{"id":25163,"date":"2021-08-21T16:28:09","date_gmt":"2021-08-21T08:28:09","guid":{"rendered":"https:\/\/klscah.org.my\/?p=25163"},"modified":"2021-08-21T17:54:04","modified_gmt":"2021-08-21T09:54:04","slug":"kenyataan-bersama-6-tuntutan-ngo-ngo-belia-and-mahasiswa-kepada-perdana-menteri-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/2021\/08\/25163.html","title":{"rendered":"Kenyataan Bersama: 6 tuntutan NGO-NGO belia and mahasiswa kepada Perdana Menteri Baharu"},"content":{"rendered":"<p>Kita telah menyaksikan perubahan ketua kerajaan kali kedua ketika keadaan pandemik Covid-19 yang teruk. Rakyat jelata umumnya berpendapat usaha menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi adalah tumpuan keutamaan Perdana Menteri ke-9 yang baharu. Agenda-agenda seperti pembaharuan institusi harus dilaksanakan selepas pandemik berakhir. Akan tetapi, kami berpandangan Perdana Menteri baharu berkemungkinan mengulangi kesilapan yang sama seperti parlimen ditangguh dan kebebasan bersuara disekat dengan alasan pencegahan Covid-19, undang-undang disalahgunakan untuk menindas rakyat serta mengetatkan kawalan terhadap media jika semak dan imbang demokrasi, akauntabiliti, kebebasan dan ketelusan maklumat diketepikan.<\/p>\n<p>Hakikatnya, kerajaan telah menyalahgunakan undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara, parlimen ditangguh, mengganggu aktivis, media, dan peguam di mana ia tidak membantu menangani pandemik Covid-19. Kami berpendapat bahawa tiada percanggahan antara langkah pencegahan pandemik Covid-19 dan demokrasi. Langkah-langkah pencegahan pandemik Covid-19 harus berdasarkan ilmu sains serta sains perubatan dan digabungkan dengan prinsip-prinsip demokrasi.<\/p>\n<p>Kami, organisasi-organisasi belia dan mahasiswa menggesa Perdana Menteri baharu melaksanakan tuntutan-tuntutan berikut dalam 100 hari.<\/p>\n<p>1. Membatalkan semua ordinan darurat yang diluluskan<\/p>\n<p>Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Proklamasi Darurat 2021 dari 12 Januari sehingga 1 Ogos tahun ini atas nasihat bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin. Sejumlah 6 ordinan darurat diwartakan oleh Kerajaan Perikatan, termasuk penggunaan dana KWAN, mengekang berita tidak benar, denda maksimum RM10,000 dan sebagai. Perkara 150 (7) Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan hanya setelah habis tempoh enam bulan selepas darurat terhenti berkuatkuasa, ordinan atau undang-undang yang dibuat itu tidak lagi sah dan akan terhenti secara automatik. Akan tetapi proses pembatalan Ordinan-ordinan Darurat oleh YDPA\u00a0 seperti yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu tidak dapat disempurnakan. Maka, Ordinan-ordinan Darurat masih sah sehingga sekarang. Kami menyeru Perdana Menteri baharu mengemukakan usul untuk membahaskan dan membatalkan Ordinan-ordinan Darurat pada sidang Parlimen bulan September depan.<\/p>\n<p>2. Laksanakan UNDI18 dan pendaftaran pengundi automatik<\/p>\n<p>Parlimen telah meluluskan pindaan perlembagaan pada Julai 2019, yang memberikan hak mengundi kepada belia yang mencapai usia 18 tahun, sambil pendaftaran pengundi secara automatik bagi mereka yang mencapai umur 18 dan menurunkan had umur menjadi calon kepada 18. SPR mengumumkan penangguhan pelaksanaan pengundi automatik dan Undi18 sehingga September 2022 selepas mengambil kira pelaksanaan PKP yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan pihaknya pada bulan Mac tahun ini. Selepas menerima kritikan daripada parti-parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan ketika itu memberi jaminan kerajaan akan melaksanakan Undi 18 dalam masa terdekat pada tahun ini. Kami menegaskan bahawa tiada alasan untuk tangguh pelaksanaan Undi18 dan Perdana Menteri yang baharu mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan Undi18 dalam tahun ini.<\/p>\n<p>3. Ketelusan maklumat berkaitan dengan pandemik Covid-19<\/p>\n<p>Keadaan pandemik Covid-19 negara kita makin teruk dan tidak terkawal menyebabkan defisit kepercayaan yang teruk terhadap kerajaan.\u00a0 Walau bagaimanapun, kerjasama seluruh rakyat amat penting untuk memerangi pandemik Covid-19. Oleh itu, kerajaan harus membina semula keyakinan orang ramai dengan ketelusan maklumat terperinci. Ini termasuk kemas kini data harian jumlah saringan, kes positif, kes rawatan intensif, kes kematian dan kes mati sebelum ke hospital berdasarkan umur, jantina, komorbiditi dan status vaksinasi. Pada masa yang sama, kerajaan harus memberitahu orang ramai tentang kapasiti hospital, kadar kemasukan, kadar rawatan intensif, nisbah staf perubatan terhadap pesakit, dan nisbah peralatan perubatan terhadap pesakit bagi setiap kawasan. Segala maklumat yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 harus disebar oleh pusat kawalan untuk mengelakkan kekeliruan maklumat.<\/p>\n<p>4. Pembelian peralatan perubatan, katil yang mencukupi dan membina unit rawatan rapi dan hospital sementara<\/p>\n<p>Sistem kesihatan Malaysia berada di bawah tekanan yang luar biasa dan berada di ambang kehancuran akibat peningkatan kes Covid-19. Kapasiti hospital kerajaan telah mencapai tahap kritikal, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang merupakan salah satu hospital di mana kadar penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 adalah 154.73 peratus dan jumlah kematian sebelum ke hospital juga meningkat dengan ketara. Oleh kerana kekurangan peralatan perubatan, katil dan kakitangan perubatan, pesakit terpaksa bergilir untuk berkongsi silinder oksigen dan duduk di koridor hospital menunggu rawatan. Kerajaan harus menambahkan peruntukan kesihatan dan mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dengan segera,\u00a0 bekerjasama dengan masyarakat sivil, klinik dan hospital swasta, membeli lebih banyak peralatan perubatan dan katil, dan memperluas unit rawatan intensif dan hospital sementara.<\/p>\n<p>5. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)<\/p>\n<p>Pasukan polis mengganggu, mengintimidasi, menahan aktivis dan pembangkang, mencabuli hak-hak sivik sejak dari dahulu lagi disebabkan oleh kurangnya mekanisme kawal selia di luar ruang lingkup PDRM. Kredibiliti pasukan polis dapat dikembalikan hanya dengan penubuhan IPCMC dengan penguatkuasaan dan kuasa tatatertib, yang bebas daripada pengaruh politik. Kami menggesa kerajaan menunjukkan kehendak politik, melaksanakan pembaharuan pasukan polis dengan penubuhan IPCMC.<\/p>\n<p>6. Agihan peruntukan yang sama rata kepada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang<\/p>\n<p>Ahli Parlimen pembangkang tidak menerima sebarang peruntukan ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional. Selepas Pakatan Harapan mengambil alih pimpinan kerajaan persekutuan, ahli Parlimen pembangkang menerima peruntukan tapi tidak sama rata. Kerajaan Perikatan Nasional meneruskan peruntukan ahli Parlimen yang tidak sama rata selepas Langkah Sheraton, tetapi ahli Parlimen Pakatan Harapan membidas perbuatan tersebut. Kami berpendapat bahawa ahli parlimen kerajaan dan pembangkang harus menerima peruntukan yang sama, dan pengundi tidak harus dihukum kerana menyokong parti politik yang berlainan. Perdana Menteri baharu harus mengagih peruntukan yang sama kepada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang supaya mereka menggunakan peruntukan tersebut dengan baik dalam usaha membantu memerangi pandemik Covid-19, dan membantu rakyat yang menganggur atau pendapatannya terjejas.<\/p>\n<p>Negara kita mengalami perubahan kerajaan pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-14, dan 2 Perdana Menteri telah mengundurkan diri dalam 1 tahun 5 bulan yang lalu. Kami mengingatkan Perdana Menteri baharu bahawa pentadbiran kerajaan harus merangkumi prinsip-prinsip demokrasi, atau sebaliknya bakal dihukum oleh pengundi pada pilihan raya umum yang akan datang.<\/p>\n<p>Kenyataan bersama ini dimulakan oleh:<br \/>\nPemuda KLSCAH<\/p>\n<p>Disokong oleh:<\/p>\n<p>1. Pemuda Persatuan Hopo Kuala Lumpur &amp; Selangor<br \/>\n2. Pemuda Dewan Perhimpunan China Melaka<br \/>\n3. Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan<br \/>\n4. Pemuda Dewan Perhimpunan China Kelantan<br \/>\n5. Pemuda Gabungan Persatuan Cina Sabah<br \/>\n6. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor &amp; KL<br \/>\n7. New Student Movement Alliance of Malaysia<br \/>\n8. University of Malaya Association of New Youth &#8211; UMANY<br \/>\n9. Malaysia Youths and Students Evolution Johor Branch<br \/>\n10. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Putra Malaysia<br \/>\n11. NEUC Student Union<br \/>\n12. Voice of Youtharian<br \/>\n13. Lyceum Society<br \/>\n14. Demokrat UM<br \/>\n15. Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya<br \/>\n16. Angkatan Mahasiswa<br \/>\n17. Undi18<br \/>\n18. Undi Sarawak<br \/>\n19. Malaysia Muda<br \/>\n20. GERAK (Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia)<br \/>\n21. Persatuan Kebajikan Sosial Dan Pendidikan Progresif<br \/>\n22. Cahaya Society<br \/>\n23. PLUHO (People Like Us Hang Out!)<\/p>\n<figure id=\"attachment_25160\" aria-describedby=\"caption-attachment-25160\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-25160 size-full\" src=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/cff26aaf-bd58-400c-a811-3659b8cba083_zsize.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"511\" srcset=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/cff26aaf-bd58-400c-a811-3659b8cba083_zsize.jpeg 800w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/cff26aaf-bd58-400c-a811-3659b8cba083_zsize-300x192.jpeg 300w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/cff26aaf-bd58-400c-a811-3659b8cba083_zsize-768x491.jpeg 768w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-25160\" class=\"wp-caption-text\">Gambar: Sin Chew Daily<\/figcaption><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kita telah menyaksikan perubahan ketua kerajaan kali kedua ketika keadaan pandemik Covid-19 yang teruk. Rakyat jelata umumnya berpendapat usaha menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi adalah tumpuan keutamaan Perdana Menteri ke-9 yang baharu. Agenda-agenda seperti pembaharuan institusi harus dilaksanakan selepas pandemik berakhir. Akan tetapi, kami berpandangan Perdana Menteri baharu berkemungkinan mengulangi kesilapan yang sama seperti parlimen ditangguh dan kebebasan bersuara disekat dengan alasan pencegahan Covid-19, undang-undang disalahgunakan untuk menindas rakyat serta mengetatkan kawalan terhadap media jika semak dan imbang demokrasi, akauntabiliti, kebebasan dan ketelusan maklumat diketepikan. Hakikatnya, kerajaan telah menyalahgunakan undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara, parlimen ditangguh, mengganggu aktivis, media, dan peguam di mana ia tidak membantu menangani pandemik Covid-19. Kami berpendapat bahawa tiada percanggahan antara langkah pencegahan pandemik Covid-19 dan demokrasi. Langkah-langkah pencegahan pandemik Covid-19 harus berdasarkan ilmu sains serta sains perubatan dan digabungkan dengan prinsip-prinsip demokrasi. Kami, organisasi-organisasi belia dan mahasiswa menggesa Perdana Menteri baharu melaksanakan tuntutan-tuntutan berikut dalam [&#8230;]\n","protected":false},"author":670,"featured_media":25160,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[161,247,237,206,205],"tags":[],"class_list":["post-25163","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kenyataan-dan-penyataan","category-kenyataan-bersama","category-kenyataan-jawatankuasa","category-kenyataan-pemuda-klscah","category-pemuda"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/cff26aaf-bd58-400c-a811-3659b8cba083_zsize.jpeg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25163"}],"collection":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/670"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25163"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25163\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25166,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25163\/revisions\/25166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25160"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25163"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25163"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25163"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}