Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) lancar program tajaan langganan Malaysiakini untuk menyokong kebebasan media.

Mahkamah Persekutuan telah mendengar prosiding hina mahkamah terhadap Malaysiakini dan ketua pengarangnya Steven Gan berhubung kes menghina mahkamah akibat komen pembaca mengenai satu artikel yang didakwa bersifat menghina.

Memandangkan kes hina mahkamah terhadap ‘Malaysiakini’ kini dalam proses perbicaraan oleh mahkamah, maka tidak sesuai untuk Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) memberi komen terhadap kes tersebut.

Namun, KLSCAH menganggap keputusan mahkamah terhadap kes Malaysiakini bakal bersifat “landmark decision”, khususnya berhubung persoalan sama ada Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang diguna pakai dalam kes ini akan menjurus kepada satu kelaziman baru di mana pihak berkuasa pada masa hadapan akan mengambil tindakan terhadap pihak media walaupun komen yang disiarkan dalam portal berita dibuat oleh pembaca.

Lantaran itu, KLSCAH telah melancarkan program penajaan langganan Malaysiakini dengan menaja sejumlah RM7,600 kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadi pelanggan (subscriber) Malaysiakini selama satu tahun. Seramai 152 orang akan menjadi pelanggan baru Malaysiakini dalam tajaan ini.

Untuk menjadi pelanggan Malaysiakini yang ditaja oleh KLSCAH,  saudara saudari dikehendaki mengemukakan empat butiran seperti yang disebutkan di bawah dan menghantar maklumat tersebut ke emel KLSCAH, [email protected] .

 

  1. Nama:
  2. Emel:
  3. Nombor Telefon Bimbit
  4. Student ID / OKU card / Dokumen atau bukti penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Untuk makluman, perkara keempat hanya untuk rujukan dan semakan pihak KLSCAH sahaja dan tidak akan dikemukakan kepada Malaysiakini .

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada penolong setiausaha DPCKLS, Encik Loh Xianda di talian 03-2274 6645. Segala maklumat terkini mengenai program penajaan langganan ‘Malaysiakini’ akan dipaparkan pada facebook KLSCAH (https://www.facebook.com/klscah/ )pada masa kelak.

Lawan pembisuan, sokong kebebasan media!

Sekian.

 

Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply