Kenyataan Media Bersama: Menyeru Orang Awam Menyertai “Berjalan Untuk Ubah” – Aktiviti Sambutan Ulang Tahun Hari Wanita Sedunia ke-100
Jawatankuasa Masyarakat Sivil Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Bahagian Wanita Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama menyeru orang awam menyertai “Berjalan untuk Ubah” – Aktiviti Sambutan Ulang Tahun Hari Wanita Sedunia ke-100 pada 26hb Mac 2011 Sabtu, pukul 9:30am di Pasar Seni (Central Market) Kuala Lumpur. Tujuan aktiviti ini ialah meningkatkan kesedaran orang awam terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh wanita-wanita di Malaysia, seterusnya menyertai barisan mempertahankan hak-hak wanita.
Dilema wanita yang disenaraikan oleh pihak penganjur amat memeranjatkan : Sebanyak 9575 kes rogol dalam 5 tahun yang lalu; setiap hari empat wanita yang tinggal di Malaysia dirogol; setiap hari 10 orang wanita mengadu bahawa mereka diseksa secara fizikal dan psikologi; perwakilan wanita dalam politik Cuma 10% dalam 20 tahun yang lalu. Masalah-masalah yang tidak dinyatakan termasuk gangguan seksual di tempat kerja dan tempat awam, kes-kes ragut telah meragut banyak nyawa wanita, orang asli tidak dapat akses kepada perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dengan senang, wanita-wanita yang diperdagangkan ke Malaysia terpaksa dijadikan pelacur, kes-kes pekerja-pekerja domestic diseksa sentiasa timbul.
Kami menyaran agar kerajaan memandang masalah-masalah serius tersebut dan melaksanakan tiga perkara sebagai langkah pertama bagi menyelesaikan dilema wanita : (1) Menjalankan pembaharuan (reform) terhadap pasukan polis diraja Malaysia. Kami memerlukan satu pasukan polis yang profesional, berdisplin dan tidak korup untuk memelihara satu persekitaran masyarakat yang selamat, menjaga keselamatan wanita; (2) Menggubalkan Akta Anti Gangguan Seksual sebagai gantian kepada Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang tidak terikat dengan undang-undang; (3) Memastikan orang asli mendapat sumber pendidikan dan kesihatan yang mencukupi.
Menjaga keselamatan wanita, bukan tanggungjawab wanita sendiri sahaja, lelaki pula ada tanggungjawab. Setiap suami, bapa, abang-adik dan kawan mempunyai tanggungjawab mempertahankan keselamatan ibu, isteri, kakak-adik dan kawan perempuan mereka. Oleh itu kami menyeru semua orang awam, tanpa kira lelaki atau wanita, sama-sama berturun padang menyertai aktiviti “Berjalan untuk ubah” ini!
Aktiviti ini dianjur bersama oleh 10 pertubuhan iaitu Empower, Women Aid Organization, Sister In Islam, JERIT, SUARAM, Tenaganita, Centre for Independent Journalism, DEMA, Persatuan Sahabat Wanita Selangor dan AWAM.