Kenyataan Akhbar
(日期:25/6/2002)
Bahagian Belia Dewan Perhimpunan China mengucapkan takziah atas kembalinya presiden PAS allahyarham Dato’ Fadzir Noor ke Rahmatullah.
Allahyarham Datok Fadzir Noor merupakan seorang pemimpin yang bersikap sederhanaan dan selalu bergaul mesra dengan rakyat, ini dapat dibuktikan melalui kerelaan beliau mendengar suara rakyat serta menerima pendapat pihak lain. Misalnya dalam isu negara Islam, beliau sering mengadakan perbincangan untuk mengumpulkan pendapat yang berbeza.
Beliau juga adalah pemimpin dalam perjuangan untuk mempertahankan demokrasi dan hak asasi manusia. Misalnya beliau telah menjadi pemimpin Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang berjuang untuk memansuhkan akta yang mencabuli hak asasi manusia.Semasa SJK Damansara ditutup oleh Kementerian Pendidikan tanpa alasan yang munasabah, beliau telah banyak kali mengetuai ahli-ahli parti pembangkang mengunjungi SJK Damansara, setelah mengetahui penduduk tempatan kehilangan hak mereka untuk menerima pendidikan ibunda, beliau menyokong perjuangan Ahli Jawatan Kuasa Mempertahan Sekolah Asal. Selain itu, beliau dan parti-parti pembangkang telah bersama rakyat membantah perpidahan perkuburan Jalan Lapagan Terbang Lama. Beliau juga mengutamakan kepentingan rakyat dalam isu Suqiu dan Gerakan Membantah Parti Politik Membeli Akbar.
Kami berharap agar pemimpin baru PAS memegang pendirian yang sama, perjuangan membatasi soal kaum, budaya, agama dan bahasa. Segala agenda politik yang diperjuangkan harus mengutamakan kepentigan rakyat jelata.