{"id":19552,"date":"2020-08-25T11:28:35","date_gmt":"2020-08-25T03:28:35","guid":{"rendered":"https:\/\/staging.klscah.org.my\/?p=19552"},"modified":"2020-12-06T19:42:47","modified_gmt":"2020-12-06T11:42:47","slug":"pakatan-tikam-diri-hentikan-subsidi-akui-ahli-parlimen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/2020\/08\/19552.html","title":{"rendered":"Pakatan tikam diri hentikan subsidi, akui ahli Parlimen"},"content":{"rendered":"<div class=\"row\">\n<div class=\"small-12 columns\"><\/div>\n<\/div>\n<div id=\"sharing\">\n<div class=\"row share\">\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<div class=\"story-cover\">\n<figure class=\"cover\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/turbo.themalaysianinsight.com\/resources\/stories_images\/268681\/leeee__full.jpg\" alt=\"\" width=\"100%\" \/><figcaption>Bekas timbalan menteri kesihatan daripada PH, Dr Lee Boon Chye berkata PH silap apabila tidak fokus kepada isu seperti gaji dan kemiskinan ketika gabungan itu mentadbir negara. \u2013 Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Ogos, 2020.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<article class=\"news-body\" data-kiosked-context-name=\"kskdUIContext_01er3vx4xyb5s214fz6jrzbgc4\">PAKATAN Harapan (PH) melakukan \u201cpolitik bunuh diri\u201d apabila memotong subsidi dan melaksanakan perubahan dengan terlalu perlahan, kata dua wakil rakyat gabungan itu pada satu forum online, malam tadi.\u201cPemotongan subsidi kepada golongan miskin adalah tindakan bunuh diri. Kami mahu berjimat tetapi akhirnya menjejaskan kelangsungan politik kami,\u201d kata Dr Lee Boon Chye pada program online anjuran Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor (KLSCAH) itu.Forum online itu bertajuk \u201cThe Way Forward: What\u2019s the next phase of political development\u201d.Dr Lee yang juga ahli Parlimen Gopeng disokong oleh bekas menteri PH untuk belia dan sukan Syed Saddiq Abdul Rahman.<\/p>\n<p>\u201cKami fokus kepada Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rome, bila sepatutnya kami usahakan tentang kesaksamaan gaji dan kemiskinan.<\/p>\n<p>\u201cWujud juga terlalu banyak rasa tidak percaya antara rakan kerjasama politik,\u201d kata ahli Parlimen Muar itu.<\/p>\n<p>\u201cKami juga mahu berjimat dalam tempoh dua tahun pertama sebelum membukanya bagi tiga tahun berikutnya (penggal pemerintahan). Tetapi itu tidak berlaku,\u201d kata Syed Saddiq, merujuk kepada keruntuhan kerajaan PH selepas 22 bulan\u00a0mentadbir negara.<\/p>\n<p>Bekas pemimpin Bersatu itu berkata PH juga bergerak terlalu perlahan dalam melakukan perubahan.<\/p>\n<p>Menggunakan Undi18 sebagai contoh, Syed Saddiq berkata Kabinet mengambil masa setahun untuk mempersetujuinya.<\/p>\n<p>\u201cAsyik ditangguhkan saja.<\/p>\n<p>\u201cPerkara sama berlaku bagi perubahan pembiayaan parti politik. Saya buat pembentangan yang kemudiannya dkaji oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).<\/p>\n<p>\u201cTetapi ia ditangguhkan. Perkara sama berlaku kepada had dua penggal untuk perdana menteri dan penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN.<\/p>\n<p>\u201cKita ada wang dan kapasiti, tetapi kita terlalu lambat. Perubahan itu sepatutnya berlaku lebih cepat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, PH ada pencapaian yang kecil, kata Dr Lee.<\/p>\n<p>\u201cAda Undi18, iaitu pendaftaran automatik pengundi dan kami juga mengubah cara pilihan raya kecil diadakan di mana Suruhanjaya Pilihan Raya bukan untuk memenangkan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKami juga mengambil beberapa langkah anti rasuah seperti pengisytiharan harta oleh ahli Parlimen, GIACC dan media lebih bebas dalam tempoh 22 bulan itu,\u201d kata bekas timbalan menteri kesihatan itu.<\/p>\n<p>Satu lagi kesilapan PH ialah cuba bersaing dengan Barisan Nasional berkenaan isu kaum.<\/p>\n<p>Dipetik dari The Malaysian Insight<br \/>\n<a href=\"https:\/\/www.themalaysianinsight.com\/bahasa\/s\/268681\">https:\/\/www.themalaysianinsight.com\/bahasa\/s\/268681<\/a><\/p>\n<\/article>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; Bekas timbalan menteri kesihatan daripada PH, Dr Lee Boon Chye berkata PH silap apabila tidak fokus kepada isu seperti gaji dan kemiskinan ketika gabungan itu mentadbir negara. \u2013 Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Ogos, 2020. PAKATAN Harapan (PH) melakukan \u201cpolitik bunuh diri\u201d apabila memotong subsidi dan melaksanakan perubahan dengan terlalu perlahan, kata dua wakil rakyat gabungan itu pada satu forum online, malam tadi.\u201cPemotongan subsidi kepada golongan miskin adalah tindakan bunuh diri. Kami mahu berjimat tetapi akhirnya menjejaskan kelangsungan politik kami,\u201d kata Dr Lee Boon Chye pada program online anjuran Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor (KLSCAH) itu.Forum online itu bertajuk \u201cThe Way Forward: What\u2019s the next phase of political development\u201d.Dr Lee yang juga ahli Parlimen Gopeng disokong oleh bekas menteri PH untuk belia dan sukan Syed Saddiq Abdul Rahman. \u201cKami fokus kepada Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rome, bila sepatutnya kami usahakan tentang kesaksamaan gaji dan [&#8230;]\n","protected":false},"author":670,"featured_media":20550,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[259,208],"tags":[],"class_list":["post-19552","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-liputan-media","category-siri-webinar-isu-perkembangan-semasa"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/klscah.org.my\/wp-content\/uploads\/leeee__full.jpg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19552"}],"collection":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/670"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19552"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19552\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20553,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19552\/revisions\/20553"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20550"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19552"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19552"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/klscah.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19552"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}