Petisyen Bantahan Penutupan Jalan Belfield

Merujuk kepada perkara di atas, kami, peniaga-peniaga dan penghuni-penghuni di kawasan Jalan Kampung Attap ingin menyatakan bahawa pihak kami tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menutup Jalan Belfield.

2. Sebelum ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memaklumkan pihak kami bahawa pihak DBKL telah merancang dengan pihak PNB untuk menutupkan Jalan Belfield sepanjang masa kejuruteraan terowong dijalankan, demi menyenangkan kerja-kerja pembinaan tersebut yang kini sedang dijalankan di sekitar kawasan Kampung Attap dan Jalan Belfield.

3. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk, Jalan Belfield merupakan jalan utama ke Kawasan Kg. Attap dan Kawasan ini merupakan kawasan perniagaan yang telah berkembang pesat sejak dahulu. Dalam kawasan ini juga terdapat sebuah sekolah rendah kebangsaan dan lebih kurang 3 buah pangsapuri dan kondominium. Penutupan jalan tersebut akan mejejaskan kehidupan harian penduduk-penduduk dan peniaga-peniaga sekitar.

4. Pihak kami ingin menyuarakan bantahan kami terhadap rancangan penutupan Jalan Belfield sepanjang masa pembinaan terowong PNB, atas alasan-alasan berikut:

(a) Jalan Belfield merupakan Jalan Utama Memasuki Kawasan Kampung Attap

Pada masa ini, Jalan Belfield merupakan jalan utama untuk masuk ke dalam kawasan Kg. Attap, ia juga mempunyai akses yang lebih senang dari Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Sultan Hishamuddin dan kawasan-kawasan persekitaraan, seperti Jalan Petaling, Jalan Travers dan Brickfields;

(b) Gangguan kepada Penduduk Sekitar dan Pengguna Awam

Sekiranya Jalan Belfield ditutup, pengguna-pengguna Jalan Belfield akan terpaksa membuat satu litaran besar dari Jalan Istana ke Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jalan Maharajalela. Untuk makluman pihak tuan, keadaan lalu-lintas tersebut amat sesak setiap hari, terutamanya segmen

Jalan Istana menuju ke Jalan Sungai Besi. Penutupan Jalan Belfield akan mengakibatkan sekurang-kurangnya penambahan jangka masa 30 minit untuk membolehkan pengguna-pengguna Jalan Belfield sampai ke kawasan Kg. Attap;

(c) Pendapatan Perniagaan akan terjejas

Penambahan jangka masa untuk memasuki Kawasan Kg. Attap juga akan turut menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga yang berniaga di sini dan situasi paling diingini adalah peniaga-peniaga ini dipaksa untuk memindah ke tempat lain untuk berniaga; dan

(d) Operasi Harian DPCKLS Terjejas

Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor adalah bangunan warisan negara yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Kebudayaan. DPCKLS sering mengadakan aktiviti-aktiviti Seni dan Insiatif Dasar Negara. Jika Jalan Belfield ditutup, operasi harian DPCKLS akan terjejas akibat penambahan perjalanan dan kekurangan tempat letak kereta dan ini akan turut menyebabkan DPCKLS kekurangan dana untuk menyelenggar bangunan warisan negara.

5. Justeru, kami ingin meminta jasa baik Y.Bhg. Dato untuk menarik balik keputusan penutupan Jalan Belfield.

Sekian terima kasih.

Petisyen online:

https://www.change.org/p/pnb-petisyen-bantahan-penutupan-jalan-belfield

“反对PNB关闭Jalan Belfield”

吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂于今年3月接获国民投资公司(PNB)的通知即将在未来关闭Jalan Belfield以让路建PNB地下隧道,因此隆雪华堂特此草拟了备忘录,收集民众的签名,冀望能夠收到足夠強大的民意,以便安排与相关单位对话。

因此,隆雪华堂在此谨代表“Kampung Attap-反对PNB封路工委会”,向大众说明草拟此备忘录的目的:

  1. Jalan Belfield是路经Kampung Attap地区的主要道路,若封路势必会加剧当地交通堵塞的问题。
  2. 封路会影响甘榜亚答地区周遭经营者的生意与活动,未来最糟糕的情况可能因为封路造成收入锐减蒙受亏损,最后被迫搬迁至其他地区经营生可能性。
  3. 隆雪华堂亦地处Kampung Attap地区,封路势必会影响隆雪华堂平日的频繁业务与活动。再者,隆雪华堂常租借场地予会员团体办活动,亦是主要收入来源之一。封路会造成隆雪华堂周围交通拥挤、停车位大幅度减少,而租户也会选择另觅场地来办活动。场地收入锐减,作为民间团体的隆雪华堂无法应付数目庞大的维修开销。

因此,我们希望各位社会人士能协助“Kampung Attap-反对PNB封路工委会”签署这份反对封路的备忘录,以让我们得到足够的签名方能和有关单位安排对话。谢谢!

吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂    谨启               

网上联署“反对PNB封路”链接:

https://www.change.org/p/pnb-petisyen-bantahan-penutupan-jalan-belfield