAA buatnya pada April 2021, kemudian tidak mengambil sebarang tindakan untuk kemukakan tuduhan baharu selama 16 bulan, sekaligus membolehkan Datuk Hasanah memperolehi DAA pada Ogos 2022. https://www.malaysiakini.com/news/631421 Tan Sri Idrus Harun langsung tidak membuat permohonan maaf atau memberi penjelasan.
Kerana DNAA hanya menjeda kes itu sambil membenarkan pihak pendakwaan mendakwa semula tertuduh jika terdapat bukti lanjut, Mahkamah Persekutuan telah mengingatkan dalam kes Vigny Alfred Raj Vicetor Amratha Raja v PP bahawa sistem undang-undang tidak boleh menggunakan DNAA untuk meletakkan pertuduhan selama-lamanya ke atas seseorang.
Oleh itu, penangguhan tanpa tindakan wajar oleh pihak pendakwaan berisiko membolehkan tertuduh meloloskan diri sepenuhnya daripada keadilan melalui DAA.
Mahkamah Persekutuan telah menekankan bahawa DNAA seharusnya diberikan dalam keadaan luar biasa sahaja. Tanpa sebab atau dalam keadaan sedemikian, mahkamah adalah digalakkan untuk mengeluarkan pembebasan penuh.
Memandangkan keseriusan tuduhan ke atas Najib dan fakta bahawa DNAA telah diberikan, AGC mesti meneruskan dengan segera untuk memfailkan pertuduhan baharu.
Sikap berdiam diri dan tidak bertindak daripada AGC yang berterusan mengenai pendakwaan semula Najib menimbulkan kebimbangan serius tentang campur tangan politik atau kecuaian, menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap kedaulatan undang-undang dan institusi AGC. Ia menimbulkan kebimbangan bahawa penangguhan sementara Najib Razak daripada pendakwaan dalam kes IPIC mungkin bertukar menjadi suatu pelepasan daripada keadilan yang kekal.
Kami berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu diyakinkan lagi bahawa rakyat Malaysia menuntut penoktahan bagi pembebasan daripada hukuman bagi kes berperingkat tinggi dan menjangka bahawa pihak berkuasa akan menunjukkan tekad politik untuk memerangi rasuah pada peringkat tertinggi.
Bahawa Najib Razak tidak boleh diberikan DAA melalui jalan DNAA adalah tuntutan kelima dalam kenyataan “Rakyat benci rasuah. Najib tidak layak terima pengampunan atau tahanan rumah”di https://projeksama.org/2025/02/27/53-groups-and-1106-individuals-demand-new-charges-on-najib-in-ipic-to-avoid-daa/, yang telah ditandatangani oleh 51 buah pertubuhan dan 961 individu sehingga 21 February 2025.
Kenyataan ini diusahadayakan oleh Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA), Gabungan untuk Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS Malaysia), Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) dan Fahmi Reza.
Didayausahakan oleh:-
1) Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA)
2) Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM)
3) Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS Malaysia)
Pengendorsan Organasasi:-
1) Agora Society Malaysia
2) Aliran
3) Engage
4) Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
5) Islamic Renaissance Front
6) Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall Civil Rights Committee
7) Movement for Change, Sarawak (MoCS)
8) Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
9) Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
10) LLG CULTURAL DEVELOPMENT CENTRE BERHAD
Pengendorsan Persendirian:-
1) Prof Zaharom Nain
2) Dr S. Munirah Alatas
3) Azhan Ismail
4) Farah Abdullah
5) Jamaliah
6) Kamsiah
7) Kannan Ramasamy
8) Khairiah Talha
9) Khalidah Mohd Talha
10) Khalilah Talha
11) Lit Lan
12) Mohamad Yusoff
13) Nik Elin Nik Rashid
14) Norlina Abdullah
15) Richard Ong
16) Siah Kwong Liang
17) Tony Lee