【联署文告】反对跨太平洋伙伴合作协议(TPPA)及增加人民负担

BANTAH TPPA DAN PENINGKATAN KOS HIDUP RAKYAT

Sesi Parlimen yang telah bermula pada bulan Oktober, 2015 ini adalah amat penting kerana ianya akan memperlihatkan kewibawaan pihak Kerajaan dan juga Ahli Parlimen Pembangkang untuk memulihkan semula cabaran ekonomi, politik dan sosial yang sedang dihadapi oleh Negara kita.

Kami menyeru kepada Ahli  Parlimen Kerajaan dan juga pihak pembangkang untuk:

  1. BANTAH PERJANJIAN TRANS PASIFIK PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)

Kami amat terkejut apabila YAB Perdana Menteri memaklumkan dalam teks ucapan bajet 2016 nya bahawa Malaysia telah bersetuju secara prinsip kepada TPPA !

Walaupun sejak tahun 2010, rakyat biasa dan pihak NGO telah menyatakan bantahan terhadap TPPA serta mengutarakan keburukannya terhadap rakyat, namum amat mengecewakan bahawa kerajaan masih berpendapat ianya baik untuk Negara.

Menteri MITI memaklumkan bahawa teks perjanjian ini akan dibentangkan di Parlimen untuk didebat oleh Ahli Parlimen pada masa terdekat ini. Selepas perdebatan ianya akan ditandatangani oleh Kabinet dalam bulan Januari, 2016.

Justeru itu , kenapa YAB Perdana Menteri ‘menerima secara prinsip’ sebelum menilai hujah debat Parlimen dan mengkaji analysis kos manfaat ( Cost benefit Analysis) ?

Ahli Parlimen mungkin akan dimaklumkan bahawa Malaysia telah berjaya memperolehi pelbagai konsesi dan kelonggaran dalam terma-terma perjanjian TPPA ini, tetapi kami pasti secara keseluruhannya pihak Kerajaan akan terikat tangannya jika TPPA ditandatangani .

Pihak MITI pun sedar bahawa, mereka hanya berjaya menangguhkan tempoh masa untuk Malaysia mengikuti regulasi dan disiplin yang dituntut oleh TPPA ini. Ini bukan satu kejayaan. Ini hanya satu perkara untuk menangguhkan masa sebelum Negara kita dibawa ke tali gantung!

Malaysia masih terikat dengan sistem perundangan Investor State Dispute Settlement (ISDS) yang memberi hak kepada pihak pelabur meyaman Kerajaan Malaysia jika perubahan polisi dan perundangan dilaksanakan yang berkemungkinan menjejaskan keuntungan pelabor asing.

Elemen peningkatan tempoh paten ubat masih wujud. Harga ubat baru (atau yang didaftarkan sebagai sebuah penemuan baru) akan meningkat tinggi, menafikan kemasukan ubat generik yang lebih murah kepada pesakit-pesakit kritikal.

TPPA membenarkan syarikat ubat, korporat gergasi farmaseutikal mendesak penambahan tempoh paten jika terdapat ‘kelewatan dalam proses pendaftaraan ubat. Ini adalah  penambahan dari 20 tahun tempoh paten yang terjamin untuk mereka mengaut keuntungan.

“Patent Term Adjustment: Article QQ.E.14  IP chapter provides for the extension of patents beyond the WTO standard of 20 years, enabling drug companies to press for a patent on grounds of the need to be “compensated” for any “unreasonable” time a national drug authority or patent office takes to examine or approve an application”. 

Begitu juga dengan penambahan tempoh penyimpanan data ekslusif.

Biologics Exclusivity: Article QQ.E.20 relates in the final IP chapter to the Data Exclusivity of the new generation of ‘biologics’ medicines (medicines derived from proteins isolated from pants, animals and micro-organisms) that have been developed to treat human diseases and conditions, such as vaccines, cancer medicines and therapies such as insulin.

The final compromise, as reflected in Article QQ.E.20 of the IP chapter, provides for TPPA countries to provide either 5 years (market exclusivity counting from the date the biologic is approved in the country concerned) or 8 years (from the date the biologic is approved in the country concerned).”

Sektor perkhidmatan domestic juga akan terbuka luas untuk diambil alih oleh syarikat-syarikat gergasi besar dari Amerika dan Negara-negara TPPA yang lain.

Ruang regulasi dan polisi membantu rakyat Kerajaan akan terikat, apabila segala perlindungan kepada peniaga tempatan terpaksa diruntuhkan selepas suatu tempoh masa. Layanan samarata tanpa membezakan peniaga kecil/sederhana tempatan dan syarikat gergasi luar Negara terpaksa diakuri dalam perjanjian TPPA.

Selain daripada yang disebut diatas , jika TPPA ditandatangani maka ;

  • Liberalisasi sector pertanian , menjejaskan ekonomi pertanian tempatan
  • Kemungkinan kemasukan produk pertanian yang diubahsuai secara genetic(genetically modified)
  • Kawalan ketat oleh syarikat korporat besar yang memegang hakmilik kepada paten benih pertanian, merampas kuasa para petani untuk menyimpan dan meneruskan pertanian.
  • Kebolehan syarikat seperti Monsanto yang menyaman petani jika, perundangan hakmilik paten benih ini dilanggari .

Maka, terdapat pelbagai lagi kekangan yang akan dihadapi oleh Negara jika kita dikorbankan dalam perjanjian TPPA. MITI hanya berjaya menangguhkan penderitaan yang akan bakal menimpa kita. Jika TPPA ditandatangani maka MITI akan gagal dalam mengekalkan kedaulatan Negara kita dan juga kesejahteraan rakyat.

  1. MANSUHKAN CUKAI GST

Pihak Kerajaan tidak boleh menafikan peningkatan indeks harga penguna (Consumer Price Index) sejak GST diperkenalkan pada bulan April, 2015 yang lalu. Sehingga kini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Penguna GAGAL mengawal peningkatan harga barangan yang sedang meningkat secara mendadak.

Pihak Kastam Diraja Malaysia juga tidak menafikan bahawa kebanyakkan peniaga tidak membuat penyelarasan harga dengan menolak 10% kadar cukai SST dulu sebelum menambahkan kadar cukai 6% GST yang baru. Ini menyebabkan peningkatan harga barangan yang mendadak.

Cukai GST ini walaupun telah meningkatkan pendapatan kerajaan namun ia telah mengurangkan kuasa beli rakyat biasa dan telah mengurangkan pendapatan benar rakyat biasa.

Sebenarnya, Kerajaan boleh memperoleh penjimatan yang lebih tinggi daripada jumlah kutipan GST dengan hanya mengurangkan korupsi dalam kerajaan. Dengan cara ini juga  kerajaan boleh mansuhkan Cukai GST demi mengurangkan beban rakyat.

  1. HENTIKAN PENINGKATAN HARGA TOL & HAKMILIK NEGARA KAN PENGURUSAN LEBUHRAYA.

Penswastaan dan pemberian konsesi kepada syarikat swasta untuk membina lebuhraya dan mengutip tol tidak berkesudahan. Sejak tahun 1990an lagi, rakyat dijanjikan bahawa kita perlu membayar untuk kemudahan lebuhraya ini untuk seketika sehingga tamatnya konsesi dengan swasta. Kini, pembinaan lebuhraya dan pengutipan TOL menjadi suatu perniagaan yang lumayan bukan perkhidmatan prasarana. TOL semakin mahal dan berterusan!

Maka, Kerajaan harus memilik negarakan lebuhraya dengan segera, agar tiada peningkatan  dalam kadar tol. Kemudahan jalanraya dan pengangkutan awam adalah tanggungjawab sesebuah Kerajaan, ianya bukan suatu sektor bisnes untuk mengaut keuntungan.

  1. TINGKATKAN GAJI MINIMA KEPADA RM 1500 SEKARANG 

Kami membantah tindakan YAB Perdana Menteri yang hanya meningkat Gaji Minima sebanyak RM 100. Apa signifikan RM 100 ini apabila harga barangan meningkat tanpa kawalan. Malah pekerja di Sabah & Sarawak pula diberi gaji minima yang lebih rendah dari Semenanjung Malaysia. Diskriminasi sebegini kami membantah dengan sekeras-kerasnya. Kami menuntut pihak kerajaan laksanakan Gaji Minima RM 1500 dan Gaji Minima ini diselaraskan di Semenanjung dan Sabah & Sarawak.

  1. JEREBU- BAWA PENJENAYAH ALAM SEKITAR KE MUKA PENGADILAN

Sejak tahun 1990an, jerebu malanda Malaysia dan juga kawasan sekitar rantau ini. Kerajaan juga tidak boleh menafikan bahayanya jerebu ini yang memudaratkan kesihatan rakyat. Walaupun beberapa jawatankuasa tindakan khas , dan jawatankuasa bersama Indonesia telah diwujudkan sejak dulu lagi , kenapakah masalah jerebu ini tidak dapat ditangani dan ianya menjadi suatu peristiwa tahunan?

Rakyat sudah bosan dengan kejadian jerebu setiap tahun yang menjejaskan kehidupan seharian rakyat biasa dan memudaratkan kesihatan rakyat.

  1. LANCARKAN TABUNG PEMBERHENTIAN KERJA DENGAN SEGERA

Statistik Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa dari 2003 hingga 2012 (10 tahun) sebanyak 7,130 majikan telah memberhentikan 222,986 orang pekerja.Daripada sejumlah RM1.67 billion yang sepatutnya dibayar oleh majikan kepada pekerja (gaji tertunggak dan bayaran Gantirugi Henti Kerja) hanya RM1.27 billion sahaja yang dibayar kepada pekerja .

Maka sejumlah RM397.45 juta wang pampasan tidak dibayar kepada pekerja , iaitu purata RM39.7 juta gagal dibayar setahun oleh majikan. Purata 31.4% pekerja yang hilang kerja atau diberhentikan kerja tidak dibayar pampasan oleh majikan kerana mereka ‘lari’ bankrap,gulung tikar atau tiada sumber kewangan.

Maka kami menuntut Tabung Pemberhentian Kerja bertujuan mewujudkan keselamatan atau jaminan bahawa pekerja akan menerima Gantirugi Henti Kerja (Employment  Termination Lay off Benefits ) seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kerja  1955.

Maka kami rakyat biasa dan juga organisasi masyarakat menuntut kepada pihak Kerajaan dan juga Ahli Parlimen Malaysia untuk mengambil tindakan segera:

  1. BATALKAN KOMITMEN TERHADAP TPPA
  2. MANSUHKAN CUKAI GST
  3. HENTIKAN PENINGKATAN TOL DENGAN SEGERA DAN MILIKNEGARAKAN SEMUA LEBUHRAYA
  4. TINGKATKAN GAJI MINIMA KEPADA RM 1500
  5. AMBIL TINDAKAN SEGERA MENANGANI MASALAH JEREBU
  6. TABUNG PEMBERHENTIAN KERJA

Memorandum ini disokong oleh:

  1. Aliran Kesedaran Negara ( ALIRAN)
  2. Angkatan Warga Aman Malaysia (WARGAMAN)
  3. Demi Malaysia
  4. Federation Of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
  5. Gabungan Petani Dan Penternak Perak
  6. Institut Rakyat
  7. Inter-Research And Studies (IRAS)
  8. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  9. Langkah Siswa
  10. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
  11. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
  12. Malaysian Youth And Students’ Democratic Movement (DEMA)
  13. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
  14. Otai Reformis 1998
  15. Parti Sosialis Malaysia (Psm)
  16. Pemuda Dewan Perhimpunan China Kl Dan Selangor (Pemuda DPCKLS)
  17. Pemuda Sosialis
  18. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  19. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
  20. Pesticide Action Network Asia Pacific, Panap
  21. Sahabat Rakyat
  22. Saya Anak Bangsa Malaysia , Sabm
  23. Solidariti Anak Muda Malaysia, Samm
  24. Suara Rakyat Malaysia, Suaram.
  25. Tindak Malaysia

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply