Tarikh: 19hb Ogos 2015 (Rabu)
Masa: 8 – 11pm
Tempat: Dewan Perhimpunan China KL dan Selangor

Panelis:
Maria Chin Abdullah (Pengerusi Bersih 2.0)
Dr. Hatta Ramli (Gerakan Harapan Baru)
YB Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak)
Ahmad Syukri Razab (Setiausaha Pengelola AMK Pusat)

Moderator: Wong Swee Nee (Ahli Jawatankuasa Pemuda KLSCAH)

Skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 2.6 billion ringgit “perdermaan politik” di akaun peribadi Najib telah menunjukkan keseriusan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Yang dahsyatnya, sehingga sekarang, tiada mekanisme siasatan yang berkesan dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.

Dalam situasi sebegini, jelasnya, sokongan rakyat bersama himpunan Bersih 4.0 pada 29hb dan 30hb Ogos  amat diperlukan, sebagai bantahan terhadap kegagalan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh itu, Pemuda dan Jawatankuasa Hak Sivik Dewan Perhimpunan China KL dan Selangor mengadakan forum ini untuk menggalak lebih ramai rakyat turun jalan, bersama-sama dengan Bersih 4.0 untuk meluahkan perasaan kita dan membersihkan semua kekotoran politik melalui protes himpunan aman.

Kemasukan adalah percuma, semua dijemput hadir.

20610_526371470854934_7808941475304155185_n

发表回复