{"id":46153,"date":"2026-09-16T09:59:39","date_gmt":"2026-09-16T01:59:39","guid":{"rendered":"https:\/\/klscah.org.my\/?p=46153"},"modified":"2026-09-16T09:59:39","modified_gmt":"2026-09-16T01:59:39","slug":"teks-ucapan-presiden-klscah-ngan-teng-ye-sempena-hari-malaysia-2026-hormat-kepelbagaian-nikmati-kesejahteraan-bersama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/2026\/09\/46153.html","title":{"rendered":"Teks Ucapan Presiden KLSCAH, Ngan Teng Ye Sempena Hari Malaysia 2026- Hormat Kepelbagaian, Nikmati Kesejahteraan Bersama\u00a0"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sempena Hari Malaysia, saya bagi pihak Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus menyumbang kepada pembangunan negara. Semoga Malaysia terus aman, harmoni, maju dan makmur, serta rakyat dapat hidup dengan sejahtera.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tanggal 16 September bukan sekadar memperingati pembentukan Malaysia, tetapi juga menjadi ruang untuk kita menghayati semula erti negara ini dan memikirkan hala tuju masa depannya. Malaysia yang kita kenali hari ini terbina atas kesediaan rakyat daripada pelbagai wilayah, kaum, budaya dan agama untuk mencari titik persamaan dalam perbezaan, serta bersama-sama membangunkan sebuah negara milik semua.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kepelbagaian merupakan sebahagian daripada wajah masyarakat Malaysia dan aset negara yang amat berharga. Namun, perpaduan dalam masyarakat majmuk tidak boleh dianggap sesuatu yang berlaku dengan sendirinya, apatah lagi dipelihara hanya melalui slogan ketika musim perayaan. Perpaduan yang sebenar perlu dibina atas asas saling menghormati, layanan yang adil dan kepercayaan antara satu sama lain. Kita tidak perlu menjadi seragam untuk membuktikan kecintaan kepada negara, dan perasaan patriotik seseorang tidak wajar diukur berdasarkan satu acuan sahaja. Setiap rakyat berhak menzahirkan rasa cinta dan penghargaan terhadap negara melalui bahasa, budaya dan cara hidup masing-masing.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini ialah \u201cMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati\u201d. Kesejahteraan yang dinikmati bersama bermaksud pembangunan negara tidak seharusnya hanya dilihat melalui angka ekonomi atau kemajuan fizikal, tetapi mestilah turut dirasai dalam kehidupan seharian rakyat. Ketika rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup dan ketidakstabilan pekerjaan, kemajuan negara perlu diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih terjamin, peluang yang lebih saksama dan keyakinan yang lebih kukuh terhadap masa depan. Hanya apabila rakyat di semua wilayah, lapisan masyarakat dan golongan dapat menikmati hasil pembangunan, barulah kesejahteraan bersama benar-benar dapat dirasai.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam ucapan Hari Malaysia tahun lalu, KLSCAH telah menyuarakan kebimbangan berhubung insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik serta kesilapan percetakan, di samping menyeru agar pendidikan, teguran dan pembetulan segera diutamakan. Namun, amat dikesali bahawa tahun ini kita masih menyaksikan budaya mengecam dan menuding jari yang semakin kerap berlaku. Keadaan ini bahkan menyebabkan sebahagian peniaga berasa perlu lebih berhati-hati ketika mengibarkan atau menjual Jalur Gemilang, bimbang kesilapan yang tidak disengajakan mengundang kecaman. Keadaan ini wajar kita renungi: Apabila rakyat mengibarkan Jalur Gemilang, adakah yang dirasai itu kebanggaan atau kebimbangan?<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kita sememangnya tidak dapat menerima perbuatan yang sengaja menghina lambang negara. Namun, bagi kesilapan yang berlaku tanpa niat, kita juga perlu membezakan antara kecuaian dengan penghinaan yang disengajakan. Pendidikan, teguran dan pembetulan segera hendaklah diutamakan. Jika setiap kesilapan segera mengundang kecaman terbuka di media sosial, tuduhan terhadap kaum tertentu atau pertikaian politik, keadaan ini bukan sahaja tidak membantu memupuk semangat patriotik, malah boleh menyebabkan rakyat berasa serba salah untuk menzahirkan kecintaan kepada negara.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menghormati Jalur Gemilang bukan sekadar memastikan ia dikibarkan dengan betul, tetapi yang lebih penting ialah menghayati dan mengamalkan nilai perpaduan, keadilan serta rasa memiliki bersama yang dilambangkannya. Semangat patriotik bukan sahaja terserlah melalui ketelitian terhadap perkara-perkara berbentuk simbolik, tetapi juga melalui keprihatinan terhadap nasib rakyat, sikap menghormati perbezaan, usaha memelihara keharmonian masyarakat dan kesediaan memikul tanggungjawab bersama terhadap negara. Semangat patriotik seharusnya lahir daripada rasa cinta dan kebersamaan, bukannya ketakutan terhadap hukuman. Kibaran Jalur Gemilang sepatutnya menyatukan rakyat, bukannya menjadi alat untuk memisahkan kita.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hari Malaysia turut mengingatkan kita bahawa Sabah dan Sarawak bukanlah sekadar wilayah dalam peta negara, tetapi merupakan rakan penting yang bersama-sama membentuk Malaysia. Kita harus menghargai asas sejarah pembentukan Malaysia dan semangat Persekutuan, serta menghormati sejarah, budaya dan keperluan pembangunan setiap wilayah. Hanya apabila seluruh rakyat mendapat layanan yang adil dan berpeluang menyumbang secara saksama kepada pembangunan negara, barulah kita benar-benar menghayati semangat berkongsi sebuah negara dan masa depan bersama.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sempena ulang tahun ke-63 pembentukan Malaysia, marilah kita mengurangkan prasangka dan kecaman, sebaliknya memperbanyakkan kefahaman dan sikap bertolak ansur. Kurangkan ungkapan patriotik yang sekadar bersifat seremonial, dan perbanyakkan tindakan nyata untuk memperbaiki kehidupan rakyat serta menegakkan keadilan. Semoga Jalur Gemilang terus berkibar dengan megah di setiap pelosok negara, dan setiap rakyat, tanpa mengira kaum, kepercayaan atau tempat asal, dapat merasakan bahawa mereka dihormati, diterima dan mempunyai harapan terhadap masa depan negara.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia!<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>NGAN TENG YE<\/b><\/p>\n<p><b>PRESIDEN DEWAN PERHIMPUNAN CHINA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (KLSCAH)<\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-46151\" src=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/Copy-of-Copy-of-\u6587\u544a-backdrop-\u526f\u672c-21.png\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"1080\" srcset=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/Copy-of-Copy-of-\u6587\u544a-backdrop-\u526f\u672c-21.png 1080w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/Copy-of-Copy-of-\u6587\u544a-backdrop-\u526f\u672c-21-300x300.png 300w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/Copy-of-Copy-of-\u6587\u544a-backdrop-\u526f\u672c-21-1030x1030.png 1030w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/Copy-of-Copy-of-\u6587\u544a-backdrop-\u526f\u672c-21-80x80.png 80w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/Copy-of-Copy-of-\u6587\u544a-backdrop-\u526f\u672c-21-768x768.png 768w\" sizes=\"(max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sempena Hari Malaysia, saya bagi pihak Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) in&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":671,"featured_media":46151,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[235,161],"tags":[],"class_list":["post-46153","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kenyataan","category-kenyataan-dan-penyataan"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/Copy-of-Copy-of-\u6587\u544a-backdrop-\u526f\u672c-21.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46153"}],"collection":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/671"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46153"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46153\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":46154,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46153\/revisions\/46154"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46151"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46153"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46153"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46153"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}