Kutipan Tabung Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (DPCKLS) mencecah sebanyak RM448,167.47 dan menyalurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan serta golongan terpinggir

Presiden DPCKLS, Datuk Ong Seng Khek (berdiri di tengah) menyerahkan kelengkapan perubutan kepada petugas-petugas Hospital Kuala Lumpur.

Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (DPCKLS) telah mengambil inisiatif melancarkan kutipan derma yang bertema “Sehati Sejiwa Untuk Membantu Barisan Hadapan” sejak 23hb Mac 2020 bagi meringankan beban petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak Covid-19. Setakat 20hb April 2020, sebanyak RM 448,167.47 telah dikutip dari ahli-ahli organisasi kami dan orang awam lain.

Hasil kutipan digunakan untuk melancarkan pembelian kelengkapan perubatan seperti topeng muka, sarung kasut, produk sanitasi pembasmi kuman dan lain-lain. Di antaranya, 28,000 helai topeng muka dan 2,400 botol cecair pembasmi kuman telah diedarkan kepada 10 buah hospital di kawasan Lembah Klang pada 17hb dan 18hb April 2020, iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Kajang, Hospital Shah Alam, Hospital Banting, Hospital tengku Ampuan Rahmiah Klang dan Hospital Putrajaya.

Untuk maklumat, kelengkapan perlindungan diri lain seperti penutup kasut sedang dalam proses pengedaran ke hospital yang disebut di atas.

DPCKLS juga menyumbang kepada projek “Jagaan Kanak-kanak Frontliners” yang dilancarkan oleh POWR sebanyak RM10,000 untuk bayar upah pengasuh terlatih menjaga kanak-kanak petugas barisan hadapan supaya meringankan beban mereka.

Selain itu, sumbangan DPCKLS juga membabitkan organisasi kebajikan yang mengalami kesusahan , seperti menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Kebajikan Dan Sosial Kim Loo Ting Kuala Lumpur yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pengerakan.

Presiden DPCKLS, Datuk Ong Seng Khek dan Naib Setiausaha Hua Zong menyerahkan sebanyak 2,500 helai topeng muka kepada Balai Bomba Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela.

Presiden DPCKLS, Datuk’ Ong Seng Khek turut memimpin ahli pengurusan dan kakitangan menyerah kelengkapan perubatan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan penyerahan 2,500 helai topeng mulut kepada Balai Bomba Kuala Lumpur yang disumbangkan oleh Hua Zong dan DPCKLS pada 17hb April 2020. Beliau berharap sumbangan itu dapat menambah semangat dan sokongan kepada anggota-anggota petugas barisan hadapan pencegahan penyakit Covid-19.

Akhirnya, DPCKLS ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan bukan sahaja untuk disalurkan kepada petugas barisan hadapan, malah juga golongan terpinggir yang terjejas dalam penularan wabak penyakit Covid-19.

Sekian!

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply