{"id":43591,"date":"2026-02-20T11:45:06","date_gmt":"2026-02-20T03:45:06","guid":{"rendered":"https:\/\/klscah.org.my\/?p=43591"},"modified":"2026-02-24T14:35:46","modified_gmt":"2026-02-24T06:35:46","slug":"tun-tengku-maimun-tuan-mat-perlu-mengetuai-pasukan-untuk-menyiasat-azam-baki-dan-sprm-serta-pendakwa-raya-dan-sprm-perlu-bertanggungjawab-kepada-parlimen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/2026\/02\/43591.html","title":{"rendered":"Tun Tengku Maimun Tuan Mat Perlu Mengetuai Pasukan Untuk Menyiasat Azam Baki dan SPRM, serta Pendakwa Raya dan SPRM Perlu Bertanggungjawab kepada Parlimen"},"content":{"rendered":"<p>Kami, kumpulan masyarakat sivil yang bertandatangan di bawah, menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memulakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau pasukan panel bebas yang lain, yang dipengerusikan oleh tokoh yang terkemuka dan dihormati seperti mantan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk menyiasat tuduhan salah guna kuasa, kekayaan luar biasa yang tidak dapat dijelaskan dan pemerasan melalui kuasa kawal selia yang didakwa terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki. Pihak berkepentingan yang mewakili pelbagai lapisan dan kepentingan dalam masyarakat perlu dibenarkan untuk menyertai siasatan ini. Hasil siasatan juga perlu didedahkan kepada orang ramai kerana hal ini adalah melibatkan kepentingan umum.<\/p>\n<p>Keputusan Kabinet pada 13 Februari (Jumaat) lepas yang menghadkan forum siasatan kepada jawatankuasa ad hoc dalaman di peringkat Eksekutif dan skop siasatan hanya kepada pegangan saham Azam Baki di dalam syarikat tersenarai awam, tanpa mengambil kira tuduhan terhadap persekongkolan SPRM dalam pemerasan ekonomi, menunjukkan pertimbangan yang amat lemah dan tidak mengendahkan keseriusan dakwaan terbabit. Selain daripada kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, tiada Menteri yang lain yang menjelaskan alasan pentadbiran bagi keputusan penting untuk menghadkan forum dan skop siasatan terhadap Azam Baki ini. Hakikat bahawa jawatankuasa ini dipengerusikan pula oleh Peguam Negara Mohd Dusuki bin Mokhtar, yang sebelum ini terlibat secara langsung dalam penarikan balik pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, hanya menambahkan kesinisan awam bahawa siasatan jawatankuasa ad hoc tersebut mungkin juga akan berakhir dengan keputusan &#8220;Tiada Tindakan Lanjut&#8221; atau NFA.<\/p>\n<p>Justeru, kami menggesa empat tindakan segera dan khusus:<\/p>\n<ol>\n<li>Satu panel bebas yang merangkumi tokoh terkemuka dan dihormati yang dipengerusikan oleh Tengku Maimun atau individu lain yang mempunyai ketokohan yang serupa, serta bebas daripada keahlian Menteri, penjawat awam dan Peguam Negara, perlu dilantik segera untuk menyiasat kesemua tuduhan tertunggak terhadap SPRM dan Azam Baki.<\/li>\n<li>Azam Baki wajib mengambil cuti sementara siasatan bebas sedang dijalankan.<\/li>\n<li>Satu pelan halatuju reformasi SPRM yang komprehensif perlu dirangka melalui sebuah inkuiri Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat, yang perlu disiapkan sebelum 31 Disember 2026 dan perlu merangkumi: (a) proses lantikan Pesuruhjaya SPRM yang bebas daripada pengaruh Eksekutif namun tertakluk semakan oleh Parlimen; dan (b) langkah-langkah untuk menjamin pelaksanaan kuasa dan tugas SPRM adalah telus serta bertanggungjawab kepada Parlimen.<\/li>\n<li>Kerajaan Madani perlu komited dan memberi jaminan bahawa dalam memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya: (a) pelantikan Pendakwa Raya akan melalui proses yang bebas daripada campur tangan Eksekutif dan disemak oleh Parlimen; dan (b) pelaksanaan tugas dan kuasa Pendakwa Raya akan disertakan jaminan ketelusan dan mekanisme akauntabiliti kepada parlimen.<\/li>\n<\/ol>\n<p>Sebagai langkah kebertanggungjawaban awam, setiap gabungan dan parti dalam Kerajaan Madani perlu membuat pendirian jelas kepada reformasi ini atau memberikan justifikasi mengapa mereka bersetuju kepada skop siasatan yang sempit terhadap Azam Baki di bawah jawatankuasa yang diketuai Peguam Negara. Parti-parti di dalam Kerajaan Madani, terutamanya Pakatan Harapan, bukan sahaja sedar akan kelemahan dalam reka bentuk institusi SPRM, bahkan mereka berjanji untuk mereformasi SPRM bagi memperbetulkan kelemahan tersebut. Malangnya, Perdana Menteri Anwar bukan sahaja tidak menjadikan reformasi SPRM sebagai keutamaan sepanjang 31\u20442 pentadbiran beliau, malah beliau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan berkali-kali memperbaharui kontrak Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya walaupun terdapat pelbagai dakwaan terhadap beliau yang belum diselesaikan, dan SPRM dikecualikan daripada pengawasan jawatankuasa parlimen secara langsung.<\/p>\n<p>Sebagaimana pendedahan skandal 1MDB oleh Wall Street Journal pada 2015, skandal SPRM tahun ini yang didedahkan oleh Bloomberg, terutamanya dakwaan pemerasan oleh SPRM melalui kuasa kawal selia mereka adalah merupakan kesan yang memalukan akibat daripada sistem politik yang tempang. Pada masa yang sama juga, ini adalah peluang besar untuk melakukan satu reformasi yang diperlukan dengan berani. Barisan Nasional cuba melindungi Najib Razak namun akhirnya tersungkur bersama beliau. Penubuhan jawatankuasa secara tergesa-gesa yang dipimpin oleh Dusuki juga mencerminkan percubaan membimbangkan oleh pentadbiran Anwar untuk melindungi Azam Baki dan mungkin juga elit politik lain yang terkait dengannya, termasuk bekas setiausaha politik Perdana Menteri, Farhash Wafa Salvador, serta menteri-menteri dalam Kerajaan Sabah GRS yang dikaitkan dengan skandal perlesenan perlombongan baru-baru ini.<\/p>\n<p>Jika Perdana Menteri Anwar dan Kerajaan Madani serius untuk memerangi rasuah, mereka perlu membetulkan kelemahan ketara SPRM; tidak seperti agensi antirasuah di belahan dunia yang lain, Ketua SPRM adalah lantikan politik Perdana Menteri di mana Perdana Menteri memainkan peranan penentu dalam pelantikan tersebut. Tambahan pula, tiada mekanisme pengawasan yang jelas dan berkesan untuk memastikan SPRM dipertanggungjawabkan kepada institusi seperti Parlimen.<\/p>\n<p>Respon Kerajaan Madani yang seakan mengelak terhadap tuduhan semasa menimbulkan ketakutan dan kekhuatiran berasas kepada cadangan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi. Pewujudan jawatan baharu Pendakwa Raya akan meletakkan kuasa yang besar di tangan seorang lagi individu yang tidak dipilih, yang atas sebab-sebab penting tidak seharusnya dilantik secara langsung oleh cabang Eksekutif. Namun, langkah-langkah juga mesti diwujudkan untuk mencegah penyalahgunaan kuasa oleh Pendakwa Raya yang baharu. Kumpulan masyarakat sivil dan pakar telah mencadangkan agar jawatan Pendakwa Raya diisi tanpa penglibatan Eksekutif tetapi dengan pengawasan Parlimen, bahawa pelaksanaan kuasa pendakwaan mestilah telus; dan bahawa Pendakwa Raya hendaklah bertanggungjawab kepada Parlimen. Jika cadangan ini tidak diambil kira, perkhidmatan pendakwaan baharu dan Pendakwa Raya mungkin akan menjadi cerminan SPRM dan Ketua Pesuruhjayanya, sekali gus akan merosakkan lagi keyakinan awam terhadap kedaulatan undang-undang dan integriti institusi awam.<\/p>\n<p>Kita tidak boleh menerima reformasi yang kurang daripada apa yang dituntut di atas. Ketiadaan reformasi ini adalah pilihan yang disengajakan, dan setiap pilihan ada akibatnya &#8211; kepada pelabur yang mempertimbangkan kemana destinasi pelaburan mereka, kepada rakan dan pemegang taruh utama yang mempersoalkan integriti kita, dan terhadap rakyat yang muak dengan janji- janji yang tidak ditunaikan. Isu ini melangkaui garis politik.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani perlu berhati-hati membaca sentimen rakyat. Kemarahan terhadap rasuah dan fenomena dua darjat dalam penguatkuasaan undang- undang, dengan dua layanan berbeza terhadap mereka yang berkuasa dan rakyat biasa, akan menyatukan rakyat merentasi spektrum politik, di jalan raya mahupun semasa hari pilihan raya.<\/p>\n<p><strong>Disokong oleh:<\/strong><\/p>\n<div class=\"elementor-element elementor-element-46fe77e elementor-widget elementor-widget-theme-post-content\" data-id=\"46fe77e\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"theme-post-content.default\">\n<div class=\"elementor-widget-container\">\n<p>Organisasi:<br \/>\n1. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)<br \/>\n2. Rasuah Busters<br \/>\n3. Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA)<br \/>\n4. Pertubuhan IKRAM Malaysia<br \/>\n5. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)<br \/>\n6. The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)<br \/>\n7. Agora Society Malaysia<br \/>\n8. All Women\u2019s Action Society (AWAM)<br \/>\n9. Alternative ASEAN Network on Burma (ALTSEAN-Burma)<br \/>\n10. Buku Jalanan Chow Kit<br \/>\n11. Cahaya Society<br \/>\n12. Center for Orang Asli Concerns (COAC)<br \/>\n13. Centre for Independent Journalism (CIJ)<br \/>\n14. CRIB Foundation (Child Rights Innovation &amp; Betterment)<br \/>\n15. CSO Platform for Reform<br \/>\n16. END CSEC Network<br \/>\n17. ENGAGE<br \/>\n18. Filsufi. &amp; Co<br \/>\n19. G25 Malaysia (G25)<br \/>\n20. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)<br \/>\n21. House of Wisdom PLT<br \/>\n22. Kemban Kolektif<br \/>\n23. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall \u2013 Civil Rights Committee (KLSCAH-CRC)<br \/>\n24. Lawyer Kamek (Sarawak)<br \/>\n25. Malayan Nurses Union<br \/>\n26. MANDIRI<br \/>\n27. Metal Industry Employees\u2019 Union<br \/>\n28. National Human Rights Society (HAKAM)<br \/>\n29. North South Initiative (NSI)<br \/>\n30. PACOS Trust<br \/>\n31. Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor &amp; KL (Family Frontiers)<br \/>\n32. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)<br \/>\n33. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat<br \/>\n34. Persatuan Pengundi Muda (UNDI18)<br \/>\n35. Sabah Action Women\u2019s Resource Group (SAWO)<br \/>\n36. Sabah Youth Movement (SYM)<br \/>\n37. Save Malaysia Stop Lynas<br \/>\n38. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)<br \/>\n39. SIS Forum (Malaysia)<br \/>\n40. Sri Sithi Vinayagar SSVT<br \/>\n41. Suara Mahasiswa UMS (SMUMS)<br \/>\n42. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)<br \/>\n43. Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement (TBH-ADA)<br \/>\n44. Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak \u2013 TKHAS<br \/>\n45. Union of Employees in Trade Unions (UETU)<br \/>\n46. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)<br \/>\n47. Women\u2019s Aid Organisation (WAO)<br \/>\n48. Women\u2019s Centre for Change, Penang (WCC)<\/p>\n<p>Individu:<br \/>\n1. Tan Sri Syed Hamid Albar<br \/>\n2. Datuk Hussamuddin Yaacub<br \/>\n3. Prof. Emeritus Edmund Terence Gomez<br \/>\n4. Dato\u2019 Ambiga Sreenevasan<br \/>\n5. Shah Hakim Zain<br \/>\n6. Maha Balakrishnan<br \/>\n7. Dr Tricia Yeoh<br \/>\n8. Cynthia Gabriel<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kami, kumpulan masyarakat sivil yang bertandatangan di bawah, menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memulakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau pasukan panel bebas yang lain, yang dipengerusikan oleh tokoh yang terkemuka dan dihormati seperti mantan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk menyiasat tuduhan salah guna kuasa, kekayaan luar biasa yang tidak dapat dijelaskan dan pemerasan melalui kuasa kawal selia yang didakwa terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki. Pihak berkepentingan yang mewakili pelbagai lapisan dan kepentingan dalam masyarakat perlu dibenarkan untuk menyertai siasatan ini. Hasil siasatan juga perlu didedahkan kepada orang ramai kerana hal ini adalah melibatkan kepentingan umum. Keputusan Kabinet pada 13 Februari (Jumaat) lepas yang menghadkan forum siasatan kepada jawatankuasa ad hoc dalaman di peringkat Eksekutif dan skop siasatan hanya kepada pegangan saham Azam Baki di dalam syarikat tersenarai awam, tanpa mengambil kira tuduhan terhadap persekongkolan SPRM dalam [&#8230;]\n","protected":false},"author":670,"featured_media":43601,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[183,181,161,247,237,264],"tags":[],"class_list":["post-43591","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hak-sivil","category-jawatankuasa","category-kenyataan-dan-penyataan","category-kenyataan-bersama","category-kenyataan-jawatankuasa","category-kenyataan-jawatankuasa-hak-sivil"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/\u6566\u4e1c\u59d1\u9ea6\u6da6\u6587\u544a\u56fe-BM.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/43591"}],"collection":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/670"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=43591"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/43591\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":43606,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/43591\/revisions\/43606"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/43601"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=43591"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=43591"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=43591"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}