WANITA Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor bersama 130 buah pertubuhan dan individu dari seluruh negara mengecam insiden tentang amaran buang sekolah terhadap adik Ain, Kementerian Pendidikan diminta pastikan Ain dapat hadir ke sekolah dengan selamat tanpa sebarang gangguan.

Setelah kes gurauan guru galak rogol didedah menerusi media sosial, kini adik Ain diberikan surat amaran atas sebab tidak hadir ke sekolah. Bagaimanapun, menurut ayah Ain, mereka sudah memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa Ain bimbang keselamatan diri di sekolah.

Kami amat kecewa dan mengecam tindakan yang dikenakan oleh pihak sekolah. Setahu kami, pihak sekolah dan Kementerin Pendidikan langsung tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani insiden tersebut, guru yang tebabit hanya dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor disebabkan siasatan masih berjalan.

Pihak sekolah sepatutnya memberi sokongan dan bantuan kepada murid yang tampil mendedahkan insiden gangguan seksual, dan bukan mempersalahkan mangsa. Tindakan tersebut bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menindas hak asasi dan maruah pelajar.

Pada masa yang sama, seorang netizen yang didakwa sebagai pengetua di sekolah Ain menggelar Ain sebagai “anak setan” menerusi laman Facebook. Walaupun Kementerian Pendidikan sudah menyatakan bahawa pengetua sekolah telah membuat laporan polis dan menafikan tuduhan tersebut, namun kami berpendapat bahawa ia merupakan satu insiden serius. Dengan ini, kami menggesa Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah sepatutnya menjalankan siasatan ke atas insiden berikut, sekiranya benar dia memberi komen negatif tersebut, tindakan tegas perlu diambil dengan segera.

Kami amat mengagumi adik Ain yang menunjukkan keberanian untuk bercakap benar, wanita harus tampil ke hadapan untuk menuntut hak dan kebajikan mereka, dan bukannya menyapu masalah ke bawah karpet. Selain itu, sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran juga memainkan peranan penting dalam prosses pembangunan insan yang seimbang, bagi mengelakkan kes ugutan rogol terhadap rakan sekolah tidak mengulangi lagi. Dengan ini, kesaksamaan gender dalam masyarakat barulah dapat dicapai pada masa depan.

 

WANITA Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor

 

Tinggalkan Balasan