Forum Interlok: Antara Kesusasteraan, Pendidikan dan Hubungan Kaum

Tarikh: 23hb Mac 2011 (Rabu)
Masa: 8.30pm
Tempat: Bilik Mesyuarat 2, Tingkat 1, KLSCAH

Anjuran Bersama:
1) Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG
2) Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)
3) National Interlok Action Team (NIAT)
4) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Forum ini berasal daripada satu dialog tutup antara empat pertubuhan di atas dan dua pertubuhan penulis iaitu Seniman Paksi Rakyat dan Budayawan Bertindak. Dialog tersebut berputus menganjur satu forum terbuka, bagi membincangkan isu Interlok dengan lebih mendalam dan cuba mencari jalan penyelesaian.

Ahli-ahli panel akan meninjau kontroversi Interlok dari sudut kesusasteraan, pendidikan dan hubungan kaum.

Ahli Panel:
1) Dato’ Thasleem Ibrahim (Presiden NIAT)
2) Dr. Chong Fah Hing (Pensyarah UPM)
3) Dr. Azmi Sharom (Pensyarah UM)
4) En. Lee Ban Chen (Penulis kolumnis)
5) En. Uthaya Shankar SB (Penyelidik)

Orang awam dialu-alukan menyertai forum ini. Kemasukan adalah bebas dan percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Leong (03-22746645) atau Encik Ng (03-26971971/2).

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply