Israel berhenti serangan dan kembali ke persetujuan usul PBB

Presiden DPCKLS Dato’ Bong Hon Liong berkata, Israel seharusnya membelajari daripda sejarah perang dunia, tidak harus menggunakan isu bangsa dan agama sebagai asalan untuk berperang. Israel harus faham bahawa tindakan demikian hanya akan mengeruhkan situasi sekarang dan tidak membantu dalam penyelesaian isu konfict Israel-Palestin.

Dato’ Bong Hon Liong berkata, kami menyokong seruan Datuk Seri Abdullah Badawi, iaitu menyeru negara ASEAN untuk menyokong usul sidang tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dibangkitkan oleh Malaysia.

Tambahan lagi, Dato’ Bong berkata, kita harus menyeru supaya semua anggota PBB melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Israel sehingga tentera Israel berundur daripada Gaza.

Justeru itu, Dato’ Bong Hon Liong berpendapat bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengutuk sebarang tindakan keganasan yang berlaku di dunia, tidak patut PBB berdiam diri.

Oleh itu, kami menggesa bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seharus mengutuk Israel yang menyebabkan peperangan tersebut kerana ia telah mengakibatkan beribuan rakyat biasa terkorban dalam peperangan ini.

DPCKLS juga berpendapat bahawa isu antara Israel dan Palestin harus diselesaikan dengan cara aman dan sewajarnya. Kedua-dua pihak harus mengutamakan kepentingan nyawa serta harta rakyat negara masing-masing kerana peperangan hanya akan menambah kemusuhan dan merosakkan perhubungan aman antara kedua-dua negara. Kita harus berusaha untuk mencapai kedamaian dan bukan mencipta kemusuhan masing-masing.

Akhir kata, DPCKLS berharap Israel dan Palestin dapat kembali ke persetujuan usul PBB tahun 1947 dan dapat melayan rakyat Israel dan Palestin yang tinggal di negara masing-masing dengan tanpa penindasan.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply