{"id":37727,"date":"2024-10-15T15:05:06","date_gmt":"2024-10-15T07:05:06","guid":{"rendered":"https:\/\/klscah.org.my\/?p=37727"},"modified":"2024-10-15T15:25:33","modified_gmt":"2024-10-15T07:25:33","slug":"tangguh-pindaan-regresif-teruskan-pindaan-hak-kewarganegaraan-setara-kepada-ibu-ibu-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/2024\/10\/37727.html","title":{"rendered":"Tangguh Pindaan Regresif; Teruskan Pindaan Hak Kewarganegaraan Setara Kepada Ibu-ibu Malaysia"},"content":{"rendered":"<p><b>9 Oktober 2024 \u2013 <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Gabungan organisasi masyarakat sivil (CSO), aktivis, pakar, serta individu yang terjejas, menyuarakan kebimbangan mengenai <\/span><b>Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">, khususnya peruntukan yang berkaitan dengan kewarganegaraan yang akan dibahaskan di Parlimen. Dengan hanya berbaki empat hari lagi sebelum Mesyuarat Dewan Rakyat bermula, pihak gabungan masih belum menerima sebarang kemas kini atau penambahbaikan terhadap rang undang-undang tersebut seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri pada Julai 2024. Kurangnya ketelusan dan komunikasi ini amat membimbangkan dan bercanggah dengan janji kerajaan Madani untuk mendukung demokrasi yang lebih inklusif dan telus.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pihak gabungan sebelum ini telah menegaskan bahawa Rang Undang-Undang tersebut dalam bentuk semasanya mengandungi kelemahan kritikal yang jika tidak ditangani dan dibaiki akan memberi implikasi yang meluas kepada komuniti rentan di seluruh Malaysia, khususnya masyarakat pribumi Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia. Menteri mesti secara telus mendedahkan butiran lengkap mengenai bagaimana beliau berhasrat untuk menangani kelemahan kritikal ini, termasuk penambahbaikan spesifik terhadap Rang Undang-Undang atau sebarang peraturan berkaitan, dan memberikan masa yang mencukupi kepada semua pihak berkepentingan untuk mengkaji pindaan yang dicadangkan oleh Kementerian. Rang undang-undang ini tidak seharusnya diteruskan dalam bentuknya yang sedia ada kerana ia menggabungkan beberapa pindaan regresif dengan satu pindaan positif yang menangani hak ibu-ibu Malaysia.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun rang undang-undang ini mengandungi peruntukan positif yang membenarkan ibu-ibu Malaysia secara automatik memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara, pihak gabungan setelah meneliti keseluruhan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 ini mendapati hanya perkara ini satu-satunya pindaan yang progresif. Walau bagaimanapun, pindaan ini juga tidak terpakai secara retrospektif, yang bermaksud bahawa anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu Malaysia pada masa ini (termasuk mereka yang berumur lebih 21 tahun) akan terus didiskriminasi kerana mereka masih tidak mempunyai hak automatik untuk mendapatkan kewarganegaraan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Rang undang-undang ini juga mengandungi <\/span><b>tiga pindaan perlembagaan regresif<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> yang akan memberi kesan negatif terhadap anak-anak penduduk tetap (PR), permohonan kewarganegaraan bagi kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang berumur lebih 18 tahun, dan pasangan asing kepada lelaki Malaysia.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk menangani kemungkinan peningkatan kes tanpa kewarganegaraan yang disebabkan oleh pindaan ini, kami menyeru agar <\/span><b>langkah-langkah perlindunga<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">n diperkenalkan dalam rang undang-undang ini supaya jaminan Perlembagaan yang telah wujud sejak penubuhan Persekutuan tidak terhakis.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pihak gabungan ingin mengingatkan Ahli-ahli Parlimen bahawa walaupun perkara-perkara yang dibangkitkan semasa perbahasan parlimen direkodkan, ia tidak mengikat menteri atau kerajaan kepada dasar atau undang-undang tertentu. Oleh itu, adalah penting bahawa semua langkah perlindungan dinyatakan secara jelas dalam rang undang-undang itu sendiri bagi memastikan tiada kekaburan atau risiko tafsiran yang salah pada masa hadapan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pihak gabungan juga mengambil maklum <\/span><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/2024\/10\/press-statement-no-23-2024_constitutional-amendment-bill-of-citizenship-clauses\/#:~:text=SUHAKAM%20would%20like%20to%20reiterate,away%20or%20diluting%20these%20rights.\"><span style=\"font-weight: 400;\">kenyataan media SUHAKAM<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> yang menegaskan pendirian dan pandangannya terhadap pindaan yang dicadangkan. Kemungkinan pendirian SUHAKAM tidak digunapakai oleh kerajaan amat membimbangkan. Terutamanya apabila Kementerian telah memberi jaminan kepada Majlis Raja-Raja bahawa rang undang-undang ini akan\u00a0 <\/span><a href=\"https:\/\/theedgemalaysia.com\/node\/719595\"><span style=\"font-weight: 400;\">diperhalusi bersama SUHAKAM<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kerajaan pada setiap masa wajib bertindak demi kepentingan rakyatnya. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, kerajaan tidak boleh beranggapan bahawa hanya mereka yang mengetahui perkara yang terbaik. Dalam hal yang melibatkan hak dan kebebasan asasi, semua pihak berkepentingan mesti dilibatkan secara menyeluruh dan telus. Kami menyeru agar Menteri Dalam Negeri menarik balik pindaan yang berkaitan dengan penolakan kewarganegaraan automatik kepada anak-anak penduduk tetap Malaysia (seksyen 1(a)) dan memastikan pindaan untuk ibu-ibu Malaysia diberikan kesan <\/span><b>retroaktif<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">. Di samping itu, langkah-langkah perlindungan yang perlu mesti dimasukkan bagi melindungi mereka yang berisiko menjadi tanpa kewarganegaraan akibat perubahan perlembagaan ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semua Menteri dan Ahli Parlimen telah diberikan salinan matriks yang disediakan oleh Pihak gabungan dan masyarakat sivil dengan kerjasama akademik, pakar undang-undang, dan wakil-wakil dari pelbagai negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, yang menyediakan jalan tengah menangani kebimbangan kerajaan berkenaan isu keselamatan negara sambil melindungi hak kewarganegaraan mereka yang haknya berisiko disalahgunakan oleh kerajaan yang akan datang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mengambil kira kepentingan dan kerumitan isu ini sekiranya rang undang-undang ini diteruskan, kami memohon agar kerajaan <\/span><b>mengasingkan<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> perbahasan rang undang-undang ini dan mengundi berdasarkan setiap peruntukan <\/span><b>secara berasingan<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> bagi memastikan setiap bahagian diperhalusi dengan teliti. Semua langkah perlindungan dan risiko perlaksanaannya mesti dibincangkan dan dibentangkan sepenuhnya secara telus sebelum ianya dibahaskan di Parlimen.<\/span><\/p>\n<p><b>Kenyataan media ini dikeluarkan bagi pihak organisasi masyarakat sivil yang prihatin serta individu-individu yang terjejas. Kami menyeru orang ramai dan semua pihak berkepentingan untuk bersama-sama kami memastikan Rang Undang-Undang Kewarganegaraan 2024 tidak menzalimi dan menyebabkan ketidakadilan dan tanpa kewarganegaraan terhadap komuniti-komuniti rentan di Malaysia.<\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Disokong oleh:<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\"><strong>Gabungan\/Rangkaian:<\/strong><\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Malaysian Citizenship Rights Alliance (MCRA) &#8211; 20 CSOs<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">National Early Childhood Intervention Council (NECIC) (representing 23 member organisations)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Gabungan NGO-NGO Masyarakat India (I25) 22 Member NGO<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>CSOs:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Aliran<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (ANAK) Sabah<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Architects of Diversity<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Association of Toy Libraries Msia<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Association of Women Lawyers (AWL)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Bait Al Amanah<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Barefoot Mercy<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Bersih<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Borneo Komrad<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Buku Jalanan Chow Kit<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Centre for Human Rights Research &amp; Advocacy (CENTHRA)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Centre for Independent Journalism (CIJ)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Centre For Plantation Worker Studies (Cpws)\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Centre For Road Safety And Research Studies (Crsrs)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Child Rights Information Centre (Chrince)\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Childline Foundation<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED).\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Consumer Education And Environment Studies Centre (Ceestc)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">CRIB Foundation\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Deaf Advocacy and Wellbeing National Organisation Malaysia (DAWN)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Demokrat UKM<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Dewan Keusahawanan Malaysia India Bersatu\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">DHRRA Malaysia<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">EMPOWER<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">END CSEC Network Malaysia<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Engage<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">ERA Consumer Malaysia<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">ENGENDER<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Federation of Malaysian Consumers Association (FOMCA)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Fourth Media<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">G25<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Gindol Initiative for Civil Society Borneo<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Greenpeace Malaysia\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">HaKita<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">IIUM Student Union (IIUMSU)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Johor Women&#8217;s League (JEWEL)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Justice for Sisters\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Kelab Amal Prihatin Wanita Tapah\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Kemban Kolektif<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">KLSCAH Civil Rights Committee<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">KLSCAH Youth<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Lawyer Kamek, Sarawak<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Legal Dignity<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Make It Right Movement\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Malaysia Consumer Advisory Association (MCAA)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Malaysia Stateless Alliance\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Malaysian Association of Social\u00a0 Workers (MASW)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Malaysian Rare Disorder Society<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">MANDIRI<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Nation Building School (NBS)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">North South Initiative<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pahang State Indian Affairs Community Welfare Development association<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Asia Tenggara Untuk Keselamatan Makanan Dan Perdagangan Adil Malaysia<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Kebajikan dan Kepenggunaan Wanita Malaysia (PKKWM)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Kebajikan Jejak Kasih Kuching (Barefoot Mercy)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Kebajikan Sokongan Selangor &amp; KL (Family Frontiers)\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Pelindung Alam Sekitar , Tenaga, Air Dan Sumber Alam Malaysia\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPDM | ROSE)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPSM | ROSE)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Pembangunan Akademik dan Sahsiah Murid India.<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Pendidikan D\u2019Wira Kuching<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Pengguna Klang\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Pengundi Muda (UNDI18)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Belia Wawasan India Hulu Selangor\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Generasi Rakan Komuniti Hulu Selangor\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Kesejahteran Dan Aspirasi Rakyat Malaysia\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Pembangunan Dan Kemajuan Sekolah Tamil Malaysia (PPST)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Pembangunan Generasi Hulu Selangor\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Dan Membela Insan Insan Malaysia\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Titian Digital Malaysia (PTDM)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Project Stability and Accountability in Malaysia (Projek SAMA)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Protect and Save the Children Malaysia<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">PT Foundation\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">PurpleLily Social Association Kuching\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pusat KOMAS<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Rural Consumer Organization Malaysia<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Sabah AIDS Support Services Association (KASIH)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Sabah Human Rights Centre (SHRC)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Sarawak OKU Skills Development Association (SOSDA)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Sarawak Women for Women Society<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">SEED Malaysia<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Selangor &amp; KL Hokkien Association Youth<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Selangor &amp; Wilayah Persekutuan Consumer Association<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Selangor Consumer Welfare Association (SCWA)\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Sisters in Islam<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Society for Equality, Respect and Trust for All Sabah (SERATA)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Society for Promotion of Human Rights (PROHAM)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Stateless Malaysians Citizenship Movement (SMCM)\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Stateless.MY\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Suara Siswa UiTM<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Sustainable Development Network (SDN)\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Tamil Learning And Information Centre (Tlic)\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">TEROKA\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">The Management Institute For Social Change (MINSOC)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">The OKU Rights Matter Project<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">The Rise Malaysia<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Trades Union Resource Centre (Turc)\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">UM Feminism Club<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Voice of the Children (VoC)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Voice of Youtharian (VOY)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Women\u2019s Aid Organisation<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Women\u2019s Centre for Change (WCC)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">World Health Relief Fund (WHRF)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Yayasan Chow Kit<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Individu:\u00a0<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Adrian Pereira<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Afrina Adzhar<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Alica Albert\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Aliff Luqman Nasution bin Abdul Hamid<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Andrew Khoo<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ariah Wani Binti Karim<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Baskaran Irasan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Beverly Joeman<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Brenda Rachel Lee<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Chan See Yan\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Chen Ket Chuin @ KC<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Chuah Ee Chia<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Cikgu Rahayu<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Cristin Liauw<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dato S.Saravanan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dato\u2019 Ambiga Sreenevasan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dato\u2019 Dr Amar-Singh HSS<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Davadass Anjan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dr Anthony Chong<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dr Kanul Gindol<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dr Lyana Khairuddin\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dr Leong Han Ming (Daniel)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dr Wong Chin Huat<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dr. Vizla Kumaresan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Elise Ho\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Fan Siew Lee\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Faridah Abdullah\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Hamizah binti Shamsudeen<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Rose Ismail<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Heah Tze Ling<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Hindu Saiva Sangam\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ineza Roussille<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jane Kasim<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jasmine Wong Kah Man\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jayanath Appudurai\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jeannie Low<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jeyakumar Varatharajoo<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">JoeAnn<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Joelin Lim Ai Ling<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jr Thaddeus Jack Kinabalu Thaddeus<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Karunaneethi Thangavel<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kelvin Lee Chi Kah\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kunjari Sambatham<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Larissa Ann Louis<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Lawrence Lim\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Lee Cheah Cherng<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Lee Seng Loong<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Low Huiyi<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Low Ying Chai<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Lynnefra Y<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Maha Balakrishnan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Malisse Tan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Marina Mahathir<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Megan Steven<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mohd Nasir Bin Mohd A<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Neduncheliyan Adaikalam<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ngeow Chow Ying<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Novinthen Krishnan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Nurul Akashah<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ooi Eng Fong<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Prakash\u00a0 Nagasvara Ravo<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ranee Sreedharan\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ravi Muniandy\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ray Teoh<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Roselizaman<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Rosita Mohd Hussain\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sathia Seelan Arumugam<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sharene Kam<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sharmela<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sherzali Herza Asli<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Simraatraj Kaur<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tan Kim Hwa<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tay Chia Yi<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Thilaga sulathireh<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Thomas Fann\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Zarul Afiq<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Timothy Tean Chong Chern\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Vanessa<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Wong Hui Min<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Wong Kueng Hui<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Wong Yew Lee<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Yap Swee Seng<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Zainah Anwar<\/span><\/li>\n<\/ol>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>9 Oktober 2024 \u2013 Gabungan organisasi masyarakat sivil (CSO), aktivis, pakar, serta individu yang terjejas, menyuarakan kebimbangan mengenai Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024, khususnya peruntukan yang berkaitan dengan kewarganegaraan yang akan dibahaskan di Parlimen. Dengan hanya berbaki empat hari lagi sebelum Mesyuarat Dewan Rakyat bermula, pihak gabungan masih belum menerima sebarang kemas kini atau penambahbaikan terhadap rang undang-undang tersebut seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri pada Julai 2024. Kurangnya ketelusan dan komunikasi ini amat membimbangkan dan bercanggah dengan janji kerajaan Madani untuk mendukung demokrasi yang lebih inklusif dan telus. Pihak gabungan sebelum ini telah menegaskan bahawa Rang Undang-Undang tersebut dalam bentuk semasanya mengandungi kelemahan kritikal yang jika tidak ditangani dan dibaiki akan memberi implikasi yang meluas kepada komuniti rentan di seluruh Malaysia, khususnya masyarakat pribumi Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia. Menteri mesti secara telus mendedahkan butiran lengkap mengenai bagaimana beliau berhasrat untuk menangani kelemahan kritikal ini, termasuk penambahbaikan spesifik [&#8230;]\n","protected":false},"author":670,"featured_media":37728,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[183,181,161,247,237,264,206,205],"tags":[],"class_list":["post-37727","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hak-sivil","category-jawatankuasa","category-kenyataan-dan-penyataan","category-kenyataan-bersama","category-kenyataan-jawatankuasa","category-kenyataan-jawatankuasa-hak-sivil","category-kenyataan-pemuda-klscah","category-pemuda"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/\u516c\u6c11\u6743\u4fee\u6b63\u6848\u6587\u544a\u56feBM.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37727"}],"collection":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/670"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37727"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37727\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37741,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37727\/revisions\/37741"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37728"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37727"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37727"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37727"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}