青年组织抨执法单位双重标准,吁出席每晚增江警局前烛光会

隆雪华堂青年团与林连玉基金公民社会委员会发表联合文告,谴责执法单位双重标准,对付学生领袖阿当阿迪,同时表示容不下批评声音的政府,要如何让人民相信其改革的承诺。

两组织在文告上谴责执法单位双重标准,并表示不能接受一个为国家民主未来发声的学生领袖受到不合理的对待,可是发表种族性言论的前上诉庭法官诺阿都拉(Mohd Noor Abdullah)至今却依然逍遥法外。诺阿都拉在大选后警告随着华裔在大选中背叛马来人,华裔必须准备好面对马来社会的“报仇”。

两组织指出所谓的民主不单是选举的制度,更概括了言论自由,以及在发言时享有免于恐惧的自由。我们不满继援引1948年煽动法令第4条文后,警方昨日再援引更严重的刑事法典第1249(B)破坏议会民主条文调查阿当阿里。

文告表示:“我们相信这与人民醒觉日益提高,选举舞弊集会连续举办有关。两组织认为对付阿当阿里的举动无非是要借此杀一儆百,扼制更大的不满情绪,重新建立威权政府。”

两组织认为政府在去年国会修正法典后,新加入刑事法典第1249(B)破坏议会民主条文,如今选后马上用来对付学生领袖,再次让人看到尽管《内安法令》被废除,但是用以打压言论自由,钳制异议分子的的条文无处不在,政府企图要塑造尊重人民的形象,看来只是为了选举而做的一场戏。

最后,隆雪华青与林连玉基金公民社会委员会促警方立刻释放阿当阿迪,撤销一切不合理的指控。同时,他们呼吁社会人士出席到5月23日为止,每晚8点30分于增江警察局的烛光晚会声援阿当阿迪,捍卫人民的言论自由。

联署单位:
林连玉基金公民社会委员会
隆雪华堂青年团

Organisasi Pemuda mengecam tindakan polis “Double Standard
Menyeru rakyat turun bersolidariti menentang kezaliman pemerintah

Pemuda Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (Pemuda KLSCAH) dan Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Kebudayaan Pembangunan Lim Lian Geok (LLG) mengecam tindakan polis yang menahan aktivis siswa Adam Adli. Penahanan terhadap Adam Adli menunjukkan sikap kerajaan yang menyekat suara rakyat dan tidak hormat kepada demokrasi.

“Kerajaan yang tidak dapat terima kritikan daripada rakyat, bagaimana ia dapat meyakinkan rakyat terhadap janjian transformasinya?” kata Robert Lua Khang Wei, ketua Pemuda KLSCAH.

Dua organisasi ini juga mengecam tindakan polis yang “double standard”, di mana seorang anak muda yang menyuarakan pendapat terhadap isu-isu Negara ditahan dan disiasat, namun pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang mengeluarkan kenyataan perkauman, dengan seolah-olah memberi amaran kepada kaum Cina, yang menurutnya tidak menghargai orang Melayu.

Dua organisasi berpendapat bahawa demokrasi bukan saja bermaksud wujudnya sistem pilihan raya, ia juga merangkumi kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun, “kami tidak puas hati terhadap tindakan polis yang menyiasat Adam Adli di bawah seksyen 4 Akta Hasutan dan juga Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan. Ini telah menyekat hak asasi manusia.”

Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang digubal pada tahun lepas mewujudkan satu kesalahan iaitu “aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen” di mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun penjara. Ini menunjukkan bahawa walaupun ISA telah dimansuhkan, tetapi elemen zalim ISA masih kekal. Tindakan kerajaan yang mansuhkan ISA hanya satu gimik politik untuk Pilihan Raya 13.

Akhirnya, Pemuda KLSCAH dan Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Kebudayaan Pembangunan LLG menggesa polis untuk bebaskan Adam Adli dengan segera, dan batalkan semua tuduhan yang tidak munasabah. Kami juga menyeru rakyat Malaysia untuk turun bersolidariti menentang kezaliman pemerintah di balai polis Jinjang, KL pada 8.30pm mulai sekarang sehingga Adam dibebaskan!

Kenyataan Bersama daripada:
1. Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Kebudayaan Pembangunan Lim Lian Geok
2. Pemuda Dewan Perhimpunan China KL & Selangor

BKtenbvCEAAWOuf.jpg largePhoto taken from: anilnetto.com

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply