{"id":21758,"date":"2021-01-15T12:13:21","date_gmt":"2021-01-15T04:13:21","guid":{"rendered":"https:\/\/klscah.org.my\/?p=21758"},"modified":"2021-01-15T12:13:21","modified_gmt":"2021-01-15T04:13:21","slug":"kerajaan-perlu-ambil-langkah-bersepadu-dan-menyeluruh-tangani-isu-banjir-dan-perubahan-iklim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/2021\/01\/21758.html","title":{"rendered":"KERAJAAN PERLU AMBIL LANGKAH BERSEPADU DAN MENYELURUH TANGANI ISU BANJIR DAN PERUBAHAN IKLIM"},"content":{"rendered":"<p>SIARAN MEDIA MICCN<br \/>\n15 JANUARI 2021<\/p>\n<p><strong>KERAJAAN PERLU AMBIL LANGKAH BERSEPADU DAN MENYELURUH<\/strong><br \/>\n<strong>TANGANI ISU BANJIR DAN PERUBAHAN IKLIM<\/strong><\/p>\n<p>Kami, Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim \u2013 Malaysian Climate Change<br \/>\nInterfaith Network (MCCIN) yang terdiri dari pertubuhan pelbagai agama seperti Angkatan Belia<br \/>\nIslam Malaysia (ABIM) dan Friendship Group of Interreligious Services (FGIS) memandang berat<br \/>\nisu bencana banjir yang melanda beberapa negeri di dalam negara.<\/p>\n<p>Kami dengan tegas berpendirian bahawa isu bencana banjir yang sering berlaku berulang kali<br \/>\ndisebabkan beberapa faktor besar yang di mana seluruh pihak harus mengambil tanggungjawab:<\/p>\n<p><strong>1) Perubahan Iklim\/Climate Change:<\/strong> Perubahan Iklim menyebabkan berlakunya<br \/>\n&#8216;unpredictable weather&#8217; seperti yang berlaku kini di mana tiada musim yang boleh dijangka<br \/>\nberlaku mengikut masa seperti musim tengkujuh. Situasi ini mengakibatkan ketidaktentuan<br \/>\nwaktu hujan turun dan kadar taburan hujan pada sesuatu masa. Lantas, situasi ini menjadi<br \/>\npenyebab berlaku banjir besar apabila kemudahan yang disediakan bagi membendung<br \/>\nlimpahan air tidak dapat berfungsi. Justeru, pihak berkuasa dan masyarakat harus<br \/>\nmenitikberatkan isu perubahan iklim yang berlaku ini yang pasti menjadi faktor utama<br \/>\nkepada masalah banjir.<\/p>\n<p><strong>2) Aktiviti pembalakan yang bereluasa tanpa kawalan:<\/strong> Aktiviti pembalakan berleluasa<br \/>\npasti akan mengakibatkan stok air di kawasan hutan simpan di hulu sungai terjejas dan<br \/>\nmengakibatkan berlakunya banjir lumpur. Aktiviti pembalakan secara \u2018land clearing\u2019 atau<br \/>\n\u2018cuci mangkuk\u2019 untuk juga akan memburukkan keadaan kerana jumlah larian air melebihi<br \/>\n&#8216;infiltration&#8217; (jumlah air yang meresap masuk dalam tanah untuk &#8216;groundwater recharge&#8217; iaitu<br \/>\n&#8216;takungan simpanan&#8217; kita). Seharusnya aktiviti pembalakan dan sebagainya dikawal<br \/>\nsebaiknya dan dilakukan secara \u2018selective logging\u2019 dan \u2018land clearing\u2019 bagi memastikan hutan yang<br \/>\nberfungsi melindungi stok air dapat dipelihara.<\/p>\n<p><strong>3) Sungai:<\/strong> Sungai yang tidak diselenggara dengan kerap seperti dikorek dalam sesuatu masa<br \/>\nuntuk memastikan kedalamannya menepati sukatan tertentu serta bebas dari sampah sarap<br \/>\njuga menjadi penyebab kepada berlakunya banjir. Justeru, pihak berkuasa harus<br \/>\nmeningkatkan aktiviti menyelenggara sungai dengan baik, termasuklah memelihara tebing<br \/>\nsungai dari diceroboh.<\/p>\n<p><strong>4) Lembangan sungai:<\/strong> Lembangan sungai seperti kawah takungan banjir di kawasan hilir<br \/>\nyang berfungsi untuk menakung limpahan air harus sentiasa dipelihara. Aktiviti pihak tidak<br \/>\nbertanggungjawab yang menjejaskan lembangan sungai harus ditangani dan diambil<br \/>\ntindakan yang tegas oleh pihak berkuasa. Aktiviti memperbanyak kolam tebatan banjir<br \/>\nharus diperbanyakkan oleh pihak berkuasa untuk menampung air yang berlebihan.<\/p>\n<p><strong>5) Aktiviti penanaman semula:<\/strong> Setiap kali penanaman semula di ladang-ladang, ia menjadi<br \/>\npenyumbang tambahan kepada larian air permukaan. Maka, berkemungkinan aktiviti<br \/>\npenanaman semula harus dikaji untuk dilakukan secara berperingkat. Selain itu, kekurangan<br \/>\npokok di kawasan bandar terutama di kawasan tengah dan hilir sungai juga menyumbang<br \/>\nkepada banjir. Maka usaha menanam Dan memelihara pokok di kedua kawasan ini harus<br \/>\ndi pertingkatkan. Usaha ini boleh melibatkan komunit melalui konsep komuniti urban forests.<\/p>\n<p><strong>6) Perumahan:<\/strong> Kita juga harus maklum bahawa pertambahan perumahan akan<br \/>\nmengurangkan lagi kawasan berpokok. Peranan pokok adalah sebagai penyerap air, maka<br \/>\nsemakin kurang pokok maka jumlah air akan bertambah. Justeru, pihak kami<br \/>\nmencadangkan agar setiap perumahan baharu diwajibkan pemasangan sistem tuaian air<br \/>\nhujan atau rainwater harvesting system (RWH) dan dikuatkuasakan kewajipannya dan di<br \/>\nkawasan perumahan sedia ada diberi inisiatif untuk memasang sistem tersebut. Sistem<br \/>\nRWH ini juga perlu diluaskan untuk kawasan luar bandar. Sistem ini boleh mengurangkan<br \/>\njumlah air yang masuk ke sistem peparitan dan sungai.<\/p>\n<p><strong>7) Pendidikan alam sekitar:<\/strong> Masyarakat harus ditekankan pendidikan alam sekitar secara<br \/>\nmenyeluruh yang meliputi isu perubahan iklim dan implikasi dari tingkah laku kita yang<br \/>\ntidak beretika seperti membuang sampah di longkang yang menyebabkan berlakunya<br \/>\nbanjir. Pendidikan alam sekitar harus dirancang secara sistematik kepada masyarakat.<\/p>\n<p><strong>8) Perancangan bersepadu jangka panjang:<\/strong> Pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri<br \/>\nmerentasi semua kementerian, jabatan dan agensi harus duduk bersama untuk<br \/>\nmengemukakan pelan jangka panjang yang lebih holistik dan bersepadu bagi menangani<br \/>\nisu banjir. Ia memandangkan kesan perubahan iklim dan terjejasnya alam sekitar berlaku<br \/>\nakibat dari segenap aktiviti yang berkait dengan pembangunan, pembalakan, etika<br \/>\nmasyarakat dan sebagainya. Sudah pasti ia melibatkan penguatkuasaan secara bersepadu<br \/>\nuntuk pihak berkuasa tangani sebaik-baiknya.<\/p>\n<p>Kesimpulan daripada pernyataan di atas adalah ia menuntut suatu pelan jangka panjang meliputi<br \/>\nrangka kerja bersepadu semua pihak meliputi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Kementerian, Jabatan<br \/>\ndan Agensi. Kegagalan pihak berkuasa untuk mengemukakan pelan yang lebih bersepadu pasti<br \/>\nakan menyebabkan permasalahan banjir berulang kembali dan pasti akan menambahkan beban<br \/>\nrakyat setiap kali berlakunya bencana ini.<\/p>\n<p>Selain itu, kerosakan prasarana seperti lebuh raya, jalan, dan kemudahan awam akibat banjir pasti<br \/>\nmenelan belanja yang amat besar untuk dibaiki yang pasti ia suatu pembaziran terhadap wang hasil<br \/>\ntitik peluh rakyat.<\/p>\n<p>Kami dengan tegas menggesa isu-isu yang dinyatakan ini, terutamanya perubahan iklim dan<br \/>\npenebangan hutan ditangani secara lebih berkesan kerana tanpa penegasan ke atas isu seperti ini,<br \/>\nnegara kita akan sentiasa berhadapan dengan kesan malapetaka besar sama ada secara langsung<br \/>\natau tak langsung seperti banjir dan penularan wabak Covid-19.<\/p>\n<p>#BangsaMalaysiaLawanPerubahanIklim<br \/>\n#BangsaMalaysiaFightingClimateChange<\/p>\n<p>MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ<br \/>\nPenyelaras<br \/>\nMalaysian Interfaith Climate Change Network (MICC)<br \/>\nmerangkap Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)<br \/>\n15hb Januari 2021<\/p>\n<p>Kenyataan ini disokong secara bersama oleh NGO-NGO:<br \/>\n1) Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN)<br \/>\n2) Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM)<br \/>\n3) Friendship Group of Inter Religious Services (FGIS)<br \/>\n4) Council of Churches of Malaysia (CCM)<br \/>\n5) SAVE Rivers<br \/>\n6) Orthodox Syrian Church, Malaysia<br \/>\n7) Malaysian Youth Council (MBM)<br \/>\n8) Young Buddhist Association of Malaysia (YBAM)<br \/>\n9) Tibetan Buddhist Culture Centre Malaysia (TBCC)<br \/>\n10) Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)<br \/>\n11) Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)<br \/>\n12) Gerakan Belia Sikh Malaysia (GBSM)<br \/>\n13) Sathya Sai International Organisation Malaysia<br \/>\n14) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)<br \/>\n15) Hindu Sevai Sangam<br \/>\n16) Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Grass Malaysia)<br \/>\n17) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)<br \/>\n18) Projek Wawasan Rakyat (Powr)<br \/>\n19) Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM)<br \/>\n20) Global Peace Mission Malaysia (GPM)<br \/>\n21) Community Action Network (CAN)<br \/>\n22) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)<br \/>\n23) LLG Cultural Centre<br \/>\n24) Malaysian Consultative Council for Islamic Organization (MAPIM)<br \/>\n25) Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)<br \/>\n26) Pertubuhan Muafakat Sabah (MUAFAKAT SABAH)<br \/>\n27) Projek 57<br \/>\n28) The Kuala Lumpur &amp; Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)<br \/>\n29) Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)<br \/>\n30) Persatuan Ilmu Murni Pulau Pinang<br \/>\n31) Kesatuan Generasi Madani Selangor (KGMS)<br \/>\n32) Interactive Muslimah Association (IMAN)<br \/>\n33) Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah (HSE Sabah)<br \/>\n34) Wanita Impian Negeri Sabah (WINS)<br \/>\n35) Treat Every Environment Special (TrEES)<br \/>\n36) Institut Kepimpinan Bitara<\/p>\n<p>Ikuti perkembangan dalam rangkaian NGO seperti ini di <a href=\"https:\/\/klscah.org.my\/mobile\">https:\/\/klscah.org.my\/mobile<\/a><\/p>\n<figure id=\"attachment_21752\" aria-describedby=\"caption-attachment-21752\" style=\"width: 1280px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-21752\" src=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/pahangflood-afp.jpg\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"853\" srcset=\"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/pahangflood-afp.jpg 1280w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/pahangflood-afp-300x200.jpg 300w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/pahangflood-afp-1030x686.jpg 1030w, https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/pahangflood-afp-768x512.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-21752\" class=\"wp-caption-text\">(Foto dari Mohd RASFAN \/ AFP)<\/figcaption><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SIARAN MEDIA MICCN 15 JANUARI 2021 KERAJAAN PERLU AMBIL LANGKAH BERSEPADU DAN MENYELURUH TANGANI ISU BANJIR DAN PERUBAHAN IKLIM Kami, Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim \u2013 Malaysian Climate Change Interfaith Network (MCCIN) yang terdiri dari pertubuhan pelbagai agama seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Friendship Group of Interreligious Services (FGIS) memandang berat isu bencana banjir yang melanda beberapa negeri di dalam negara. Kami dengan tegas berpendirian bahawa isu bencana banjir yang sering berlaku berulang kali disebabkan beberapa faktor besar yang di mana seluruh pihak harus mengambil tanggungjawab: 1) Perubahan Iklim\/Climate Change: Perubahan Iklim menyebabkan berlakunya &#8216;unpredictable weather&#8217; seperti yang berlaku kini di mana tiada musim yang boleh dijangka berlaku mengikut masa seperti musim tengkujuh. Situasi ini mengakibatkan ketidaktentuan waktu hujan turun dan kadar taburan hujan pada sesuatu masa. Lantas, situasi ini menjadi penyebab berlaku banjir besar apabila kemudahan yang disediakan bagi membendung limpahan air tidak dapat [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":21752,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[247],"tags":[],"class_list":["post-21758","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kenyataan-bersama"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/pahangflood-afp.jpg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21758"}],"collection":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21758"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21758\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21759,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21758\/revisions\/21759"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21752"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21758"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21758"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21758"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}