SIRI KELANGSUNGAN PERJUANGAN SAID ZAHARI: “MEMAHAMI UTUSAN – SIAPAKAH AWANG SELAMAT?”

utusan-forum

 

SIRI KELANGSUNGAN PERJUANGAN SAID ZAHARI:
“MEMAHAMI UTUSAN – SIAPAKAH AWANG SELAMAT?”

SAID ZAHARI merupakan ikon kepada kebebasan media di Malaysia pada 1961, dia memimpin wartawan mogok kerana membantah tindakan UMNO menguasai Utusan Melayu. Baginya Utusan Melayu mestilah kritikal dan tidak bersimpati dengan perjuangan UMNO. Akibatnya beliau dilarang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu / Malaya oleh Tunku Abdul Rahman yang sudahpun menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalam Negeri.

Sejak 1959, UMNO ingin menguasai Utusan Melayu. Dua orang wakil telah berjumpa dengan ketua editor Said Zahari. Apabila Said Zahari enggan bekerjasama, Said ditukarkan serta-merta ke Singapura. Bagaimanapun arahan itu tidak dipatuhi dan Said Zahari memulakan mogok seluruh pekerja Utusan.

Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas (AKRAB) – Satu gerakan sosial yang memperjuangkan kebebasan media dan membawa informasi ke kawasan luar bandar supaya rakyat tidak dipengaruhi oleh alat propaganda politik. Sistem demokrasi hanya boleh dijamin jika rakyat dapat membuat keputusan dengan informasi, fakta dan analisa yang bebas dan bersifat kritikal akan melangsungkan ” Siri Kelangsungan Perjuangan Said  Zahari”

Siri pertama bertajuk “Memahami Utusan Malaysia – Siapa Awang Selamat” akan diadakan pada 2 September 2013, pukul 8 malam di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, akan membincangkan siapakah berada di sebalik pintu pagar dan bangunan baru Utusan Melayu,  siapakah perancang-perancang utama di dalam Utusan Melayu dan apakah sikap pengarang-pengarang dan wartawan-wartawan di Utusan Melayu dan paling penting siapakan Awang Selamat” yang bukan sahaja dilindungi oleh kerajaan untuk melemparkan fitnah kepada sesiapa sahaja yang disukai dan kebal dari tindakan undang-undang.

Siri pertama ini akan menampilkan Hata Wahari bekas wartawan Utusan yang juga bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) untuk membicarakan tajuk pertama tersebut dan bicara ini akan di ulas oleh Profesor Zaharom Nain.

Hata Wahari akan membicarakan setiap fungsi, gerakan dan apa yang berlaku di dalam Utusan sejak beliau menjejakan kaki ke bangunan usang Utusan di 46 M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur18 tahun lepas.

Jangan lupa untuk menyertai siri kelangsungan Perjuangan Said Zahari untuk mengetahui Utusan dan mengapa ia bertindak apa yang dilakukan sekarang. Sila hubungi 012-2658448 jika ada sebarang pertanyaan.

 

Hata Wahari, Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas
Liau Kok Fah, Jawatankuasa Hak Sivil, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor

 

“赛扎哈利斗争系列讲座”
“了解前锋报 – 谁是阿旺士拉末?”

赛扎哈利是马来西亚新闻自由运动史上的风云人物。1961年,他领导马来前锋报记者展开罢工,抗议巫统企图控制马来前锋报。赛扎哈利非常清楚,他领导下的马来前锋报必须具有批判性,不能同情巫统的斗争。这导致他被当时的首相东姑阿都拉曼禁止进入马来亚。

1959年始,巫统就企图控制马来前锋报,它曾派出两名代表会见总编辑赛扎哈利。当赛扎哈利拒绝合作,他即刻被调任去新加坡。可是赛扎哈利并没有遵从指令,反而发动了马来前锋报全体职员抗议政党染指媒体。

新闻与公共空间自由运动(Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas,AKRAB)是个立志争取新闻自由,展望将资讯带到乡区,使人民不再受到政治宣传机器影响的社会运动。唯有获得自由与批判性的资讯、材料和分析,人民以之作出判断,民主制度才能成形。这是我们举办“赛扎哈利斗争系列讲座”的意旨。

第一个讲座主题为“了解前锋报 – 谁是阿旺士拉末?”,将于2013年9月2日晚上8时正与隆雪华堂楼上讲堂举行。联办单位是隆雪华堂民权委员会与新闻与公共空间自由运动。

讲座将探讨谁隐身于该专栏和马来西亚前锋报新建筑物之后?谁是马来西亚前锋报内容的主要策划人?该报编辑和记者的态度及最重要的问题 – 谁是阿旺士拉末(Awang Selamat)?阿旺士拉末不但受到政府保护,不停污蔑所有不喜欢的人,也免于受到法律的制裁。

该讲座的主讲人是马来西亚前锋报前记者哈达瓦哈里,他也是马来西亚新闻职工会前主席。讲座的特邀评论人是扎哈隆纳恩教授,他曾担任理大大众传播系讲师长达20年,目前是诺丁汉大学马来西亚分校的艺术学院教授。

哈达瓦哈里将分享他参与马来西亚前锋报18年的经验,剖析前锋报的每个功能、行动和内部发生的事。

请大家务必踊跃参与赛扎哈利斗争系列讲座,了解前锋报为何会演变至此。如有任何疑问请联络012-2658448。

 

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply