Pelancaran Buku & Forum: “TSUNAMI CINA: Retorik atau Realiti?”

Forum – “PRU 14: Apakah Ada Lagi Tsunami Politik?”
Tarikh: 5hb Mei 2014, Isnin
Masa: 8.30pm – 11.00pm
Tempat: KLSCAH 1st Floor Auditorium,
No.1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur.

Dilancarkan oleh:
Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)

Tetamu Khas:
A. Samad Said (Sasterawan Negara)

Ahli Panel Diskusi:
Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)
Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Kluang)
Wan Hamidi Hamid (Penasihat, Inisiatif Impian Malaysia)
Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah)

Moderator:
Edry Faizal Eddy Yusof (Koordinator Roketkini)

Penganjur:
Genta Media, KLSCAH Social Economic Committee

Rakan Media:
Harakah, Roketkini.com

Bahasa Pengantar:
Bahasa Malaysia

Aturcara:
8:30pm  Ucapan Aluan oleh Lim Hong Siang
(Editor Tsunami Cina: Retorik atau Realiti?)
8:50pm  Ucapan Tetamu Khas – A. Samad Said
9:00pm  Pelancaran Buku
9:10pm  Forum
10:20pm  Sesi Soal Jawab
11:00pm  Tamat

Tsunami Cina

Perkataan Daripada A. Samad Said (Sasterawan Negara)
“Sebenarnya selama ini kita hanya sempat melihat sebelah saja, terkadang kerana sebelah itu saja yang ada. Kini kita sendiri pula yang perlu melihat sisi yang tenggelam. Dengan buku ini terbukalah peluang itu. Selama ini berapa sumber kisah yang tulen memang kita tidak sempat jumpa!
Berani bertanya, berani menyindir, maka tentulah kita wajar berani pula menerima jawapan pedihnya. Tapi, buku ini bukan pula cuba menjawab selaran atau sindiran pedih itu secara berlawan. Sebaliknya ia lebih mendorong kita untuk berfikir dan menimbang secara tenang.
Ternyata buku ini member kita kesempatan untuk menjengah sedalamnya gelora dan cita-cita masyarakat Cina sepanjang lima dekad di negara ini. Kita sebenarnya – khususnya orang Melayu – tidak terasa denyut minda dan debar kalbu masyarakat Cina yang sebenar. Buku ini membuka peluang itu.”

Mengenai Editor
LIM HONG SIANG, bekas Editor Merdeka Review (edisi Bahasa Malaysia).
Kini sebagai kolumnis di Harakah, Suaran Keadilan, The Rocket, The Ant Daily (edisi Bahasa Cina)

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply