Serahan Memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

DSC08859

Serahan Memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

“Memperbangunkan Pendidikan Bahasa Ibunda, Mempertingkatkan Pendidikan Kebangsaan”
–Balasan dan Tuntutan Secara Keseluruhan Terhadap Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 daripada Persatuan-persatuan Cina.

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 akan dilaksanakan pada awal bulan September 2013, namun kandungan pelan tersebut masih mempunyai banyak perselisihan yang belum diselesaikan. Jika pelan ini dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa pertimbangan yang menyeluruh, hal ini mesti akan menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Oleh demikian, setelah mengadakan sesi-sesi perbincangan dan kajian, kami, 16 persatuan-persatuan Cina menyediakan kenyataan bersama yang bertajuk “Memperbangunkan Pendidikan Bahasa Ibunda, Mempertingkatkan Pendidikan Kebangsaan”, untuk mencadangkan pendapat-pendapat dari masyarakat Cina terhadap pelan pembangunan pendidikan ini kepada Kementerian Pendidikan secara terus dan jelas. Kami meminta Kementerian Pendidikan mempertimbangkan pandangan dan suara rakyat, untuk memindakan dasar pelan yang tidak bermanfaat kepada rakyat.

Kandungan Kenyataan adalah bersama seperti berikut:

1.  Sistem Pendidikan Pelbagai Aliran Sekolah adalah munasabah, bukannya penghalang perpaduan kaum.
Pelan ini menyatakan bahawa sekolah pelbagai aliran menyebabkan murid yang berbeza kaum kekurangan peluang untuk saling berinteraksi, dan mengehadkan perpaduan rakyat. Namun kami amat tidak setuju dengan pernyataan tersebut, antara sebabnya:

(a) Sistem pendidikan pelbagai aliran sekolah adalah hak yang diiktiraf oleh  Perlembagaan Malaysia Fasal 152 (1a), dan dijelaskan secara terang dalam Akta Pendidikan 1957 Fasal ke-3.

(b) Pendidikan bahasa ibunda merupakan cara pembelajaran yang paling berkesan.  Demi meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara kita, Kementerian Pendidikan seharusnya berusaha membangunkan dan menggalakkan pendidikan bahasa ibunda.

(c) Perbezaan layanan di antara kaum merupakan punca utama konflik kaum. Sejarah telah terbukti, pembahagian ketidakseimbangan sumber masyarakat di bawah dasar singularisme adalah punca utama penimbulan isu perkauman dan konflik masyarakat.
(d) Di taraf antarabangsa, negara yang mementingkan kepelbagaian budaya seperti Switzerland, Belgium, rakyatnya hidup harmoni dan mesra.

Oleh itu, kami menggesa kerajaan supaya menolak pemikiran singularisme, mementingkan pendidikan bahasa ibunda, melihat sistem pendidikan pelbagai aliran  sebagai aset penting masyarakat, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai contoh negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian pendidikan.

2.   Sumber pendidikan haruslah diagihkan secara adil dan saksama
Sistem pendidikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai aliran merupakan sistem tradisional yang diamalkan semasa pembentukan negara. Pendidikan Kebangsaan yang diterapkan dalam pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah turut memaparkan masyarakat yang beraliran pendidikan kepelbagaian. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan masih lagi bersikap deviasi dalam pengurusan setiap aliran sekolah tersebut. Oleh sebab itu, kami ingin menyuarakan tuntutan kami seperti berikut:

(a) Semua aliran Sekolah di Malaysia haruslah mempunyai kedudukan yang setaraf  dan adil dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) haruslah mendapat layanan yang adil seperti sekolah rendah kebangsaan(SK) contohnya dari segi pembangunan sekolah, peruntukan sumber kewangan, pengagihan guru, dan sebagainya.

(b) Memulihkan kedudukan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang sah di sisi undang-undang dan menunaikan perjanjian yang ditetapkan pada 1960an dengan memberi hak, kuasa yang sepatutnya kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

(c) Sekolah-sekolah bukan berasaskan keuntungan termasuklah Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sekolah Agama Rakyat haruslah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan Malaysia, dan diberikan peruntukan kewangan dan bantuan yang sepatutnya.

Kesaksamaan pendidikan merupakan isu yang dititikberatkan oleh masyarakat Cina selama ini. Oleh sebab itu, kami menyeru dan berharap bahawa pihak Kementerian Pendidikan dapat mementingkan masalah yang dihadapi oleh sekolah semua aliran dan berusaha menyelesaikannya.

3.   210 minit waktu kelas seminggu untuk subjek bahasa kebangsaan adalah munasabah, kaedah pengajaran adalah faktor utama untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran bahasa.

3.1 Kami menentang dengan tegasnya terhadap penambahan waktu kelas subjek bahasa kebangsaan kepada 270 minit seminggu pada fasa kedua KSSR di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Kami menyeru Kementerian Pendidikan mempertimbangkan situasi SJKC dan SJKT dengan menerima cadangan dari organisasi masyarakat , iaitu 210 minit  waktu kelas seminggu untuk subjek bahasa kebangsaan, dengan sebab-sebab:

(a) Penambahan waktu kelas subjek bahasa kebangsaan bukanlah cara terbaik  untuk meningkatkan kemahiran bahasa kebangsaan murid. Sebaliknya ia akan membebankan proses pembelajaran pelajar.

(b) Pretasi murid dalam kursus kebanyakannya tergantung pada kandungan kursus,     kesesuaian bahan pengajaran, dan kualiti guru.

(c)  SJKC dan SJKT menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa     pengantar dalam pembelajaran, bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris     merupakan bahasa kedua, seharusnya menggunakan kaedah pengajaran bahasa     kedua.

Dengan ini, Kami sebulat suara meminta “Kurikulam Standard Sekolah Rendah” SJKC dan SJKT pada fasa kedua membahagikan waktu pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI) yang telah dimansuhkan kepada subjek bahasa kebangsaan dan subjek bahasa inggeris, iaitu subjek bahasa kebangsaan dan subjek bahasa inggeris masing-masing diagihkan 210 minit waktu kelas seminggu bagi mencapai matlamat Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Waktu kelas bahasa ibunda bagi SJKC dan SJKT dikekalkan, iaitu 300 minit seminggu. (rujuk jadual bawah)

Waktu Kelas Kini (Sebahagian) Cadangan Kami
Subjek Masa Waktu Kelas Subjek Masa Waktu Kelas
Matematik dalam bahasa inggeris 60minit 2

Sudah Batal

Sains dalam bahasa inggeris 60minit 2
Bahasa cina 300minit 10 Bahasa cina 300minit 10
Bahasa kebangsaan 180minit 6 Bahasa kebangsaan 210minit 7
Bahasa inggeris 120minit 4 Bahasa inggeris 210minit 7

3.2 Kami minta Kementerian Penddikan melantik guru yang menguasai dwibahasa mengajar di SRJKC dan SRJKT supaya meningkatkan keberkesanan pengajaran.

3.3 Bagi SJKC dan SJKT, bahasa kebangsaan adalah bahasa kedua. Oleh itu, dua jenis sekolah ini perlu mengguna kandungan dan kaedah pengajaran mengikut standard bahasa kedua. Kandungan bahasa kebangsaan di SJKC dan SJKT di fasa pertama telah melebihi standard kursus bahasa kebangsaan sebagai bahasa kedua, Kementerian Pendidikan seharus menjalankan pelarasan yang sepatutnya.

4.    Mengiktirafkan Dan Mengukuhkan Kepentingan Kelas Peralihan
Sistem pendidikan kebangsaan merupakan pendidikan untuk semua rakyat, ia harus mempertimbang, menjaga dan memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai kemampuan berbeza. Kami berpendapat bahawa kelas peralihan perlu dikekalkan, dan tidak harus dimansuhkan pada tahun 2017 seperti yang dinyatakan dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sebab-sebab kelas peralihan harus dikekalkan adalah seperti berikut:

(a)    Apabila murid-murid dari sekolah rendah pelbagai aliran memasuki sekolah menengah kebangsaan, kelas peralihan boleh diperlukan sebagai program tambahan untuk membantu pelajar yang lemah dalam bahasa kebangsaan dan menyesuaikankan diri dengan pertukaran bahasa pengantar di sekolah menengah, supaya pembelajaran di sekolah menengah boleh tidak akan diganggukan kerana pebezaan bahasa pengantar dan disambungkan secara lancar dari sekolah rendah. Oleh kerana Bahasa Kebangsaan bukan bahasa ibunda bagi setiap murid, sesetengah pelajar masih tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan berkesan meskipun bahasa kebangsaan diperkukuhkan di peringkat sekolah rendah.

(b)    Penyediaan kelas peralihan oleh pihak kerajaan kepada pelajar adalah munasabah selepas pihak kerajaan memansuhkan Sekolah Menengah Cina. Pada tahun 1961, semasa pihak kerajaan mengubah  Sekolah Menengah Cina kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, bahasa pengantar juga ditukarkan kepada Bahasa Inggeris dan ditukar lagi menjadi Bahasa Kebangsaan kemudian. Apabila keadaan ini berlaku, kelas peralihan adalah penting untuk pelajar-pelajar daripada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil untuk mengukuhkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah.

Merujukkan kepada perkara di atas, Kementerian Pendidikan harus mengiktiraf kepentingan kelas peralihan , merancang semula kursus pembelajaran dan mengatur guru yang sesuai dalam sekolah, untuk mengelakkan kehilangan fungsi sebenar kelas peralihan.

5.   Memberi perhatian dan Menilai semula kelemahan–kelemahan yang timbul dalam pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Kontroversi-kontroversi tertimbul sejak pelaksanaan  Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dari tahun 2011.  Antara kesan-kesan negatifnya:

(a) Demi mencapai keputusan penilaian pendidikan yang tinggi, sesetengah guru dan guru besar akan menggunakan taktik penipuan seperti membenarkan murid-murid meniru dalam peperiksaan dan melonggarkan standard pemarkahan. Ini bukan saja mempamerkan demonstrasi buruk kepada murid-murid bahkan menjejas kualiti pembelajaran murid.

(b) Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Dalam keadaan ini, mungkin timbulnya ketidakadilan kerana sesetengah guru  menilai prestasi murid berdasarkan pandangan subjektifnya dari aspek jantina, kaum dan kelas social murid-muridnya.

(c) Guru di sekolah kawasan bandar akan menghadapi kesukaran kerja pemantauan dan penilaian disebabkan bilangan murid terlalu ramai. Dalam keadaan ini, guru-guru akan mengabaikan pengajaran dan pembelajaran kerana tertumpu pada kerja kertas dan kerja admin yang banyak, sehingga menjejas kualiti pengajaran.

(d) Penggantian seseorang guru yang mengambil cuti panjang dengan seorang guru baru yang tidak pernah menerima latihan PBS untuk menjalankan kerja pemantauan perkembangan murid adalah tidak sesuai.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan idea yang baik dalam mentafsirkan kualiti pendidikan, tapi ia akan menemui kegagalan jika dilaksanakan dalam keadaan kekurangan penyediaan dan tergesa-gesa. Oleh itu, Kami menyeru Kementerian Pendidikan menangguhkan sistem ini, mendengar pendapat dari guru, mejalankan penilaian semula terhadap kemungkinan pelaksanaan sistem dan mengemukakan kaedah pelaksanaan yang berkesan.

6.  Mengumumkan Sukatan Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah Fasa Kedua, Memulih Sejarah Asal Negara Kita.
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 menyatakan bahawa subjek sejarah akan diajar dari Tingkatan 1 di sekolah menengah. Namun demikian, menurut pengumuman Kementerian Pendidikan, jadual waktu KSSR fasa kedua akan menambah subjek sejarah yang mengambil masa 60 minit setiap minggu. Kami amat mengambil perhatian terhadap perkara tersebut, dan menyampaikan permintaan seperti berikut:

(a) Kementerian Pendidikan perlu mengumumkan sukatan pembelajaran subjek sejarah     dengan segera supaya murid, ibu-bapa dan rakyat dapat memahami subjek tersebut dengan terperinci.

(b) Sukatan pembelajaran subjek sejarah perlu bersepadu dengan masyarakat berbilang kaum negara kita, sejarah dan budaya bangsa masing-masing perlu mendapat perhatian dan kepentingan yang sama, diterapkan dalam sukatan pembelajaran secara adil dan munasabah, mengajar dengan cara yang betul supaya dapat mendidik murid-murid saling menghormati, memahami dan bertoleransi.

(c) Menggunakan sikap yang objektif dan rasional untuk menjelaskan peristiwa sejarah yang mempunyai kontroversi seperti sejarah Tanah Melayu sebelum ketibaan agama Islam, sumbangan berbilang kaum semasa kemerdekaan, zaman penjajahan Jepun, peristiwa 513 dan lain-lain lagi. Memulihkan sejarah asal negara kita supaya murid dapat mengenali sejarah negara kita yang sebenar.

7. Menjamin sistem pendidikan pra-sekolah pelbagai aliran dengan  mengutamakan bahasa ibunda dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pendidikan pra-sekolah amat dipentingkan. Ia telah menyatakan secara jelasnya tentang dasar dan langkah yang akan diambil terhadap hal-ehwal seperti kadar kemasukan sekolah, kualiti pengajaran, sukatan pembelajaran dan sebagainya.

Sehubungan ini, kami mencadangkan:
(a) Pihak Kementerian Pendidikan haruslah mematuhi  Akta pendidikan 1996, Fasal 23 iaitu “bahasa-bahasa selain daripada Bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika”. Oleh sebab itu, pihak berkenaan tidak boleh mewajibkan bahasa pengantar dalam pendidikan pra-sekolah.

(b) Meminda penetapan dalam “Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan” yang mewajibkan tadika yang mengguna bahasa selain daripada bahasa kebangsaan memperuntukan masa sekurang-kurang 6 jam seminggu untuk kelas Bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Padahalnya, jumlah waktu pembelajaran seminggu untuk tadika hanya 20 jam, hampir 2/3 daripada jumlah masa pembelajaran telah dipenuhi dengan kelas pengajaran bahasa selain daripada bahasa ibunda.

Kami bersetuju untuk memberi pendedahan dan masa yang sesuai kepada kanak-kanak pra-sekolah untuk mempelajari bahasa selain daripada bahasa ibunda. Tetapi, adalah jelasnya bahawa kurikulum pra-sekolah yang ditetapkan tersebut lebih menekankan bahasa bukan ibunda. Hal ini tidak munasabah malah akan mempengaruhi proses pertumbuhan mental kanak-kanak.

8.    Menubuhkan Education Ombudsmen Supaya Menyelia Dan Memastikan Kecekapan Dan Keadilan Kementerian Pendidikan
Kami bersetuju dengan penubuhan “Unit Pelaksanaan Pendidikan” oleh Kementerian Pendidikan yang menggalakkan pelaksanaan pelan induk, mendengar pendapat rakyat pada masa yang ditetapkan dan meningkatkan ketelusan pentadbiran. Namun ia masih mempunyai kekurangan, oleh itu, kami menggesa pihak kerajaan supaya menubuhkan Education Ombudsman yang bebas, saksama dan adil dengan sebab-sebab berikut:

(a)     Menyelia dan menyiasat keadilan, kesahan, kesahihan, keberkesanan dan ketelusan  kuasa awam yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Pada masa yang sama, untuk mencegah berlakunya penyalahgunaan kuasa dan mengukuhkan kecekapan dan kualiti Kementerian Pendidikan.

(b)     Rakyat boleh mengadu kepada Education Ombudsman atas keabaian pentadbiran, ketidakadilan, diskriminasi, penyalahgunaan kuasa, tidak menjawab pertanyaan, enggan memberi maklumat, dan alasan kelengahan yang tidak munasabah oleh Kementerian Pendidikan.

(c)      Ombudsman berhak menjalankan pendengaran, penyiasatan dan pendakwaan secara persendirian ataupun selepas menerima aduan.

(d)    Commissioner dipilih oleh Parlimen dan bertanggungjawab terhadap Parlimen, laporan tahunan Education Ombudsman perlu dikemukakan kepada parlimen untuk perbahasan. Di situasi yang tertakluk kepada hak pengadu, mengemukakan laporan siasatan kepada awam.

Senarai Penandatangan:
1.    Centre for Malaysia Chinese Studies
2.    Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor
3.    Dewan Perhimpunan China Melaka
4.    Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan
5.    Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang
6.    Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia
7.    Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia
8.    Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Cina Negeri Johor
9.    Malaysia-China Chamber of Commerce
10.    Merdeka University Bhd
11.    Nanyang University Alumni Association of Malaya
12.    Persatuan Kawan Karib Malaysia
13.    Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC)
14.    Persekutuan Persatuan-persatuan Alumni Sekolah China Malaysia
15.    Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG
16.    The Association of Graduates from Universities & Colleges of China, MalaysiaDSC08842

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply