Pengenalan:

Menghayati saat ini! Menjunjung saat ini! Mengubah pada saat ini! Kami Sebagai warganegara Malaysia,dan juga generasi muda di tanah air kita ini, kami sedar bahawa pada masa yang akan datang ,kami berwajib untuk memikul tanggungjawab pembangunan negara ini. Kami menerusi seruan tokoh pendidikan ibunda Mendiang Lim Lian Geok sempena kemerdekaan negara, iaitu “negara yang ingin memastikan generasi muda supaya taat setia kepadanya, hanya dengan satu-satu caranya iaitu memberikan mereka satu konsep hak kuasa yang sama rata daripada memikulkan tanggungjawab bersama,barulah kewarganegaranya membawa makna ” (petikan “Kenyataan Mesyuarat Pewakilan Nasional Persatuan Cina [Huatuan] Memperjuangkan Hak Kewarganegaraan” pada 27hb April 1956).

Dengan itu, kami akan mempertahankan hak kuasa kami dan bersedia memikul tanggungjawab bersama untuk kebaikan negara.

Memandangkan negara kita sedang menghadapi pelbagai masalah,  kami selaku generasi muda menyeru traformasi dan reformasi atas isu-isu berikut supaya masalah negara kita dapat ditangani dengan segera:

Politik:

1. Melaksanakan pendaftaran pengundi baru secara automatik

Hak mengundi merupakan hak asasi setiap warganegara dan juga merupakan landasan asas sistem demokrasi yang penting. Akan tetapi, mengikut statistik Suruhanjaya Pilihanraya(SPR), negara kita masih terdapat 430 juta orang pengundi layak, tetapi masih belum didaftarkan sebagai pemilih. Di Samping itu,kerajaan pemerintah kita tidak menunjukkan kegigihannya dalam proses mempromosikan kepentingan pendaftaran pemilih, maka kami menyeru kerajaan pusat melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi  pemilih yang sudah berumur 18 tahun sebagai pemilih yang sah.

Kami percaya, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihanraya yang telah dilengkapi dengan pelbagai apikasi komputer tidak akan melihat pendaftaran automatik ini sebagai masalah besar, dan ia juga dapat menjimatkan tenaga sumber manusia dan kewangan SPR yang menghadapi kesulitan dalam urusan pendaftaran pengundi baru.

2. Mansuhkan sistem kuota berasaskan kaum, melaksanakan polisi bantuan ikut keperluan ekonomi

Sistem kuota yang mula dilaksanakan sejak tahun 1971, bukan sahaja telah menyebabkan persekitaran persaingan yang tidak adil, maka ia juga mewujudkan jurang perbezaan antara kaum dan melahirkan sekumpulan kecil etnik yang terlalu bergantung kepada “tongkat” sehingga mereka tidak dapat berdikari dalam eknomi.

Kami berpendapat bahawa sistem kuota yang telah dilaksanakan lebih daripada 40 tahun ini, bukan sahaja telah menghindari tujuan asalnya untuk menyurun semula kekayaan masyarakat, maka ia telah membawa kepada budaya kronisme yang serious.

Setelah Malaysia mengalami proses pembangunan moden dan perbandaran selama 40 tahun, ia telah menyebabkan jurang antara golongan kaya dan miskin berasaskan kaum menjadi semakin buntu. Oleh itu, kami menyeru kerajaan mengamalkan prinsip ekonomi bebas dengan memansuhkan sistem kuota dan mewujudkan satu suasana persaingan ekonomi yang adil.

Kerajaan juga perlu mendefinisi golongan kurang upaya dalam masyarakat dan melaksanan polisi bantuan kurang upaya yang berdasarkan prinsip keadilan sosial.

3. Mengkaji semula atau memansuhkan Biro Tata Negara

Penubuhan Biro Tata Negara adalah untuk memberi latihan kepada kakitangan kerajaan tentang etika dan cara kerja yang betul. Akan tetapi, kandungan latihan Biro Tata Negara kerap dibongkarkan mengandungi unsur-unsur diskriminasi perkauman yang serius. Ini bukan sahaja bercanggah dengan slogan laungan “Satu Malaysia” oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malahan ia juga melanggar prinsip berkecualian kakitangan kerajaaan yang tidak harus memihak kepada mana-mana pihak. Oleh itu, kami menyeru kerajaan memansuhkan  Biro Bina Tata Negara supaya penyebaran pemikiran diskriminasi perkauman di kalangan kakitangan kerajaan dapat dihentikan.

4. Menggubal Akta Anti Diskriminasi untuk mengawal tatacara yang berbau unsur perkauman supaya unsur provokasi perkauman dapat dielakkan.

Kebelakangan ini berlaku insiden-insiden yang  mengeluarkan kenyataan berbau perkauman.Maka, kerajaan harus menetapkan suatu Akta  Anti Diskriminasi bagi

mengelakkan kejadian diskriminasi berterusan.

5. Kesemua Borang Rasmi Harus Memansuhkan Kolum Etnik, Dasar Kerajaan Harus Mengikut Merit Tanpa Mengira Etnik.

Kerajaan Pusat dan Negeri harus menuju ke arah kepentingan semua lapisan masyarakat dengan menetapkan procedur yang saksama dan permudahkan birokrasi dalam penjawatan awam.

6. Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Penerbitan dan Pencetakan.

Akta-akta ini bukan sahaja melanggar prinsip asas kebebasan bersuara dan berpersatuan, malah telah menafikan hak rakyat untuk memperolehi maklumat.

Ekonomi:

7. Menghapuskan rasuah, meningkatkan persaingan, melaksanakan tender terbuka dan membentuk suasana perdagangan yang berdaya saing

Semenjak krisis ekonomi 1997, kesemua penyelewengan yang diakibatkan oleh budaya kronime telah semakin menimbul. Antara masalah yang paling serious adalah dasar perlindungan yang terlampau pada industri tertentu dan ia telah mengakibatkan industri negara kita kehilangan daya saing yang sepatut ada, dan menyebabkan amalan rasuah berleluasa di indudtri perniagaan. Kami menyeru kerajaan pemerintah bertindak gigih dalam membenteras rasuah, memastikan kesemua projek kerajaan diberi melalui proses tender terbuka, serta mengamalkan polisi yang dapat mewujudkan suasana perniagaan yang berdaya saing.

8. Menghapuskan sistem 30% ekuiti bumiputera, melaksanakan Akta Persaingan Adil.

Sistem 30% ekuiti bumiputera hanya memanfaatkan segelintir masyarakat dan kroni-kroni. Pelabur tempatan dan pelabur asing berpendapat bahawa sistem 30% ekuiti bumiputera serta sekatan ekuiti pelaburan asing menyebabkan Malaysia tidak mempunyai daya rundingan dalam menarik pelaburan asing dan mengalakkan pelaburan tempatan. Maka, sistem ini harus dihapuskan.

9. Membantah projek Mega Tower dan Projek Penjana Tenaga Nuklear

Kerajaan hanya menitik berat projek Mega  sehingga mengabaikan kebajikan asas rakyat.  Dalam pembinaan pelan loji tenaga nuklear, kerajaan harus mengadakan sesi pendengaran awam serta proses pengurusan logi tenaga nuklear haruslah telus.

10. Menetapkan Akta Gaji Minima

Akta Gaji Minima amat diperlukan pada masa kini kerana harga bahan keperluan asas semakin meningkat, sedangkan penswastaan infrastruktur asas menyebabkan beban golongan pekerja semakin berat tetapi gaji pekerja tidak meningkat.

Pendemokrasian universiti dan kolej:

11. Memansuhkan AUKU dan mengizinkan mahasiswa terlibat dalam politik

Penglibatan dalam urusan politik merupakan hak asasi seseorang rakyat, malah ia merupakan amalan asasi di kehidupan negara-negara antarabangsa. Akan tetapi, kewujudan AUKU telah merampas hak penglibatan mahasiswa/i dalam politik. Akanpun, selepas penggubalan terbaru, seksyen 15 di bawah akta tersebut masih menghalang mahasiswa/i daripada menjadi ahli dalam politik atau persatuan yang tidak diizinkan oleh Menteri Pengajian Tinggi. Seksyen 15 (5) juga melarang mahasiswa/i daripada menunjukan sokongan atau simpati kepada mana-mana parti politik atau persatuan yang tidak diizinkan oleh Menteri Pengajian Tinggi. Kami berpendapat perkara tersebut telah bercanggar dengan prinsip semangat demokrasi, dan merampas hak berperlembagaan yang tertakluk pada perlembagan Malaysia iaitu kebebasan penglibatan dalam politik oleh mahasiswa/i sebagai warganegara Malaysia. Selain itu, ia juga bercanggar dengan hak kebebasan berpersatuan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Negara.

12. Demokrasi Kampus Kuasa Pentaddiran mahasiswa/i

Universiti merupakan tempat untuk melatih mahasiswa/i berfikiran kritikal dan mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan berdasarkan analisis kritikal. Oleh itu, penglibatan mahasiswa/i dalam urusan pentadbiran kampus bukan sahaja dapat mengasak bakat mereka malahan dapat melatih mereka terlibat dalam pembinaan negara pada masa akan datang. Untuk tujuan itu, kerajaan harus mengurangkan campur tangan dalam urusan dalam universiti. Perlantikan Naib Chancellor universiti bebas daripada keputusan politik, ia harus dilantik berdasarkan pengundian oleh warga-warga universiti,termasuk ahli akademik dan Mahasiswa-mahasiswi. Ahli Akademik universiti juga tidak seharusnya dirangkumi sebagai kakitangan kerajaan dan sepatutnya diibebaskan daripada sistem btersebut supaya kebebasan akademik tidak akan dicengkam oleh kerajaan yang memerintah.

发表回复