Forum “Sarawak: Tanah, Adat and Pilihanraya”

Tarikh: 18-3-2011 (Jumaat)
Masa: 8.00malam – 10.30malam
Tempat: Dewan Tingkat 2, KL & Selangor Chinese Assembly Hall
No.1, Jalan Maharajelela, Kuala Lumpur.

Anjuran Bersama:
1)Bersih 2.0
2)Civil Rights Committee,The KL & Selangor Chinese Assembly Hall
3)Loyar Burok

Ahli Panel:
1) Mark Bujang
——Beliau merupakan Pengarah Eksekutif BRIMAS. Beliau juga menjadi saksi (pakar) dalam beberapa kes mahkamah mengenai pemetaan komuniti dan beberapa keputusan daripada kes tersebut telah menjadi keputusan untuk penandaan lanskap.

2) Abun Sui
——Peguam dan koordinator untuk Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA). Penasihat Undang-undang untuk TAHABAS – Native Customary Land Owners Network of Sarawak dan setiausaha kepada PKR Hulu Rajang, cawangan Sarawak.

3) Minggat
——Beliau merupakan pesara pekerja awam. Beliau dan komuniti telah membantah pencerobohan pembalakan di kawasan asal mereka. Beliau dan anak lelaki beliau telah diserang dan mengalami kecederaan parah semasa perbalahan dengan pekerja syarikat pembalakan tersebut.

4) Nicholas Mujah
——Beliau seorang Iban dan telah mempertahankan hak penduduk tempatan di Sarawak mengenai tanah asal mereka sejak 1980. Beliau merupakan Setiausaha Awam kepada Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), dan telah ditahan beberapa kali berhubung dengan kerja-kerja yang dijalankannya.

Program:
8.00 – 8.30 malam  Ketibaan tetamu dan pendaftaran
8.30 – 8.35 malam  Kata-kata aluan (Dato Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0)
8.35 – 9.35 malam  Penyampaian oleh Ahli Panel
9.35 – 10.00 malam  Sesi Soal & Jawab
10.00 malam  Tamat

Moderator:
Dr. Wong Chin Huat, Ahli Jawatankuasa Induk (BERSIH 2.0)

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan BERSIH 2.0 SEKRETARIAT, Nurul di talian 03-77844977.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply