Kursus Pembelajaran Bahasa Kedua Mandarin

Bahagian Wanita bagi Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), akan menganjurkan Kursus Pembelajaran Bahasa Kedua (Mandarin) bermula pada 5hb Mac 2016 (Sabtu) jam 3 petang.

Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang memainkan peranan penting, khususnya di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Bahasa yang sama boleh memupuk persefahaman, perpaduan dan menyelesaikan pertikaian.

Sejajar dengan matlamat tersebut, Bahagian Wanita DPCKLS telah mengambil keputusan untuk menganjurkan Kursus Pembelajaran Bahasa Kedua. Kursus ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang dan dikendalikan oleh Puan Sze Hoong Yooke, seorang guru sekolah yang terlatih.

Bahagian Wanita DPCKLS menjemput dan menggalakkan rakan-rakan dari kaum yang lain supaya menyertai kursus tersebut.

Yuran bulanan setiap peserta adalah RM20.00 sebulan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat urusetia di talian 03-22746645 (Puan Liong).

Slide2

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply