Simposium: “Ulang Tahun Ke-40 Konsep dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Penilaian Semula”

Tarikh:10-12-2011(Sabtu), 10:00am-4:00pm
Tempat: Auditorium, Dewan Perhimpunan Cina Kuala  Lumpur dan Selangor (KLSCAH)

Pada tahun 1971, Kerajaan Malaysia telah menggubal dasar kebudayaan kebangsaan yang merangkumi tiga prinsip seperti berikut: (i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini (ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. (iii) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Menjelang ulang tahun ke-40 termaktubnya Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG bersama Jawatankuasa Kebudayaan-Pendidikan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor akan menganjurkan satu sesi simposium dan menjemput sarjana-sarjana berbilang kaum dan dari pelbagai latar belakang bidang kepakaran untuk meneliti kembali dasar  tersebut secara menyeluruh.

Pemakalah Jemputan:
a) Dr. Alis bin Puteh (Pensyarah Kanan UUM)
b) Dr. Chemaline Anak Osup (Pensyarah Kanan UPSI)
c) En. Tan Lee Ooi (Calon PhD di NUS)
d) Dr. Helen Ting (Felo Penyelidik UKM)
e) En. Abd. Ghapa Harun (Pensyarah Kanan UKM)

Persoalan-persoalan berikut dirasakan amat terdesak untuk direnungi dan disemak semula pada simposium tersebut:

Adakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang sedia ada berupaya membentuk budaya nasional yang bersifat inklusif dan diterima segenap lapisan masyarakat?
Adakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan perlu dirombak atau diubahsuaikan?
Perlukah negara kita berpegang kepada suatu set tata hidup dan kebudayaan bersama?

Yuran pendaftaran bagi orang awam adalah RM20 dan pelajar RM10.
Sila hubungi En. Kong (03-26971971/1972) atau Puan Leong (03-22746645) untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran.

Anjuran Bersama:
Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG
Jawatankuasa Kebudayaan-Pendidikan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply