DPCKLS mengutuk ucapan Musa Hassan dan Ibrahim Abu Shah yang mengelirukan rakyat Malaysia

Bekas ketua polis negara Musa Hassan dan bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ibrahim Abu Shah berkata bahwa orang Melayu hilang kuasa di bawah pimpinan Pakatan Harapan, dan itu disebabkan kesilapan yang orang Melayu lakukan, iaitu tidak bersepadu. Ucapan tersebut diberi pada Konvensyen Ummah Nasional di Kuala Lumpur hari yang lepas (25hb Ogos 2019).

Pihak Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor mengutuk ucapan yang mengelirukan rakyat Malaysia dan menimbulkan kebencian dan mengoyakkan perpaduan dalam kalangan orang Malaysia dan niatnya adalah untuk mendapatkan modal politik dan faedah individu.

Sejak tahun 1957 hingga hari ini, kalangan orang Melayu kelihatannya “dijaga”atau “dibantu”oleh Kerajaan Barisan Nasional yang memimpin negara pada masa itu. Tetapi jika kita pemerhatikan edaran sumber/peruntukan dalam masyarakat kita, kita akan mendapat kesimpulan bahawa hanya orang tertentu, kononnya pegawai tinggi Barisan Nasional dan kroninya, yang untung daripada dasar-dasar kaum yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Masyarakat Melayu yang “sebenar” pula terus menghadapi kehilangan budaya, jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin semakin terluas, keturunan daya saing antarabangsa dan sebagainya.

Selain itu, semua rakyat Malaysia mempunyai kebebasan bersuara, tiada sesiapa pun harus dilabel sebagai “pemisah kaum” atau “penyebab ketidak bersatu”. Tuduhan sebegini tidak hanya menganggap golong Orang Melayu sebagai golongan yang kurang kemampuan untuk memikir bebas, ianya juga melucutkan hak kebebasan bersuara mereka yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selapas PRU Ke-14, hanya Barisan Nasional yang terkenal dalam rasuah dan pelaksanaan dasar perkauman yang “hilang kuasa”. Janganlah cuba mengeliru dan menimbulkan perasaan kebencian di antara kaum Malaysia untuk mendapatkan modal politik dan faedah individu.

Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (DPCKLS)

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply