{"id":33618,"date":"2023-10-05T14:40:31","date_gmt":"2023-10-05T06:40:31","guid":{"rendered":"https:\/\/klscah.org.my\/?p=33618"},"modified":"2023-10-05T14:40:31","modified_gmt":"2023-10-05T06:40:31","slug":"kenyataan-bersama-pertubuhan-masyarakat-sivil-pertahankan-kedaulatan-undang-undang-dan-biar-mahkamah-menentukan-kesalahan-atau-pembebasan-najib-razak-dan-semua-kes-berprofil-tinggi-tanpa-permohonan-p","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/2023\/10\/33618.html","title":{"rendered":"KENYATAAN BERSAMA PERTUBUHAN MASYARAKAT SIVIL  PERTAHANKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN BIAR MAHKAMAH MENENTUKAN KESALAHAN ATAU PEMBEBASAN NAJIB RAZAK DAN SEMUA KES BERPROFIL TINGGI TANPA PERMOHONAN PEMBEBASAN OLEH PEGUAM NEGARA"},"content":{"rendered":"<p><b>KENYATAAN BERSAMA PERTUBUHAN MASYARAKAT SIVIL<\/b><\/p>\n<p><b>PERTAHANKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN BIAR MAHKAMAH MENENTUKAN KESALAHAN ATAU PEMBEBASAN NAJIB RAZAK DAN SEMUA KES BERPROFIL TINGGI TANPA PERMOHONAN PEMBEBASAN OLEH PEGUAM NEGARA<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Peguam Negara (AG) Ahmad Terrirudin untuk badan kehakiman membiarkan kes-kes ahli politik yang didakwa dengan korupsi tanpa AG menggunakan kuasa budi bicara beliau di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menghentikan sebarang perbicaraan mahkamah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) untuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi bersabit kes Yayasan Akalbudi pada 4 September adalah contoh kuasa budi bicara AG yang juga merupakan Pendakwa Raya (PR) di bawah undang-undang semasa. Selain daripada kes Zahid, terdapat beberapa lagi kes korupsi pada masa lalu yang melibatkan ahli politik atau individu yang berkaitan dengan mereka yang DNAA atau dibebaskan sepenuhnya. Perkara ini biasa terjadi selepas pertukaran kerajaan dan mesej yang sedang dihantar adalah ketakbersalahan seseorang adalah bergantung kepada kuasa yang dimilikinya. Hal ini tidak boleh dibiarkan berterusan. AG tidak boleh memegang juga jawatan PR dan reformasi untuk memisahkan PR daripada AG perlu dilaksanakan agar jawatan PR benar-benar bebas daripada campur tangan politik.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Memandangkan AG adalah lantikan PM dan mempunyai kuasa yang luas untuk menarik semula kes jenayah seperti dalam kes DNAA Zahid, kami dan rakyat Malaysia sangat khuatir perjalanan tiga lagi kes Najib Razak bersabit 1MDB dan cukai pendapatan, serta kes RM1.7 juta oleh isteri beliau, Rosmah Mansor, berkaitan penggubahan wang haram dan pengelakan cukai. Adakah bekas PM dan isterinya akan dibebaskan sedemikian rupa daripada pendakwaan korupsi mereka dan adakah dalam kes Najib, akan membuka jalan kepada pengampunan beliau dalam kes SRC?<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya Najib dan Rosmah boleh dibebaskan, seolah-olah mereka adalah mangsa pendakwaan terpilih selepas jenayah skandal 1MDB yang menyebabkan kewangan negara hampir roboh, Malaysia akan muncul semula sebagai ekonomi paria tanpa kedaulatan undang-undang dan boleh menyebabkan pelabur asing lari. Tujuh misi sasaran dalam kerangka Ekonomi Madani hanya akan jadi angan-angan kosong.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ratusan ribu rakyat Malaysia telah turun ke jalan untuk berhimpun secara aman semasa Bersih 4 dan 5 pada 2015 dan 2016 mendesak reformasi institusi dan akauntabiliti selepas pendedahan skandal 1MBD. Hal ini telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018 di dalam PRU14, yang membatalkan impuniti terpilih kepada Najib, Zahid dan lain-lainnya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Rakyat Malaysia daripada semua belahan politik berterusan menolak korupsi pada PRU15 memandangkan kedua-dua gabungan utama yang berkempen atas platform antikorupsi, iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), memenangi 68% daripada jumlah undi popular. Anwar Ibrahim dan PH berhutang kuasa dengan amarah rakyat terhadap korupsi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Rakyat Malaysia mengharapkan iltizam politik yang kuat daripada Anwar untuk melawan korupsi yang sistemik dan mempertahankan kedaulatan undang-undang, yang harus dilihat melalui perbicaraan Najib, Zahid dan lain-lain secara adil dan tanpa gangguan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya AG baharu, Ahmad Terrirudin bertindak untuk menarik semua pertuduhan terhadap Najib dan Rosmah dalam perbicaraan yang sedang berlangsung, Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani perlu bertanggungjawab kerana membenarkan kuasa besar AG disalahguna untuk melepaskan kleptokrat di bawah pemerhatian PM. Garis merah ini tidak boleh dilangkah Anwar yang boleh menyebabkan Malaysia dilanda malapetaka ekonomi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Justeru, kami, pertubuhan masyarakat sivil yang bertandatangan di bawah, menggesa Perdana Menteri dan Peguam Negara memberikan komitmen mereka secara terbuka untuk:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Moratorium terhadap sebarang permohonan oleh AG bagi DNAA atau pembebasan untuk semua kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik atau individu yang rapat dengan mereka, terutamanya tetapi tidak terhad kepada kes Najib dan Rosmah, sehingga peranan AG dan PR dipisahkan.<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Mempercepatkan dan mengisytiharkan penghujung tahun 2024 sebagai garis masa pemisahan AG-PR yang telah diumumkan oleh Menteri Undang-Undang Azalina Othman Said pada 18 September 2023. Reformasi ini adalah penting untuk melindungi integriti institusi undang-undang daripada pengaruh politik dan untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang.<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Untuk membuka atau mendakwa semula kes DNAA ahli politik yang dituduh dengan korupsi, terutamanya tetapi tidak terhad kepada kes Yayasan Akalbudi Zahid. Mahkamah perlu dibiarkan untuk menentukan kebersalahan atau ketakbersalahan mereka yang dituduh berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan.<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Tidak menarik semula atau menggugat semua rayuan dengan membiarkan peluang rayuan luput seperti dalam kes penggubahan laporan 1MDB oleh Najib dan Arul Kanda. Rayuan terhadap kes Sistem Visa Luar Negara (VLN) Zahid yang membawa 40 pertuduhan rasuah tidak boleh dihentikan atau dibuang atas alasan teknikal.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tuntutan kami dan harapan rakyat Malaysia adalah mudah \u2013 kami mahukan kedaulatan undang-undang, kerana hal ini penting bagi menstabilkan politik yang akan membolehkan Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim untuk menghabiskan penggalnya. Paling mustahak, kami mahukan kerajaan bersih yang akan membasmi korupsi sistemik di negara kita agar tidak ada parti politik atau ahli politik yang berani menumpuk harta secara salah guna kuasa. Kepentingan dan kelicikan politik untuk memberikan impuniti terpilih kepada Najin dan Rosmah akan memberi kesan ekonomi dan politik yang teruk.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan menghancurkan kedaulatan undang-undang, membebaskan Najib dan Rosmah akan membawa keruntuhan segera Kerajaan Madani dan merobohkan harapan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan perubahan secara aman, kestabilan dan kemakmuran akan jatuh ke lembah kekecewaan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perdana Menteri, kami mengharapkan jaminan yang tidak berbelah bagi bahawa api reformasi masih marak selepas 25 tahun dan akan terus mekar berbanding tajribah politik yang sia-sia.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Justeru, BERSIH akan melancarkan petisyen atas talian mengajak rakyat Malaysia untuk mendesak Perdana Menteri untuk bertindak terhadap empat tuntutan ini bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang dan kestabilan politik. Kami mengajak rakyat untuk menandatangan petisyen ini dan menyebarkannya agar ahli politik yang didakwa dengan kes rasuah perlu dibicarakan dengan adil dan menyelesaikan perbicaraan tersebut: <\/span><a href=\"https:\/\/chng.it\/ZdvrfkrQBx\"><span style=\"font-weight: 400;\">https:\/\/chng.it\/ZdvrfkrQBx<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Dikeluarkan oleh:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Agora (Agora Society Malaysia)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">ALIRAN (Persatuan Aliran Kesedaran Negara)\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">AWAM (All Women\u2019s Action Society Malaysia)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Borneo Komrad<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">CAGED (Citizens Against Enforced Disappearances)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Cahaya Society<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Demokrat UKM<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Demokrat UM\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Engage<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">G25 (G25 Malaysia)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">GBM (Gabungan Bertindak Malaysia)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">GERAK (Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Global Bersih<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Growing Emerging Leaders<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">HAKAM (The National Human Rights Society)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">IDEAS (Institute Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Imagined Malaysia\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">KLSCAH (Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">KMU (Komuniti Muslim Universal Malaysia)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Lawyer Kamek<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">LLG Cultural Development Centre<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">MAJU (Malaysian Action For Justice And Unity)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">MoCS (Movement for Change, Sarawak)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">PATRIOT (Persatuan Patriot Kebangsaan)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Suara Anak Sabah\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">POWER (Pergerakan Orang Wanita. Empowerment and Revolution)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">PROHAM (Society for Promotion of Human Rights (Proham)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">PSH<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pusat KOMAS<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">RasuahBusters<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">ROSE (Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sabah Human Rights Centre<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">SABM (Saya Anak Bangsa Malaysia)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">SERATA (Society for Equality, Respect And Trust for All Sabah)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">SIS (Sister in Islam)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Suara Mahasiswa UMS<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Suara Siswa Universiti Malaya<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Teoh Beng Hock Trust for Democracy<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tiada.Guru<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tindak Malaysia<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">UMANY (University of Malaya Association of New Youth)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Undi Sabah<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">UNDI18 (Persatuan Pengundi Muda)<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-33610\" src=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.53.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"768\" srcset=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.53.jpeg 1024w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.53-300x225.jpeg 300w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.53-768x576.jpeg 768w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/> <img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-33613\" src=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.52-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"768\" srcset=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.52-1.jpeg 1024w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.52-1-300x225.jpeg 300w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.52-1-768x576.jpeg 768w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/> <img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-33616\" src=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.52.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"768\" srcset=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.52.jpeg 1024w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.52-300x225.jpeg 300w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.52-768x576.jpeg 768w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENYATAAN BERSAMA PERTUBUHAN MASYARAKAT SIVIL PERTAHANKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN BIAR MAHKAMAH MENENTUKAN KESALAHAN ATAU PEMBEBASAN NAJIB RAZAK DAN SEMUA KES BERPROFIL TINGGI TANPA PERMOHONAN PEMBEBASAN OLEH PEGUAM NEGARA Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Peguam Negara (AG) Ahmad Terrirudin untuk badan kehakiman membiarkan kes-kes ahli politik yang didakwa dengan korupsi tanpa AG menggunakan kuasa budi bicara beliau di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menghentikan sebarang perbicaraan mahkamah. Pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) untuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi bersabit kes Yayasan Akalbudi pada 4 September adalah contoh kuasa budi bicara AG yang juga merupakan Pendakwa Raya (PR) di bawah undang-undang semasa. Selain daripada kes Zahid, terdapat beberapa lagi kes korupsi pada masa lalu yang melibatkan ahli politik atau individu yang berkaitan dengan mereka yang DNAA atau dibebaskan sepenuhnya. Perkara ini biasa terjadi [&#8230;]\n","protected":false},"author":671,"featured_media":33610,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[161,247],"tags":[],"class_list":["post-33618","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kenyataan-dan-penyataan","category-kenyataan-bersama"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/WhatsApp-Image-2023-10-05-at-13.51.53.jpeg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33618"}],"collection":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/671"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33618"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33618\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33619,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33618\/revisions\/33619"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33610"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33618"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33618"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33618"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}