Pendidikan Pelbagai Aliran Dalam Abad Ke-21

Siri Webinar KLSCAH:
Pendidikan Pelbagai Aliran Dalam Abad Ke-21

Tarikh: 7hb September 2020 (Isnin)
Masa: 8 malam
Siaran Langsung Facebook: KLSCAH (https://www.facebook.com/klscah/)

Barisan panelis:
Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM))
Saudara Lim Hong Siang (Pengarah eksekutif SAUDARA; Kolumnis Malaysiakini)
Saudara Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir (Ketua Penerangan Armada BERSATU)
Saudari Esther Sinirisan Chong (Penyelia LLG Cultural Development Centre)

Moderator:Profesor Wong Chin Huat(Ahli Sains Politik)
Penganjur:KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

Pengenalan:
Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmaad Kamal berkenaan sekolah vernakular yang dikatakan gagal menghasilkan murid-murid yang memiliki jati diri negara, isu tersebut telah menerima pandangan yang berbeza daripada kalangan marhaen dan juga ahli-ahli politik. Beliau bertegas untuk memansuhkan sekolah vernakular secara berperingkat bagi mengutuhkan perpaduan negara.

Untuk mendalami dasar dan isu pendidikan pelbagai aliran di Malaysia dalam abad-21, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) atau Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall telah menjemput panel speaker untuk membincangkan persoalan-persoalan berkaitan.

Para penonton digalakkan memberi sokongan kepada KLSCAH dengan memberi sumbangan kepada The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (No Akaun: 3077340127; Public Bank) dan menghantar resit transaksi kepada Urusetia KLSCAH melalui Whatsapp ke talian 012-6645702 (Saudara Loh) bagi urusan dokumentasi.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply