驳斥地方选举族群论,新政改革需贯彻始终

【隆雪华堂文告,2018.12.10】

驳斥地方选举族群论,新政改革需贯彻始终

Kenyataan Media Daripada Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor Mengenai Isu Penolakan Pemulihan Pilihan Raya Tempatan oleh YAB Tun Dr. Mahathir

首相马哈迪日前以种族因素为由,表明拒绝恢复地方政府选举。隆雪华堂认为,新政改革不能走回头路,“还民第三票”既已清楚列入希盟竞选宣言,房地部长祖莱达上台后亦承诺三年内落实,因此担忧族群分歧不应成为罔顾民意、阻挡改革的理由。

我们必须指出,这已不是首相马哈迪首次公开表态。不过,这回以首相之尊老调重弹,以城乡差异、族群分歧为由,反对恢复地方选举,不啻视希盟竞选承诺为无物,再次曝露这种想法已不合时宜。我国首次政党轮替后,新政府领导人在国际人权日当天竟如此发言,著实令人难以苟同。

我们认为,希盟最高理事会必须对此议题表达清楚、一致的立场,勿将政党利益置于全民利益之前。任何具有划时代意义的重大政策与决定,都需要政治力主导,坚定表态。作为一个愿意承担的改革者,无法迴避支持者、反对者对于“改革”的不同想像,新政改革必须是希盟政治意志的具体展现。总之,政府所当为者,是创造平台、促进真诚、理性的对话,坚定自身改革的意志,避免延宕改革进程。

Mengenai penolakan Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir bagi memulihkan Pilihan Raya Tempatan dengan alasan kemungkinan berlakunya konflik perkauman, kami dari Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor berpendapat bahawa usaha pembangunan Malaysia baru tidak sepatutnya bertolak ansur begitu sahaja, sedangkan Pemulihan Pilihan Raya Tempatan ini telahpun dijanji dalam manifesto Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang diadakan pada 9 May 2018 yang lepas. Tambahan pula, YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin telah berjanji untuk memulihkannya dalam tempoh masa 3 tahun. Oleh itu, kegelisahan tentang konflik antara kaum tidak boleh dianggap sebagai alasan sama ada untuk mengabaikan harapan masyarakat atau menghalang perjuangan pembaharuan Malaysia baru.

Kami dapati bahawa ini bukan kali pertama YAB Tun mengeluarkan kenyataan seperti yang di atas. Walaubagaimanapun, kami tetap berasa hairan terhadap kandungan ucapan yang disampaikan oleh YAB Tun sebagai pemimpin  Malaysia baru semperna Hari Hak Asasi Manusia (Human Rights Day) masih lagi mengulangi idea seperti Pilihan Raya Tempatan tidak patut dipulihkan kerana terdapatnya perbezaan antara kawasan penempatan bandar dengan luar bandar, dan mungkin menyumbang kepada konflik perkauman, sedangkan Malaysia baru sahaja menyambut pertukaran pihak berkuasa daripada Barisan Nasional kepada parti lain buat kali pertama sepanjang 60 tahun sejak mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957.

Kenyataan tersebut sebenarnya bukan sahaja bertentangan dengan Manifesto Pakatan Harapan, tetapi juga merupakan idea yang tidak bersesuaian dengan zaman ini. Oleh itu, kami berpendapat bahawa Majlis Tertinggi bagi Pakatan Harapan seharusnya menyeragamkan pandangan dan hasrat mengenai isu pemulihan Pilihan Raya Tempatan. Pada masa yang sama, kepentingan rakyat perlu dipentingkan berbanding dengan kepentingan parti politik semasa membuat keputusan dalam isu pemulihan Pilihan Raya ini. Kita perlu memahami bahawa sebarang polisi atau keputusan yang baru dan prospektif selalunya memerlukan pertahanan dan penegasan daripada pihak kuatkuasa sebagai titik permulaan dalam usaha pembaharuan atau reformasi masyarakat. Maka, pihak pembaharu tetap akan berdepan dengan masalah dimana bayangan dan jangkaan yang berbeza sama ada daripada mereka yang menyokong atau berlawan.

Akhir kata, kami ingin mengemukakan pendapat kami bahawa, apa yang patut dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah membekalkan platfom supaya menggalakkan dialog yang ikhlas dan rasional, serta gagah mempertahankan hasrat untuk meneruskan perjuangan pembangunan Malaysia baru.

吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂(隆雪华堂) 敬启

Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor

(照片来源:The Sun Daily

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply