{"id":26685,"date":"2022-02-11T09:07:58","date_gmt":"2022-02-11T01:07:58","guid":{"rendered":"https:\/\/klscah.org.my\/?p=26685"},"modified":"2022-02-14T09:21:28","modified_gmt":"2022-02-14T01:21:28","slug":"memorandum-tuntutan-kumpulan-masyarakat-sivil-susulan-peningkatan-kes-kematian-dalam-tahanan-pada-tahun-2022","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/2022\/02\/26685.html","title":{"rendered":"Memorandum Tuntutan Kumpulan Masyarakat Sivil Susulan Peningkatan Kes Kematian Dalam Tahanan Pada Tahun 2022"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Organisasi masyarakat sivil Malaysia yang tertulis di bawah ingin membangkitkan keresahan mengenai kes kematian dalam tahanan yang kian meningkat baru-baru ini, di mana tujuh kes kematian dalam tahanan PDRM telah dilaporkan dalam lima minggu pertama tahun 2022. Trend ini amat merisaukan serta tidak boleh diterima sama sekali. Sepanjang dekad ini, pihak umum dan masyarakat sivil telah menyatakan pendirian yang tegas dan cadangan yang komprehensif kepada PDRM dan Kerajaan Malaysia, namum pihak berkuasa masih gagal mencegah kes kematian dalam tahanan dan membenarkan insiden sebegini berulang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun pendekatan PDRM yang memaklumkan pihak umum berkenaan dengan kes kematian yang berlaku dalam tahanan polis adalah melalui Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) adalah dialu-alukan, namun ketelusan dan akauntabiliti pihak PDRM dalam pengendalian kes-kes tersebut adalah kurang memuaskan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Setakat ini, pihak PDRM masih gagal mengumumkan butiran mangsa-mangsa seperti nama, keadaan kesihatan (mental dan fizikal) mangsa sebelum ditahan dan sepanjang waktu tahanan, status siasatan dari semasa ke semasa dan laporan bedah siasat. Butiran-butiran ini penting untuk mengenal pasti punca-punca kematian bagi menentukan sama ada elemen jenayah, salah laku atau kecuaian terlibat dalam kes-kes tersebut, dan seterusnya mengambil tindakan susulan terhadap pegawai-pegawai yang melanggar kod etika kerja dan mecabuli hak asasi manusia.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Seksyen 334 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dengan jelas menetapkan kewajipan menjalankan prosiding inkues bagi semua kematian yang berlaku dalam tahanan polis. Mahkamah Khas Koroner pula ditubuhkan pada tahun 2014 bagi mengurus dan menjalankan inkuses atas kes kematian termasuk kematian dalam tahanan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kanun Tatacara Jenayah dan Arahan-arahan Amalan secara jelas menyatakan tugas-tugas koroner, termasuk keperluan untuk memeriksa mayat di tempat kejadian, keperluan untuk mengambil bahagian dalam pemeriksaan bedah siasat, kewajipan untuk memberitahu waris si mati, dan keperluan untuk memberikan notis kepada waris mengenai masa terdekat di mana inkues akan dilaksanakan. Arahan Amalan No.2\/2019 oleh Ketua Hakim Richard Malanjum menegaskan bahawa semua inkues kematian dalam tahanan mesti diselesaikan dan dilaporkan dalam tempoh enam bulan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Oleh itu, kami ingin mengetahui sama ada PDRM dan pihak berkuasa telah menghubungi dan memberikan nasihat kepada ahli keluarga mangsa mengenai kes kematian dalam tahanan dan langkah seterusnya yang boleh diambil untuk memulakan siasatan. Jikalau pihak PDRM, pendakwa raya dan Menteri Dalam Negeri masih gagal menjalankan inkuses atas kes kematian dalam tahanan polis, maka perbuatan mereka boleh dilihat sebagai suatu penghinaan mahkamah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Oleh itu, kami ingin mengetahui sama ada PDRM dan pihak berkuasa telah menghubungi dan memberikan nasihat kepada ahli keluarga mangsa mengenai kes kematian dalam tahanan dan langkah seterusnya yang boleh diambil untuk memulakan siasatan. Jikalau pihak PDRM, pendakwa raya dan Menteri Dalam Negeri masih gagal menjalankan inkuses atas kes kematian dalam tahanan polis, maka perbuatan mereka boleh dilihat sebagai suatu penghinaan mahkamah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pengumuman oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad bahawa hanya satu dari tujuh kes kematian dalam tahanan melibatkan unsur jenayah juga diragui. Siasatan dilaksanakan oleh pasukan polis sendiri dan bukan oleh pihak ketiga yang bebas dan tidak berat-sebelah, dan memandangkan persepsi terhadap PDRM yang cenderung untuk mempertahankan imej polis, kredibiliti laporan tersebut wajar dipersoalkan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebagai contoh, susulan kematian yang membabitkan lelaki berusia 63 tahun di Lokap IPD Taiping, pihak polis telah menahan dua anggota polis dan dua tahanan lokap bagi tujuan siasatan. Semasa sidang media, Pengarah JIPS telah gagal memberikan penerangan sama ada kes kematian ini melibatkan unsur jenayah. Pihak PDRM perlu menjawab secara telus dan jujur mengenai sebab-sebab mereka ditahan, penglibatan mereka dalam kes kematian tersebut, perkembangan siasatan dan tindakan susulan bagi kes kematian dalam tahanan yang sekiranya melibatkan unsur jenayah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Oleh hal yang demikian, kami, ahli masyarakat sivil Malaysia, menyeru agar langkah-langkah ini diambil serta-merta untuk menangani kes kematian dalam tahanan polis:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li><b> Menjalankan inkuses atas ketujuh-tujuh kes kematian dalam tahanan polis dengan serta-merta.<\/b><\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun siasatan JIPS berkaitan dengan ketujuh-tujuh kes kematian dalam tahanan polis telah selesai, namun prosiding inkuses masih perlu dijalankan mengikut Seksyen 334 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593). Kami menyeru agar pihak PDRM bekerjasama dengan pendakwa raya, dan meminta pendakwa raya menggunakan kuasa beliau di bawah Seksyen 339 Kanun Tatacara Jenayah untuk mengarahkan koroner menjalankan siasatan ke atas setiap kematian dalam tahanan.<\/span><\/p>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kami juga menegaskan bahawa istilah \u2018sebab kematian\u2019 di bawah Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah bukan hanya tertakluk kepada sebab-sebab kematian yang didapati melalui pemeriksaan bedah siasat, malah ia juga termasuk kematian berpunca daripada sebarang kecuaian, salah laku dan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, kewajipan koroner bukan semata-mata mengenal pasti punca kematian perubatan, tetapi beliau perlu menentukan keadaan kematian, seperti sama ada punca kematian adalah luar biasa atau melibatkan unsur jenayah.<\/span><\/p>\n<ol start=\"2\">\n<li><b> Menubuhkan unit kesihatan atau pusat rawatan <\/b><b><i>(in-house health facilities)<\/i><\/b><b> di dalam setiap pusat tahanan polis<\/b><\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Berdasarkan Laporan Hak Asasi Manusia 2021 oleh Suara Rakyat Malaysia, 57 peratus atau 11 daripada 19 kes kematian dalam tahanan adalah berkaitan dengan masalah kesihatan dan perubatan. Manakala, pengarah JIPS mengumumkan dua kes meninggal dunia di hospital dan satu kes melibatkan kematian ketika mangsa dalam perjalanan ke hospital.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Data ini menunjukkan bahawa PDRM kekurangan latihan yang sesuai dan tidak mempunyai kemudahan kesihatan dan sumber perubatan yang asas. Hal ini bukan sahaja menyumbang kepada persekitaran yang menindas bagi tahanan, malah melambatkan rawatan untuk OKT yang mengalami kecemasan atau keadaan kesihatan yang kritikal, dan seterusnya mengakibatkan kematian dalam tahanan.<\/span><\/p>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Seksyen 10 Peraturan Lokap 1953, menetapkan seorang pegawai perubatan untuk menjalankan pemeriksaan bagi setiap orang yang dimasukkan ke pusat tahanan, untuk memastikan mereka sesuai untuk ditahan. Kami menuntut Kerajaan Malaysia menyusun rancangan segera untuk menubuhkan unit kesihatan di semua lokap dan pusat tahanan bagi memastikan bahagian undang-undang ini dipatuhi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ini memenuhi tanggungjawab negara dalam memastikan kesemua tahanan dirawat dengan maruah dan kemanusiaan seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 30 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, juga dikenali sebagai Peraturan Nelson Mandela dan Prinsip 24 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Body of Principles for the Protection of All Persons under Any Form of Detention or Imprisonment<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kami sedar akan usaha semasa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang berkerjasama dengan PDRM untuk menubuhkan unit kesihatan di lokap Bayan Baru di Pulau Pinang dan Indera Mahkota di Pahang, yang akan dikembangkan ke lokap-lokap lain di Selangor, Kuala Lumpur, dan Sabah dalam tempoh masa enam bulan. Kami menuntut agar saranan oleh SUHAKAM ini untuk menubuhkan sebanyak mungkin unit kesihatan di seluruh Malaysia dapat dipercepat bagi menghentikan kematian akibat masalah kesihatan.<\/span><\/p>\n<ol start=\"3\">\n<li><b> Melantik badan luar yang bebas untuk menyiasat kes-kes terbaru Kematian Dalam Tahanan<\/b><\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menilai bahawa pihak polis tidak boleh, dengan efektif, menjalankan siasatan bebas ke atas badan dan anggota mereka sendiri\u2013ianya juga sebab mengapa cadangan penubuhan IPCMC tercetus\u2013kami mendesak supaya langkah-langkah sesuai diambil untuk melantik badan luar yang telus dan bebas untuk menyiasat kesemua kematian dalam tahanan baru-baru ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kami menuntut Menteri Dalam Negeri melantik badan luar yang bebas untuk menjalankan siasatan menyeluruh. Ini termasuk mengumpul maklumat salah laku, prosedur penahanan, dan prosedur operasi standard (SOP) yang betul di dalam pusat tahanan seperti yang termaktub dalam Peraturan Lokap 1953 dan Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Dalam berpegang pada prinsip ketelusan, dapatan siasatan seharusnya didedahkan sepenuhnya sebagai perkara yang menyentuh kepentingan awam.<\/span><\/p>\n<ol start=\"4\">\n<li><b> Tarik balik Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)<\/b><\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) merupakan suatu dokumen yang sangat regresif dan kekuasaan mereka lebih lemah daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang sudah pun sedia lemah. IPCC tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan penggeledahan dan penyitaan dalam siasatan, tidak boleh melawat lokap atau mana-mana tempat tahanan tanpa notis awal, dan hanya mempunyai kuasa terhad untuk mengakses dokumen dan bukti jika ia dianggap &#8216;memudaratkan negara keselamatan atau kepentingan negara\u2019. Suruhanjaya itu ditakdir untuk gagal dalam semak dan imbang, dan memelihara akauntabiliti PDRM dalam melindungi hak dan kepentingan orang ramai.<\/span><\/p>\n<p style=\"padding-left: 40px;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pelaksanaan IPCMC haruslah selari dengan cadangan-cadangan oleh anggota masyarakat sivil (CSO) dan standard antarabangsa berhubung dengan sikap tidak berat sebelah dan kebebasan. <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Cadangan-cadangan ini termasuk:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Kuasa untuk menyiasat dan mengumpulkan bukti;<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Akses ke pusat tahanan atau tempat di mana berlakunya kematian dan salah guna kuasa, dan;<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Keupayaan untuk melaksanakan syor untuk menuduh dan mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang didapati bertanggungjawab dan melakukan kesalahan.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Oleh itu, kami sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan perlu menarik balik RUU IPCC dan memastikan pelaksanaan IPCMC selari dengan cadangan-cadangan oleh anggota masyarakat sivil dan standard antarabangsa berhubung dengan sikap tidak berat sebelah dan kebebasan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penubuhan IPCMC tidaklah bertujuan untuk memangsakan pihak PDRM namun merupakan satu usaha untuk meningkatkan integriti serta kepercayaan umum terhadap badan yang terpenting dalam menjaga keselamatan awam di Malaysia. IPCMC juga bertujuan untuk memberikan saranan berkenaan kebajikan pihak polis agar dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap.<\/span><\/p>\n<p><b>Kesimpulan<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jumlah kematian dalam tahanan polis yang mencecah tujuh kes dalam tempoh lima minggu pertama tahun 2022 harus dilihatkan sebagai DARURAT yang sedang mengancam hak untuk hidup yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kami, anggota-anggota masyarakat sivil Malaysia, menyeru PDRM dan Kerajaan Malaysia untuk menerima pakai empat cadangan ini dalam usaha membendung kes kematian dalam tahanan polis. Kami ingin menegaskan bahawa PDRM perlu memandang serius terhadap punca-punca yang menyebabkan kematian sebegini kerap berlaku dan menambah baik cara pengendalian kes kematian sebegini dengan segera.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Cara yang paling berkesan untuk mencegah kes kematian dalam tahanan polis, menangani kesangsian semasa masyarakat umum dan keraguan, serta mengembalikan keyakinan pihak umum terhadap agensi penguatkuasaan terbesar kita, iaituPDRM adalah melalui penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) secepat mungkin.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Memorandum ini disokong oleh:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Undi 18<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jaringan Kebajikan Komuniti<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Institut Nyala<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Parti Sosialis Malaysia (PSM)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Parti MUDA<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">MAJU<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Agora Society<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">CAGED, Citizens Against Enforced Disappearances<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Centre for independent journalism (CIJ)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">All Women&#8217;s Action Society AWAM<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">New Student Movement Alliance of Malaysia (NESA)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Malaysia Youths and Students Evolution Johor Branch<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">University of Malaya Association of New Youth (UMANY)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Sahabat Wanita Selangor<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tenaganita\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Beyond Borders Malaysia<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Justice for Sisters<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Happy Learning Books<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">The KLSCAH Women Division<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Persatuan Komuniti Prihatin Selangor &amp; KL<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pusat KOMAS<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Our Journey<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan Serikat Rakyat Malaysia<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Angkatan Mahasiswa UM<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Lyceum Society<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Student Progressive Front UUM<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Stateless Malaysians (STATELESS.my)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Voice of Youtharian (VOY)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">KLSCAH Youth<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Gerakan Guaman Rakyat (GEGAR)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Enlight Malaysia<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pertubuhan IKRAM Malaysia<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Amnesty International Malaysia<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Family of Raymond Koh<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Malaysia Muda<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Stateless Children Family Support Group (SFSG)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Advancing Knowledge in Democracy and Law Initiative<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sabah Reform Initiative (SARI)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Save Malaysia Stop Lynas<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">SAVE Rivers\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">TAR Association New Youth<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">DAPSY Kota Kinabalu<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">ALIRAN<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Teoh Beng Hock Trust for Democracy<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<figure id=\"attachment_26686\" aria-describedby=\"caption-attachment-26686\" style=\"width: 1020px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-26686 size-large\" src=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/273763409_10158080966376152_4546012281677182942_n-1030x579.jpg\" alt=\"\" width=\"1020\" height=\"573\" srcset=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/273763409_10158080966376152_4546012281677182942_n-1030x579.jpg 1030w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/273763409_10158080966376152_4546012281677182942_n-300x169.jpg 300w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/273763409_10158080966376152_4546012281677182942_n-768x432.jpg 768w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/273763409_10158080966376152_4546012281677182942_n-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/273763409_10158080966376152_4546012281677182942_n.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1020px) 100vw, 1020px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-26686\" class=\"wp-caption-text\">Gambar: Facebook Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)<\/figcaption><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Organisasi masyarakat sivil Malaysia yang tertulis di bawah ingin membangkitkan keresahan mengenai kes kematian dalam tahanan yang kian meningkat baru-baru ini, di mana tujuh kes kematian dalam tahanan PDRM telah dilaporkan dalam lima minggu pertama tahun 2022. Trend ini amat merisaukan serta tidak boleh diterima sama sekali. Sepanjang dekad ini, pihak umum dan masyarakat sivil telah menyatakan pendirian yang tegas dan cadangan yang komprehensif kepada PDRM dan Kerajaan Malaysia, namum pihak berkuasa masih gagal mencegah kes kematian dalam tahanan dan membenarkan insiden sebegini berulang. Walaupun pendekatan PDRM yang memaklumkan pihak umum berkenaan dengan kes kematian yang berlaku dalam tahanan polis adalah melalui Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) adalah dialu-alukan, namun ketelusan dan akauntabiliti pihak PDRM dalam pengendalian kes-kes tersebut adalah kurang memuaskan. Setakat ini, pihak PDRM masih gagal mengumumkan butiran mangsa-mangsa seperti nama, keadaan kesihatan (mental dan fizikal) mangsa sebelum ditahan dan sepanjang waktu tahanan, status siasatan [&#8230;]\n","protected":false},"author":670,"featured_media":26686,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[161,247,237,206,205],"tags":[],"class_list":["post-26685","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kenyataan-dan-penyataan","category-kenyataan-bersama","category-kenyataan-jawatankuasa","category-kenyataan-pemuda-klscah","category-pemuda"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/273763409_10158080966376152_4546012281677182942_n.jpg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26685"}],"collection":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/670"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26685"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26685\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26691,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26685\/revisions\/26691"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26686"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26685"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26685"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26685"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}